View: 1537|Reply: 15
|
[Tempatan]
Kos beli rokok. Purata sebulan RM350 kalau 30 tahun hangus RM126K
[Copy link]
|
|
Menyesal 'bakar' RM126,000 untuk rokok
SEORANG bapa kepada lima anak menyesal kerana membazirkan wang berjumlah RM126,000 selama 30 tahun untuk membeli rokok sebelum tekad berhenti merokok.
Abdul Rahim Ahmad, 45, berkata dia mula merokok pada usia 15 tahun dan purata sebulan memperuntukkan RM350 bagi tujuan itu.
“Sehari saya akan menghisap sekotak rokok. Selama ini saya anggap wang dibelanjakan untuk rokok itu satu keperluan sebagai seorang lelaki, kini baru saya sedar dan menyesal ia satu pembaziran.
“Saya sayangkan diri dan keluarga, mereka menjadi penguat semangat saya untuk nekad berhenti merokok,” katanya selepas Majlis Pelancaran Kempen Bebas Merokok di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, semalam.
Hadir merasmikan majlis itu ialah Rektor UIAM Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak.
Kakitangan unit keselamatan UIAM itu antara 30 peserta yang menyertai program kempen berhenti merokok secara sukarela dengan dibantu Pusat Kesihatan dan Kecerdasan UIAM.
Sementara itu Dzulkifli berkata, kempen berkenaan sebagai satu inisiatif UIAM menyahut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menangani masalah merokok di kawasan awam.
“Seperti sedia maklum universiti adalah kawasan larangan merokok, kami sangat komited dan serius menjadikan semua kampus kami bebas rokok.
“Kempen juga disertakan dengan tindakan berbentuk advokasi dan pendidikan kepada warga kampus mengenai bahana merokok ini.
“Menerusi kempen ini juga, warga kampus termasuk perokok sendiri berpeluang menyertai ceramah kesan dan keburukan merokok. Mereka juga boleh mendapatkan tips dan bantuan kaunseling di Klinik Berhenti Merokok,” katanya.
Sementara itu, dalam majlis sama Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) turut menyerahkan sumbangan zakat korporat sebanyak RM101,416.73 kepada Tabung Wakaf UIAM untuk disalurkan kepada 39 penuntut asnaf.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Mac 2019 |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tak minat lelaki yg merokok..huhu...
Anyway, tak logik nak kira mcm tu sbb lelaki yg tak merokok mereka akan berbelanja pada benda yg lain juga kan..like sneakers.....so sama je habisnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu saya rasa orang berasap ni macho |
|
|
|
|
|
|
|
Pyro purapura tak merokok tapi tak de pun simpanan rm100k.....masih tunggu BSH |
|
|
|
|
|
|
|
merokok membahayakan kesihatan....merokok itu mengandungi nicotine yang membawa kepada ketagihan...lapaq bukanlah ketagihan...wakakakakakakakakkakaa |
|
|
|
|
|
|
|
Perokok ni pasal rokok sanggup abis RM20 sehari. Ada tu dua kotak mahu dekat RM40. Tapi bab makan keluarga punya lah berjimat........ ikan kembung, ikan selar, lauk telur itu je yg mampu...... jenahak, kurau tak pernah beli .... yalah nak berjimat kan. Ptuihhhh lah perokok |
|
|
|
|
|
|
|
Laki iols x merokok..
Tlg jangan sondol laki iols okeh |
|
|
|
|
|
|
|
Den tak merokok.
Betul tu. Kalau bukan rokok, mungkin duit habis pada motor besar atau kereta.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku budget 200k seumuq hidup. |
|
|
|
|
|
|
|
Two pack a day smoker. Bayar je lah.
Yg sakit sikit bila pegi tempat strict mcm Singapore. Pegi bawak stock seminggu Pon boleh kene cukai sampai dkt sgd 100 Kat epot.
Tapi yg paling byk kene bayar Masa NZ. Holiday 3 minggu, belum keluar epot dah kene bayar nzd 350 cukai utk bawak Gudang garam masuk. |
|
|
|
|
|
|
|
baghal_bortuqal replied at 23-3-2019 10:42 PM
Two pack a day smoker. Bayar je lah.
Yg sakit sikit bila pegi tempat strict mcm Singapore. Pegi b ...
Sanggup tu....Demi gudang garam....
Aku dulu suka bau gudang garam sbb masa sek dulu, ada sorang cikgu tu hensem namatee hisap gudang garam....sbb dia hensem aku score subject chemistry..... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by karlmax8 at 24-3-2019 01:34 AM
good info. Maknanya xleh bawak rokok gudang garam atau apa2 jenis rokok ke? Aku dulu bawak sekaton pegi guangzhou dengan tokyo, takde plak denda. Dia cuma inquiry pasal brahims dalam tin je. tu pon seminit 2 je. |
|
|
|
|
|
|
|
Bapak iols dh beralih ke nano stix. Jimat skit. Harum skit bau |
|
|
|
|
|
|
|
kawan aku pon nano stix, baru 2 minggu pakai dah sakit dada. tukar balik rokok. bazir 100 lebih. |
|
|
|
|
|
|
|
karlmax8 replied at 24-3-2019 01:33 AM
good info. Maknanya xleh bawak rokok gudang garam atau apa2 jenis rokok ke? Aku dulu bawak sekaton p ...
Cigarette allowance rendah (bawah 1 karton) antaranya HK, Singapore, australia, NZ.
Yg paling strict Australia dgn NZ, semua luggage sebelum keluar epot discan.
Singapore, kdang2 buat berani muka Toya lalu Green Lane Tak penah kene tahan. Tapi utk denda dia kenakan, best not to push your luck.
HK paling relax. Kdang2 pegi keje sebulan ke bawak je 6-7 karton Pon Tak penah lah kene tahan walopon undang2 dia kata 3 kotak ke apa.
European airports pon usually very relaxed.
Klia pon Tak penah kene kalu rokok. Biasa Kalu baghal ke zakarta Kat epot je shopping by the cartons Lucky strike mint, dunhill kretek, Surya exclusive (kotak itam) and dji Sam soe super premium, Pon Tak penah kene tahan langsung.
|
|
|
|
|
|
|
|
karlmax8 replied at 24-3-2019 01:33 AM
good info. Maknanya xleh bawak rokok gudang garam atau apa2 jenis rokok ke? Aku dulu bawak sekaton p ...
Oh Singapore, kadar cukai rokok dibawa masuk discriminatory to kretek. Kretek punya rate cukai per stick is double rate utk rokok biasa. Jilake tol pulau sekangkang kera tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|