CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 550|Reply: 0

[Dunia] Kristian di Palestin turut disiksa Zionis - Paderi Baitulmaqdis

[Copy link]
Post time 22-3-2019 04:09 PM | Show all posts |Read mode






ISU Palestin bukan sekadar isu berkaitan umat Islam, sebaliknya ia adalah isu kemanusiaan yang memerlukan perhatian masyarakat dunia.


Ia susulan penjajahan rejim Zionis Israel di negara itu turut menyebabkan ribuan masyarakat Kristian menderita kehilangan orang tersayang akibat kepungan serta serangan dilakukan.


Paderi di Baitulmaqdis, Pastor Dr Alex Awad berkata, sejak pendudukan serta serangan Zionis Israel pada tahun 1948 sehingga kini, ramai penduduk Kristian di sana turut terbunuh selain tanah milik mereka dirampas.


Katanya, bapanya terbunuh dalam serangan roket oleh rejim Zionis, abangnya kini dipenjara manakala dia sendiri pernah ditahan selama tujuh tahun.


“Isu pendudukan rejim Zionis Israel sebenarnya bukan sekadar isu umat Islam, sebaliknya ia isu kemanusiaan kerana dalam serangan dilakukan, bukan umat Islam sahaja terbunuh, sebaliknya turut membabitkan penduduk beragama Kristian.


“Malah, kami masyarakat Kristian turut menderita apabila rumah kediaman serta tanah dirampas selain kesukaran hidup,” katanya ketika ditemui dalam majlis bual bicara The Jerusalem Contention & Solidarity with Palestin di Yayasan Al-Bukhary, hari ini.


Hadir sama seorang imam Palestin, Sheikh Maher Ibrahim Mustafa Assaf.


Alex berkata, susulan sekatan dibuat Zionis Israel di Baitulmaqdis, penduduk Kristian serta penduduk Islam Palestin kini bersatu atas dasar kemanusiaan bagi memperjuangkan pembebasan Al-Aqsa termasuk menentang pengambilalihan tanah secara haram oleh Israel.


“Justeru, sokongan penduduk dunia termasuk rakyat Malaysia diperlukan bagi membolehkan kami memperjuangkan hak dalam menentang pendudukan haram Zionis Israel di Palestin.


“Ini termasuklah kebebasan untuk berhijrah berikutan kini kami turut dinafikan hak untuk berhijrah atau mendapatkan kerakyatan di negara lain,” katanya yang mengakui namanya disenarai hitam Amerika Syarikat (AS) menyebabkan sukar untuk keluar negara (Palestin).


Sementara itu, Sheikh Maher berkata, sokongan penduduk dunia amat diperlukan biarpun dengan menggunakan media sosial.


“Media termasuk media sosial memang memainkan peranan penting kerana ia bukan sahaja membolehkan kami penduduk Palestin bersuara menuntut hak, sebaliknya membuktikan sokongan penduduk dunia terhadap pembebasan Palestin dari Pendudukan Israel.


“Kami harap teruslah menyokong kami yang bukan saja dinafikan hak untuk berada di tanah air sendiri sebaliknya hidup kami bila-bila masa sahaja boleh berakhir di hujung senjata tentera Israel,” katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.060260 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list