CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2399|Reply: 24

[Tempatan] Malaysia berhasrat jadi negara maju dalam 6 tahun, kata Dr M.

[Copy link]
Post time 23-3-2019 04:52 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 22-3-2019 12:54 PM

Malaysia berhasrat jadi negara maju dalam 6 tahun, kata Dr MBernama -

March 22, 2019 5:52 PM





Dr Mahathir Mohamad disambut rakan sejawatannya, Imran Khan (2 dari kanan) setibanya di Pangkalan Tentera Udara Pakistan Nur Khan, Rawalpindi, sempena lawatan rasmi 3 hari beliau ke negara itu, bermula semalam. Turut hadir Timbalan Menteri Luar, Marzuki Yahya (kiri). (Gambar Bernama)

ISLAMABAD: Malaysia dan negara Islam lain perlu berusaha untuk setanding negara maju, kata Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, Malaysia berpendapat terdapat ruang untuk memperluaskan kerjasama antara negara Islam.


“Hari ini, tidak ada satu pun negara Islam yang dianggap negara maju. Sebenarnya Malaysia mempunyai perancangan menjadi negara maju menjelang 2020, malangnya perubahan dalam kerajaan (pemimpin) menjadikannya tidak mungkin dapat dicapai.


“Bagaimanapun, kami masih berhasrat menjadi negara maju menjelang 2025. Kami berharap ini bukan hanya Malaysia,” katanya pada sidang media bersama Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan di sini, hari ini.


Mahathir memulakan lawatan kerja 3 hari ke Pakistan semalam.

Islamofobia

Mahathir berkata, negara Islam seperti Malaysia dan Pakistan perlu mencari cara menangani Islamofobia.

“Pakistan dan Malaysia memahami isu ini. Kami dapati kini terdapat kebimbangan dan (sentimen) anti-Islam dan itulah sebabnya kenapa 50 orang Islam terbunuh (di masjid Christchurch minggu lalu).”


Beliau berkata, insiden itu turut menyebabkan warga Pakistan dan Malaysia menjadi mangsa kerana kebencian dicetuskan media dan orang tertentu.

“Kita perlu belajar bagaimana mengatasi masalah ini. Ia tidak semestinya dengan melawan kita boleh menang. Pengalaman Malaysia ialah memenangi hati dan minda rakyat.”


Beliau berkata, Malaysia dan Pakistan boleh bekerjasama untuk meningkatkan persepsi positif terhadap umat Islam.

“Kita (Malaysia dan Pakistan) sentiasa berbincang mengenai keganasan. Ada cara yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan kebimbangan, kemarahan dan kebencian terhadap orang Islam.”


Terdahulu, Pakistan memberi sambutan rasmi kepada Mahathir di Prime Minister’s House oleh Imran Khan semasa tiba di kediaman rasmi perdana menteri Pakistan itu.


Mereka kemudiannya mengadakan mesyuarat 4 mata, diiikuti mesyuarat delegasi Malaysia dan Pakistan.

Pada sebelah petang, Mahathir bakal dikurniakan anugerah “Nishan-e-Pakistan” atau Order of Pakistan”, anugerah tertinggi negara itu yang akan disampaikan Presiden Pakistan, Arif Alvi.


Lawatan Mahathir ke negara itu atas jemputan rakan sejawatannya untuk menghadiri sambutan Hari Pakistan, esok.



https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/03/22/malaysia-berhasrat-jadi-negara-maju-dalam-6-tahun-kata-dr-m/


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2019 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
6 tahun dari skrg, usia tun m 100 tahun. Aku sokong tun m memerintah negara sehingga usia 100 tahun. Rekod dunia.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 08:11 AM | Show all posts
Sesuai ke Msia digelar negara maju isle jika mampu menjadi negara maju nanti? Selama ini sebahagian besar  ekonominya dijana kapirun.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi kamu rosakkan x sampai 10 bulan
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan zaman dsn dah hampir capai dah
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 10:23 AM | Show all posts
ahhaahahahahahahaha..,ni lawak jaman now...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2019 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Byk ko punya hasrat
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Zaman kau Makin mundur Ada la...

Anak cucu kau yang Kaya maju hasil dari menyamun Dan merompak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2019 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak mintak sokongan untuk next PRU ke? Najib kumpul aset negara 10 tahun je, korang hancurkan dalam 10 bulan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Stop la tok...bab sijil palsu tu dh hakis 50% kepercayaan pd menteri atuk...sgt mengecewakan sbb no action at all pun dr pihak kerajaan.tak ada integriti.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
20 tahun lepas lg ko gebanng nak jd negara maju...dah hampir dah jd maju tp ko hijack terus lg hinaa dari thaiiland n yindon
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
onexox97 replied at 23-3-2019 08:31 AM
Bukan zaman dsn dah hampir capai dah

dulu dah hamper tercapai tp bila atok ambilalih u turn balik jadi negara kebelakang.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
6 tahun lagi Makin Kaya la kau merompak duit Petronas, khazanah semua tu...ko Kaya kan kroni2 engko.

Lepastu cam biasa la kalau tak achieve misi Cibai kau ni, kau main isu perkauman Pemalas, Mudah lupa etc.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 11:03 AM | Show all posts
apa cai dok pitnah ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 11:20 AM | Show all posts
Sembang mau kasi deras
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Maju apa segala projek infra rakyat n public transport di batalkan...aset2 negara dijual...petronas dijarah 80 bil...rizab negara makin menyusut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2019 02:35 PM | Show all posts
eragon replied at 22-3-2019 11:48 PM
6 tahun dari skrg, usia tun m 100 tahun. Aku sokong tun m memerintah negara sehingga usia 100 tahun. ...

nabi Noh 950 tahun ..lagi la panjang umonya .......
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2019 02:05 PM | Show all posts
GuaSayangMelaka replied at 24-12-2019 02:35 PM
nabi Noh 950 tahun ..lagi la panjang umonya .......

aku ambik kira umur umat nabi muhammad.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2019 02:14 PM | Show all posts
Pakistan saat awal merdeka dulu maju kot...siap boleh bagi pinjaman lagi ke Jerman (x sure timur ke barat)...

Banyak juga negara yg fortune dia dah berubah dari OK ke teruk...contohnya Myanmar, Filipina.

Negara yang fortune berubah dari teruk ke kaya raya pula Taiwan, Korea, SIngapore, UAE...

Jadi renung2kanlah..kita boleh je buat total reform, sakit sekejap je dalam setahun..

tapi bawah atok ni semua reform kene gradual, ikut selera dia...perubahan pun ada macam tak ada.

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2019 02:19 PM | Show all posts
Lagi 6 tahun bawah pimpinan sama ke? Yaqqin je bakal menang lagi next pru


Tapi tak mustahil. Ummah kita ramai bongok menjelang pru, senang digula gulakan.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.123600 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list