CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4123|Reply: 35

[Tempatan] PT3 kembali semula pada format ujian bertulis. Mula dengan Geografi dan Sejarah

[Copy link]
Post time 22-3-2019 05:42 PM | Show all posts |Read mode
PT3egah pelajar jadi 'alat peperiksaan'
22 Mac 2019 4:42 PM


KUALA LUMPUR 22 Mac - Parti Gerakan menganggap langkah mahu mengubah format Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) termasuk memperkenalkan semula ujian secara bertulis bagi beberapa mata pelajaran sebagai tindakan regresif dan tidak boleh dipandang remeh.

Sehubungan itu, Presidennya, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai membantah inisiatif tersebut dan mahu sistem peperiksaan dihapuskan kerana berpendapat pemarkahan peperiksaan akan meletakkan beban tinggi kepada pelajar.

Dalam masa sama, Dominic menganggap pemansuhan peperiksaan juga boleh mencegah pelajar daripada menjadi ‘alat peperiksaan’ dan mengelakkan mereka daripada hilang arah dalam pengajaran serta pembelajaran.

Jelas beliau lagi, dasar Kementerian Pendidikan yang kerap berubah-ubah termasuk melibatkan pemakaian polisi kasut hitam telah mengakibatkan kekeliruan dalam kalangan rakyat sekali gus sukar untuk menyesuaikan diri.

“Bagaimana pelajar dapat bersedia sepenuhnya untuk menghadapi peperiksaan sekiranya terdapat perubahan secara tiba-tiba yang dilakukan Kementerian Pendidikan. Apakah tujuan sebenar kementerian untuk menukar format?

“Adakah mereka telah berbincang dengan pihak terlibat termasuk orang awam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pendidikan? Saya masih ingat Kementerian Pendidikan pernah mengadakan kaji selidik tentang peperiksaan dan mengutip pandangan daripada ibu bapa tetapi keputusannya tidak pernah diumumkan. Apa asas kerajaan membuat perubahan lagi kepada format PT3?,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Akhbar The Star semalam melaporkan ujian secara bertulis yang akan menyumbang sehingga 80 peratus pemarkahan pelajar akan diperkenalkan semula dalam PT3 terutama mata pelajaran Geografi dan Sejarah. -

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2019 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 23-3-2019 01:28 AM

PT3 tu sebenarnya dah balik gi format PMR, selain daripada diperkenalkan format baru untuk certain paper saperti BI. The new format is actually a lot better in my opinion. Soalan SPM pon dah pelan2 balik ke laras soalan zaman 90an dulu. Korang batch 70, 80, 90an dan awal 2000an kena tahu, korang la sebenarnya generasi awal pemikiran aras tinggi @ KBAT sebelum silibus jadik hanat hingga soklan public exam dipermudahkan menjadi cikai tadak kualiti hinggakan tiap tahun beratus stoden score straight As SPM seperti zaman Neelofa ituh.

Kau orang if rajin, gi google dan bandingkan paper English SPM tahun 2008 dan tahun 2018. Jauh beda dari segi kualiti.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 23-3-2019 01:26 AM
PT3 tu sebenarnya dah balik gi format PMR, selain daripada diperkenalkan format baru untuk certain p ...


Kita pelaksana dasar je yg sedar isu2 mcm ni...mak bapak tau komplen jek.
Walau kena hadam format baru dlm masa yg singkat seblum oktober ni.. perkara yg baik elok ler disokong.
Ke arah pendidikan yg lbh berkualiti.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 09:45 AM | Show all posts
Ada bagusnya quality lebih bagus dari quantity
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 23-3-2019 09:32 AM
Kita pelaksana dasar je yg sedar isu2 mcm ni...mak bapak tau komplen jek.
Walau kena hadam form ...

Hahaha, pelaksana dasar puji diri sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
JokesCop replied at 23-3-2019 11:03 AM
Hahaha, pelaksana dasar puji diri sendiri.


