CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12153|Reply: 134

Cabaran Baling Keju Ke Muka Bayi Mula Ditiru Ibu Bapa Di Malaysia - Apa Nak Jadi

  [Copy link]
Post time 22-3-2019 04:32 PM | Show all posts |Read mode







Apa sahaja yang trending satu dunia, pastinya akan mendapat perhatian daripada seluruh warga pelbagai negara sepertimana fenomena Kiki Challenge tahun lepas. Biarpun ada juga cabaran yang berakhir dengan tragedi, namun ia tetap tidak menghentikan ramai netizen turut serta dalam cabaran tersebut.


Terbaharu yang menjadi ikutan adalah perbuatan membaling keju ke muka kanak-kanak atau pun bayi dengan tujuan hiburan semata-mata. #cheesechallenge ini dimulakan pada awal Mac tahun ini dengan videonya tiba-tiba mendapat tontonan sebanyak 9 juta menyebabkan ramai juga ibu bapa turut serta dalam cabaran.


Tidak hanya di Barat, ibu bapa di Asia turut meniru perbuatan ini malahan di Malaysia sekalipun, ia mula mendapat sambutan. Persoalannya sekarang adakah perbuatan membaling makanan kepada muka anak sendiri adalah perbuatan lucu? Bukankah itu seolah-olah mengajar mereka bahawa bersikap biadab itu adalah okey?












Terdapat pelbagai perselisihan pendapat mengenai hal ini dengan ada yang menentang perbuatan tersebut manakala satu pihak lagi menganggap keju yang dibaling tidak lah sampai mencederakan bayi tersebut.



Bagaimanapun, adalah menyedihkan apabila melihat segelintir ibu bapa yang membaling keju tersebut lalu melihat reaksi bayi yang terkejut pada mulanya kemudian tidak selesa dengan sesuatu di muka mereka. Mungkin ada bayi yang boleh tersenyum serta menerima perbuatan tersebut dengan redha namun bagaimana pula dengan adab antara ibu bapa dengan anak-anak? Persoalan yang lebih utama ialah perlukah kita mengikut segala yang trending di barat?






Bagi netizen, perbuatan sebegini membuatkan bayi tersebut keliru. Biarpun mereka nampak seperti tidak memahami apa yang berlaku namun minda separuh sedar mereka akan cuba menghadam perbuatan tersebut lalu menjelaskan ianya adalah perbuatan yang boleh diterima. Hal ini akan membuatkan mereka akan membesar dengan kekeliruan.








[/twitter]



Selain itu, konsep membaling makanan sendiri itu menjelaskan tidak bersyukurnya seseorang itu. Mungkin jika ia dilakukan oleh masyarakat barat, ia seperti tidak mengapa. Tetapi apabila dilakukan oleh masyarakat Asia terutamanya orang Melayu, ia sangat janggal kerana melanggar norma-norma murni masyarakat. Malahan di barat sekalipun, sudah ada amaran supaya ibu bapa tidak menyalahgunakan keju tersebut.



Kredit foto: Twitter





"Bayangkan jika anak tersebut melakukannya kembali kepada mereka, tahu pula kata benda tu biadab. Jadi suka hati nak baling cheese ke muka budak tu takpa pula?"



Bagaimanapun, bagi segelintir netizen pula, mereka beranggapan ia adalah sekadar hiburan, jadi kita tidak perlu melatah dan marah hanya kerana keju yang ringan serta tidak mencederakan bayi apabila dibaling.




Apa pula pendapat anda? - CARI



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2019 04:34 PM | Show all posts
Hadid..maafkan lah bapak kau yang bodoh itu ye...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga anak tak sebodoh bapak.. nampak bapak cam hado hado, keje bagus, rumah cantik..tapi sayang belum matang
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh nk mampos mak bapak camni. Semoga mandul terus lepas ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 04:40 PM | Show all posts
harap dah tua besok anak kau baling selipar pulak kat muka kau.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 04:46 PM | Show all posts
Sayang makan dibuat main macam tu.  Makanan untuk dimakan bukan barang permainan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2019 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian kau baby........
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yg seronok ye buat kt baby mcm tu. Mental kah? Siap gelak keseronokan. Ke prektis nak tgok muka anak bila anak tu kene buli kt sekolah nnti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2019 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiyo.. kenapa buat macam tu pada anak dan makanan..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 04:51 PM | Show all posts
masa kcik2 dlu mak bpak dorang xsebat ke dorang sbab baling2 makanan?bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
melayu ke yang tiru tu?
hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 05:18 PM | Show all posts
mak bapak bodoh gelak2.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 05:21 PM | Show all posts
this act is not only rude, but also stupid and biadab .

u ajaq buang , campak makanan?  kat MUKA anak?

eh  muka adalah bhgn yg mulia . kepala too.


wow, hebat parents , wow  .  

sekecil ini secara sub conscious depa ajaq nilai rezeki tu macam mana?

then bila besar masalah itu ini,  salahkan sekolah , institusi pendidikan.

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Meniru sangat challenge bodo cenggitu. Tah hape hape la
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 05:21 PM | Show all posts
they ols makan balik ke cheese tu?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Bengap bertingkat2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2019 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tua pun bodooo
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
hadid nanti kau baling ko punya "cheese " kat muka bapak ko. bangang ya amat bapak ko
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Melayu berkerak nak tiru ketuanan mat salleh.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 05:30 PM | Show all posts
geng ph memang bahlol tolol

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.312236 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list