CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1782|Reply: 8

[Tempatan] Ahlong semakin ganas..membakar rumah kerana gadis tidak membayar hutang pinjaman

[Copy link]
Post time 23-3-2019 05:21 AM | Show all posts |Read mode



Kebakaran yang berlaku dalam kejadian berkenaan


Mangsa menjawab soalan pemberita ketika sidang media di Pejabat Ahli Parlimen Kepong, hari ini.


DAMANSARA - Tindakan seorang gadis yang gagal membuat bayaran pinjaman ah long mengikut tempoh ditetapkan mengundang padah apabila kediamannya dibakar pihak terbabit dalam kejadian pada Rabu lalu.

Menurut abang mangsa, Saw Yeow Ann, 24, adik perempuannya sebelum ini telah membuat pinjaman daripada sebuah syarikat pinjaman wang di Singapura namun atas sebab tertentu dia gagal untuk membuat pembayaran mengikut tempoh yang ditetapkan.

Yeow Ann berkata, ah long terbabit sebelum ini telah beberapa kali menghubungi adiknya dan mengugut untuk menyimbah cat serta membakar rumah mereka di Damansara Bestari jika pembayaran tersebut masih gagal dijelaskan dalam tempoh waktu terdekat.

"Adik saya pinjam SG $700 daripada sebuah syarikat peminjam wang tapi gagal membuat pembayaran balik," katanya.

Mengulas lanjut, Yeow Ann berkata, sewaktu kejadian itu, dia tinggal berseorangan dan berada di dalam bilik sebelum dihubungi adiknya yang memaklumkan mengenai kebakaran di pintu hadapan rumah berkenaan.

"Saya mulanya tak sedar rumah terbakar, bila dah dengar adik kata terus ke pintu depan dan tengok api dah marak.

"Jiran cuba untuk padamkan api guna air," katanya.

Selepas api berjaya dipadam, Yeow Ann cuba untuk keluar dari rumah tersebut namun pintu gril telah dikunci pihak terbabit dengan menggunakan pengunci basikal.

"Kami terpaksa hubungi polis untuk bantuan," katanya.

Tambah Yeow Ann, dia dan adiknya sudah membuat laporan di Balai Polis Seapark pada hari sama bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din mengesahkan menerima laporan tersebut.

Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 5 Akta Pemberi Pinjam Wang (APPW) dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

ttps://www.sinarharian.com.my/artic...ng-bakar-rumah


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2019 07:16 AM | Show all posts
yeker 700 je...smpai nak membunuh bagai kot....dah la bakar kunci lagi dgn kunci beskal
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 07:44 AM | Show all posts
Flat sewa ek ? Naya tuan rumah Lain kali mesti letak syarat non Chinese tenant preferred
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Along tu mmg dah salah
Tp yg gatal2 pinjam along tu apasal
Muda2 dah berhutang
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Along pun hutang nyawa bayar nyawa
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 10:06 AM | Show all posts
Sebab tu dah banyak kali dinasihatkan jangan pinjam wang dengan along
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2019 10:25 AM | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 23-3-2019 07:44 AM
Flat sewa ek ? Naya tuan rumah  Lain kali mesti letak syarat non Chinese tenant preferred

kalau owner rumah tu chinese guane plak tu??
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Berjudikah...  Muda2 da pinjam ah long
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2019 11:52 AM | Show all posts
TalibanRock replied at 23-3-2019 02:25 AM
kalau owner rumah tu chinese guane plak tu??

Elakkan penyewa cina la lain kali. Hahaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.098025 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list