Tompang tanya,

If tak reti hargai diri puji diri sundri, sapa lagi nak puji ngkau?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2019 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 23-3-2019 11:05 AM
Tompang tanya,

If tak reti hargai diri puji diri sundri, sapa lagi nak puji ngkau?


Dia mcm ni kak, aku handsome, satu contoh pujian berserta fakta. Ke handsome an aku sampai tahap, wife tgk dia rasa sejuk je. So kesan dia positif diatas pujian yg aku puji.

Akak ctadi tu cakap dasar dia buat tu baik dan terpuji. Sekarang akak pikir, kesan dasar tu positif ke negatif? Boleh kita KBAT sikit hari ni?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 23-3-2019 09:32 AM
Kita pelaksana dasar je yg sedar isu2 mcm ni...mak bapak tau komplen jek.
Walau kena hadam form ...

Iya, ai suka silibus sekarang. BI CEFR yg guns silibus Europe tu pun ai suka sangat. Persetankan hanjeng2 yang tahu mengomplen saja itu. If tak mampo keep up dengan perkembangan semasa, tak ke mana la ngkau.

Ramai porumer selalu kutuk cikgu kuat merungut, bla bla bla. Padehal depa lagik la banyak songeh bila anak2 dah masuk skulah - anak kena gunting rambut pon cam ntah hapa jah mengutuk cikgu or nak serang cikgu di sekolah. Maka terhasil la stoden lembik seperti generasi stroberi bbnu sekarang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2019 11:12 AM | Show all posts
Subjek Geografi dalam awal tahun 2000-an memang ada ujian bertulis ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 23-3-2019 12:20 PM
JokesCop replied at 23-3-2019 11:10 AM
Dia mcm ni kak, aku handsome, satu contoh pujian berserta fakta. Ke handsome an aku sampai tahap ...


Sah2 akak kata positif.

Dasar pendidikan yang gomen BN rancang dan laksana, seterusnya diwarisi pula oleh gomen PH ni, bagi akak cukup bagus.

Ko jangan baca hapa yang tertulis di media jah dek. Or hapa yang cikgu2 kaki komplen tulis di FB. Ko pi google pehtu download Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. Pehtu baru ngko komen positif ka negatif ka. Memang guru, ibubapa, pelajar suma terbeban. Tapi kalau suma pihak mampu overcome suma cabaran yang hada sekarang, ko tengok sendiri la 10 tahun dari sekarang kualiti pendidikan kita gimana.

Satu ja la, jangan pulok tukar muntri pendidikan, tukar lagik dasar. Tu yang buat sistem pendidikan kita rosak sebenarnya. Politik.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 23-3-2019 12:23 PM
insulin replied at 23-3-2019 11:12 AM
Subjek Geografi dalam awal tahun 2000-an memang ada ujian bertulis ke?


Ujian bertulis tu, soklan objektif jek laaaa. Sah2 hada huntok PMR juga SPM.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg aku tahu pemikiran budak2 sekarang makin bijak. ..kalau aku berdebat dengan anak lelaki aku yg pt3 ni dlm apa jua topik mesti dia akan bg fakta yg menyokong hujah dia sampai aku terdiam. ...adehh
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 23-3-2019 12:17 PM
Sah2 akak kata positif.

Dasar pendidikan yang gomen BN rancang dan laksana, seterusnya diwar ...

Aku xkisah dasar apa pun, tapi tulislah contract dasar. Dasar ini perlu dilaksanakan 10 tahun tanpa boleh diubah.

Lepas tu kaji betul2, nak download pelan2 ni malas kak, yg tulis bukan pak menteri pun. Depa sembang kencang babi terbang dalam meeting, hujung2 lupa menatang apa yg boleh terbang, itu pun kalau depa ingat tang terbang tu kak. Buat nya depa tanya kes menyelam pulak. Dah lagu haru.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 23-3-2019 01:15 PM
JokesCop replied at 23-3-2019 12:38 PM
Aku xkisah dasar apa pun, tapi tulislah contract dasar. Dasar ini perlu dilaksanakan 10 tahun tanp ...


