CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 938|Reply: 11

[Tempatan] Nilai aset Khazanah Nasional jatuh RM25 bilion sejak di bawah PH

[Copy link]
Post time 22-3-2019 08:44 PM | Show all posts |Read mode
Nilai aset Khazanah Nasional jatuh, apa sudah jadi? – Kenneth Eswaran
22 Mac 2019

KUALA LUMPUR –  Kejatuhan mendadak nilai aset Khazanah Nasional sebanyak RM25 bilion khususnya sejak pentadbiran Malaysia dipegang Pakatan Harapan mula menimbulkan persoalan mengenai keupayaan kerajaan mentadbir urus dana kekayaan negara itu.

Penyusutan nilai aset kepada RM91 bilion dikatakan berpunca dari pada ketidaktentuan ekonomi global pada 2018 yang menyaksikan pasaran gagal menunjukkan perkembangan memberangsangkan akibat ketegangan geopolitik serta ramalan pesimis pertumbuhan pasaran baru muncul.

Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Johor (JICCI), Tan Sri Dr Kenneth Eswaran berkata, keuntungan diperoleh Khazanah dijana dari pelbagai sektor seperti syarikat penerbangan, telekomunikasi, tenaga dan landasan kereta api yang diuruskan Kementerian Kewangan.

Menurut beliau, ia membolehkan dana kewangan negara itu mempelbagaikan sumber pendapatan sekali gus muncul sebagai pemacu ekonomi Malaysia seperti yang diketahui hari ini.

“Keadaan ini bagaimanapun berubah apabila Khazanah mula mencatatkan kerugian sebelum cukai RM6.3 bilion pada 2018 berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM2.89 bilion pada tahun sebelumnya.

“Senario ini menimbulkan persoalan, apa sudah jadi pada institusi kewangan terkaya Malaysia ini?” katanya.

Mengulas lanjut Kenneth berkata, penyusutan nilai aset Khazanah kepada RM91 bilion selepas kejatuhan RM25 bilion ini amat membimbangkan dan memerlukan penjelasan terperinci daripada semua pihak terbabit.

“Jika dilihat kepada penjelasan Khazanah, keadaan ini berlaku kerana kekurangan pelaburan, pengurangan pendapatan dividen dan masalah lain semasa proses transisi badan kewangan itu.

“Ketika negara ditadbir Datuk Seri Mohd Najib Razak yang juga pengerusi Khazanah, aset syarikat menjulang sehingga RM82.3 bilion atau 244 peratus dari hanya RM33.7 bilion pada akhir 2008 kepada RM116 bilion menjelang akhir 2017,” katanya.

Jelas Kenneth, nilai aset dana kerajaan itu pada 2004 ketika negara ditadbir Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah RM51 bilion.

“Sebagai kerajaan yang dilantik bersandarkan kepercayaan rakyat, mereka perlu menunaikan segala janji dan memberi tumpuan kepada menyelesaikan semua masalah. bukan sekadar menuding jari menyalahkan kerajaan terdahulu.

“Rakyat mahukan keputusan positif sebagai membuktikan keputusan dibuat mereka pada pilihan raya lalu bukan satu kesilapan. Jangan nanti sudah terlepas dari mulut buaya, masuk pula ke mulut harimau,” tegasnya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2019 08:48 PM | Show all posts
tak sampai setahun tuuuuuuuuu

lagi 4 tahun, negatif aset la, yg ada semua atas nama bank

ancurrrrrrrrr

nuar pelancap konek lelaki kata medey

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
kena tanya mahacai @dodolgemok @bangcak
maybe ade kena mengena ngan 1mdb or hutang bilion dgn cina tak mampu byr... tak gituh?

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 09:06 PM | Show all posts
ini ka punca dia? wakakakakakkakakakak


Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 09:49 PM | Show all posts
dinopower2 replied at 22-3-2019 08:58 PM
kena tanya mahacai @dodolgemok @bangcak
maybe ade kena mengena ngan 1mdb or hutang bilion dgn cina  ...

yup, hutang dgn China tu pun satu hal gak tu nk bayar.. bukan skit2 nilainya, semua billion2
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
ruffboyz replied at 22-3-2019 09:49 PM
yup, hutang dgn China tu pun satu hal gak tu nk bayar.. bukan skit2 nilainya, semua billion2

ko ni pembaris ke?
kite hutang rumah ratus2 ribu pun byr bulan2.. dgn andai stp tahun ade kenaikan
gaji kote trus buat hutang.... hutang tak lebih 70% dr gj or maybe lebih ikut bank...

utk org biasa mcm aku gitu la kite kira....
bank tak bg hutang klau tak ambik kira komitmen kite....

sbb percaya pitnah kite pun termakan la hasutan hutang negara 1 trilion.... sdgn 600bilion.... tp sbb gomen ph bodoh bengap makin meningkat la hutang...

dulu ade gst.., hasil byk bleh cover utang.... tp skrg ganti sst yg lg truk tu...

buat la cukai soda... cukai minuman plak.., hebat gile...

selain najib jatuh n takyah tgk muka rosmah kat tv.. apa lg korg dpt...,

yea... dpt air kencing free...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2019 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Murphy oil jual aset kat malaysia pindah thailand. Sapa tau detail.. Jahanam
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
dinopower2 replied at 22-3-2019 10:00 PM
ko ni pembaris ke?
kite hutang rumah ratus2 ribu pun byr bulan2.. dgn andai stp tahun ade k ...

Tu bbnu baru masuk forum
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2019 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakatan Hanceng memang shitttt.

Malaysian must do something...Kita kena demo...panggil Pekebun Kecil Dan penoreh join demo...semua pekerja YG diberhentukan mesti ikut demo! Mahasiswa mesti join demo!

Malaysians must do something sebelum melarat!
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
umbut replied at 22-3-2019 10:22 PM
Murphy oil jual aset kat malaysia pindah thailand. Sapa tau detail.. Jahanam

mahacai bengap tak berani komen...
klau isu 1mdb start nanti bergegar tetek excited... wpun hujung2 menang sorak kg tergadai....  
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Pergila guling esok, nak tunggu 5 tahun ka
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila bagi tikus baiki labu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.071700 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list