CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4585|Reply: 11

Hari Keputeraan Sultan Johor Ke-61, Ini 9 Perkara Menarik Yang Mungkin Anda Tida

  [Copy link]
Post time 22-3-2019 07:11 PM | Show all posts |Read mode
Berikutan insiden pencemaran kimia yang berlaku di Pasir Gudang baru-baru ini, Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Iskandar mengambil keputusan untuk membatalkan dua acara sempena sambutan Hari Keputeraan Baginda yang dijadualkan pada 24 dan 25 Mac.





Kredit foto: Carian Google







Acara yang dibatalkan itu ialah  Majlis Jamuan Negeri dan Majlis Jamuan Teh. Keputusan itu turut diumumkan dalam Instagram rasmi Baginda. Keputusan dibuat Baginda demi rakyat yang masih lagi bersedih dan sengsara.







Kredit foto: Carian Google







Sempena sambutan Keputeraan Baginda yang ke-61, berikut 9 fakta berkaitan dipetik dari Wikipedia yang mungkin anda belum tahu;




1. DYMM Sultan Ibrahim diputerakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor. Baginda ialah putera sulung kepada Sultan Iskandar dan permaisuri pertamanya, Josephine Ruby Trevorrow, wanita Inggeris yang memeluk Islam dengan nama Kalsom binti Abdullah.




2. Tunku Ibrahim Ismail dihantar oleh ayahandanya meneruskan pengajian menengah di Trinity Grammar School, Sydney, Australia dari tahun 1968 hingga 1970. Baginda kemudian menyambung pengajian dalam bidang Ketenteraan di Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA),  Fort Benning, Georgia dan  Fort Bragg, North Carolina di Amerika Syarikat.




3. Baginda dilantik memangku dan seterusnya menaiki takhta Sultan pada 23 Januari 2010, selepas kemangkatan ayahandanya Sultan Iskandar pada malam sebelumnya.





Kredit Foto: Twitter / Harian Metro









4. Baginda dimahsyurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Mac 2015. Mulai tahun tersebut negeri Johor telah mengumumkan tarikh itu sebagai Hari Keputeraan Rasmi Baginda sebagai cuti umum menggantikan tarikh kelahiran sebenar Baginda pada 22 November.




5. Baginda dikenali ramai sebagai Sultan yang sederhana dan pernah menegur pengaruh Arab yang meresap dalam budaya Muslim Malaysia. Walaupun satu-satunya Sultan tanpa pendidikan Universiti, Baginda mempunyai minat yang tinggi dalam menggalakkan pendidikan berkualiti untuk rakyat jelatanya.




6. Baginda diijabkabulkan pada tahun 1982 dengan DYMM Raja Zarith Sofia,  puteri sulung kepada Sultan Perak, Sultan Idris Shah II dan dikurniakan 6 orang cahayamata iaitu Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar , Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah, Tunku Idris Iskandar, Almarhum Tunku Abdul Jalil, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Abu Bakar.




7. Sultan Ibrahim pernah mengeluarkan beberapa perintah utama antaranya penukaran cuti hujung minggu dari Sabtu/Ahad ke Jumaat/Sabtu, perubahan nama daerah, pengharaman vape dan pengharaman papan tanda saiz besar.





Kredit foto: Carian Google









8. Baginda mempunyai minat mendalam dengan nombor plat kereta yang unik. Pada Mei 2012, Baginda berjaya membida plat WWW 1 dengan harga RM520,000 dan plat W1N pada tahun Januari 2014 dengan harga RM748,000.





Kredit Foto: Twitter









9. Walaupun menerima elaun sebanyak RM27,000 sebulan, Baginda menunjukkan minat mendalam dalam perniagaan termasuk pelaburan dalam syarikat Redtone, MOL AccessPortal, RedTone International, 7-Eleven Malaysia, Umobile , Berjaya Time Square dan beberapa lagi pelaburan hartanah.



Menjunjung kasih, Tuanku! Semoga dikurniakan kesihatan dan umur yang panjang. - CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-3-2019 07:45 PM | Show all posts
Selepas Sultan Pahang, Baginda yang akan ambil giliran DYMM YDPA kan?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Parking semua kereta sultan johor dewan sebesar padang bola woooo.. ke besar lagi.. {:good
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Sang_Pencinta replied at 22-3-2019 07:45 PM
Selepas Sultan Pahang, Baginda yang akan ambil giliran DYMM YDPA kan?

Dorg mmg da berpakat. Aku nak je sultan perak jd agung
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak lembor mulut komen sedap tekak xleh al sultan gituuu tp ai sukaa nau raja perak!
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 01:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Lah bru tahu SJ xde tertiary education. Patut la TMJ pun ohhhh sedihhh...... the only sultan lak tu yg xde tertiary education.... aiyohh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2019 01:26 AM | Show all posts
Orix replied at 23-3-2019 01:18 AM
Lah bru tahu SJ xde tertiary education. Patut la TMJ pun ohhhh sedihhh...... the only sultan lak tu  ...

tak dak education takpa...jangan jadi penduboq lgbt macam juborix...nak membiak guna lubang depan..bukan lubang belakang, bukan sesama jantina......betui dak...wakakakakakakkakakaka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2019 07:27 AM | Show all posts
Orix replied at 23-3-2019 01:18 AM
Lah bru tahu SJ xde tertiary education. Patut la TMJ pun ohhhh sedihhh...... the only sultan lak tu  ...

TMJ kalau bercakap nampak educatedlah sikit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2019 11:18 AM | Show all posts
afidahhb replied at 22-3-2019 01:03 PM
Parking semua kereta sultan johor dewan sebesar padang bola woooo.. ke besar lagi.. {:good

tuanku ada garaj / workshop di luar istana yach! dulu meols selalu nampak kereta-kereta tuanku lalu-lalang depan opis meols. tapi sekarang, sejak meols dah kena pindah workstation, tak nampak lagi kelibat kereta-kereta tuanku
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 01:43 PM | Show all posts
DAULAT TUANKU.  Semoga Raja-Raja Melayu kekal di singgahsana selagi ada bulan dan bintang.  Kami rakyat jelata akan pastikan kedaulatan Raja2 Melayu dipertahankan.  
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde education level tinggi takpe..asal jadi pemimpin yg adil
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Point no.5 tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.596555 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list