Sebab tu, dasar terbaru tu jangka masanya adelah 13 tahun. Dasar tu dibuat zaman Wak Yidin jadi muntri Pendidikan. Dan tiap tahun, hada penambahbaikan akak lehat. Sebenarnya akak lehat banyak juga kesan positif bila cikgu2 ni kuat komplen terutama yang rajin komplen direct ke pejabat muntri terus. Dari komplen tu la penambahbaikan dibuat.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak2 akak 4 org. Yg sulung dgn kedua gap 5 tahun. Lepas tu gap 2 tahun dan yg ketiga dgn yg bongsu gap 4 tahun. In general pelbagai zaman dasar dah akak, anak2 & guru2 lalui selama 18 tahun ni. Utk sekolah menengah, ada lagi 4 tahun nak kena hadap. Akak komen secara sangat general je. Penambahbaikan dasar itu bagus. Tp jgn diubah berbolak balik tiap kali kita tukar menteri.. Yg jadi mangsa ialah anak2. Guru sebagai pihak pelaksana pun jadi pening. Sekejap A, Lepas tu terus lompat ke D. Tiba2 ubah kpd H pulak. Bila ada kegagalan, kumpulan pelaksana  & tikus2 yg diletakkan kesalahan. Kalau anda ialah ibu bapa yg memang ambil berat dan involve dgn perkembangan semasa persekolahan anak2 dan selama ni sentiasa bekerjasama dengan guru2 demi pendidikan anak2 di sekolah, pasti terasa akan “keletihan” guru2 & anak2 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 23-3-2019 01:13 PM
Sebab tu, dasar terbaru tu jangka masanya adelah 13 tahun. Dasar tu dibuat zaman Wak Yidin jadi  ...

Hasil post mortem selepas penilaian keatas anak2 dilakukan... Sepatutnya sebelum dasar ditambahbaikkan dan dilaksanakan, ada kajian mendalam yg dilakukan oleh pihak pembuat dasar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2019 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 23-3-2019 01:48 PM
Kak-Leen replied at 23-3-2019 01:44 PM
Hasil post mortem selepas penilaian keatas anak2 dilakukan... Sepatutnya sebelum dasar ditambahbai ...


Depa memang buat kajian. Tapi of course tak dapat nak libatkan seluruh rakyat dari segenap pelusuk negara. Macam pelaksanaan perubahan format paper English PT3 berdasarkan silibus Europe BI CEFR tu. Sabah dan Sarawak lansung tidak dilibatkan. Keh keh keh.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 03:31 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 23-3-2019 01:26 AM
PT3 tu sebenarnya dah balik gi format PMR, selain daripada diperkenalkan format baru untuk certain p ...

anak ai pun pt3 tahun nie
bila semak2 balik format
banyak persamaan dgn PMR
which zaman ai dulu periksa
especially peperiksaan bertulis nie
cuma untuk certain budak especially anak ai
mmg terasa sgt bila berubah
dahlah segalanya utk dia baru
dari zaman upsr hingga ke spm nanti
cikgu plak x boleh nak guide banyak2 sbb silibus pun banyak berubah
ai yang jadi mak nie pun sometimes poning nak memaham

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
bakawali_04 replied at 24-3-2019 03:31 PM
anak ai pun pt3 tahun nie
bila semak2 balik format
banyak persamaan dgn PMR

SPM nanti expect paper anak jadi lebih susah sis. Berusaha dari form 4 untuk score. Anak sis tu batch first KSSM, memang camtu la.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 04:13 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 24-3-2019 03:52 PM
SPM nanti expect paper anak jadi lebih susah sis. Berusaha dari form 4 untuk score. Anak sis tu ba ...

yup
sejak dari dia darjah 1 ai dah prepare
zaman KSSR kan
sbb kalau tanya cikgu or sekolah
dari sekolah rendah masing2 clueless je
sbb xde guide katanya
then nak cari bahan rujukan pun jenuh
skrg dah hujung bln 3
certain subject buku rujukan pun jenuh nak cari
alasannya format baru
utk test 1 mac nie pun ada yang failed
so kena sit down & ngk dia lebih skit.


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.087418 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list