CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 672|Reply: 2

[Tempatan] Abang Durjana Didakwa Sumbang Mahram

[Copy link]
Post time 22-3-2019 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Siraj Mohd Zaini

PERBUATAN keji mekanik sambilan yang tergamak melakukan sumbang mahram terhadap adik perempuan kandungnya mengundang padah apabila dia didakwa di Mahkamah Sesyen Klang, hari ini.

Tertuduh yang berusia 25 tahun itu membuat pengakuan bersalah selepas empat pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Datuk Agmad Zamzani Mohd Zain.

Mengikut semua pertuduhan, tertuduh yang juga anak kedua daripada lima beradik didakwa dengan sengaja melakukan sumbang mahram ke atas adik bongsu perempuannya berusia 14 tahun.

Perbuatan itu dilakukan pada bulan Mac, Mei, Ogos 2017 dan Julai 2018 di rumah di Sabak Bernam.

Sehubungan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Hafizah Zahidah Abdullah tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh kerana dia bersama mangsa tinggal serumah.

Mahkamah kemudiannya membenarkan permohonan pihak pendakwaan dengan menetapkan 29 Mac ini sebagai tarikh menjatuhkan hukuman.

Difahamkan, mangsa kini dirawat di hospital di Klang dan akan ditempatkan di rumah perlindungan kanak-kanak di Rembau, Negeri Sembilan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Mac 2019 @ 1:37 PM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-3-2019 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Abang rogol adik direman
Muhammad Apendy Issahak

LAPORAN Harian Metro, sebelum ini.
SUSPEK kes rogol remaja perempuan berusia 17 tahun yang menjadi mangsa seksual sejak lima tahun lalu dibenarkan reman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Tapah, hari ini.

Lelaki berusia 26 tahun itu, yang juga abang sulung mangsa dibenar reman sehingga 28 Mac ini bagi membantu siasatan kes yang disiasat mengikut Seksyen 376 (3) dan 377C Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kelindan lori berkenaan ditahan 8.30 malam tadi susulan laporan polis dibuat mangsa.

“Suspek ditahan malam tadi di kampung tempatnya menyewa rumah dan dibawa ke mahkamah pagi ini untuk mendapatkan perintah reman.

“Polis mendapat reman selama tujuh hari terhadap suspek bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu Wan Azharuddin memaklumkan, seorang remaja perempuan berusia 17 tahun nekad lari dari rumahnya di Tapah dan membuat laporan polis 12.45 tengah hari semalam dan mendakwa menjadi mangsa seksual abang kandungnya.

Menurutnya, mangsa mendakwa bukan hanya dirogol dan diliwat abang sulungnya, tetapi turut dicabul sejak dia berusia 11 tahun sebelum mangsa melarikan diri dari rumah 10.40 pagi semalam dan ke rumah ibu saudara di Slim River serta membuat laporan polis.

“Siasatan awal mendapati dia yatim piatu dan tinggal bersama tiga abang di rumah sewa di Tapah. Dia mendakwa sering dikongkong oleh abang sulung dan turut diberhentikan sekolah tanpa sebab.

“Malah dakwanya, kejadian bermula pada 2014, yang mana pada awalnya dia dicabul dan tidak dirogol, namun pada 2017, ketika berusia 14 tahun, mangsa mendakwa dirogol dan diliwat dengan kejadian terbaharu pada Jumaat minggu lalu,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannnyyaa.. patut abgnya lindungi adik.. dah le abg ada 3 org..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.480485 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list