CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 385|Reply: 0

[Tempatan] Penjaga tandas jumpa bayi ditinggalkan dalam kotak

[Copy link]
Post time 22-3-2019 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by safriehalim at 22-3-2019 06:10 PM



KUANTAN: Seorang penjaga tandas tidak sangka bunyi tangisan seperti kucing ketika memulakan tugas hari ini adalah tangisan bayi ditinggalkan dalam kotak berhampiran surau di pusat peranginan terkenal Teluk Chempedak, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, penjaga tandas berkenaan terkejut sebaik membuka kotak yang ditinggalkan berdekatan surau dan melihat bayi lelaki diselimuti kain batik.

Beliau kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada pemilik kedai makan berhampiran surau berkenaan dan peniaga kedai makan berusia 42 tahun yang hanya ingin dikenali sebagai Ruzlan, berkata kejadian itu sangat memalukan dan tidak boleh diterima akal.

“Saya sudah lama berniaga di sini, tetapi inilah kali pertama berlaku kejadian membuang bayi... saya yang hubungi pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan kejadian (penemuan) bayi terbabit.

“Kira-kira jam 8 pagi tadi, saya sudah ada di kedai untuk buat persiapan sebelum memulakan perniagaan... saya tidak nampak pun sesiapa yang dalam keadaan mencurigakan di sekitar kawasan ini... saya pun tak pasti sejak bila kotak (bayi) itu ditinggalkan di sana.

“Selain itu, saya ada nampak sekumpulan pegawai dan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengadakan gotong-royong di kawasan pantai ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Noor Yusof Ali, ketika dihubungi mengesahkan penemuan bayi itu dan memaklumkan ketika ditemui, bayi berkenaan sedang tidur.

“Hasil pemeriksaan kita juga mendapati tali pusatnya sudah dipotong dan dianggarkan bayi itu baru berusia sehari... kita masih menjalankan siasatan bagi mengesan individu yang meninggalkan bayi di kawasan terbabit,” katanya.

Beliau berkata, bayi berkenaan dihantar di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk pemeriksaan lanjut.

Difahamkan kawasan surau berkenaan tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV).

Kredit : BH Online
Oleh Nik Sukry Ramli
niksukry@bh.com.my

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.740089 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list