CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2902|Reply: 23

[Tempatan] Mulai Mei, tukar alamat mykad perlu dokumen sokongan.

[Copy link]
Post time 23-3-2019 05:25 AM | Show all posts |Read mode




NASIONAL March 22, 2019 3:40 pm

PUTRAJAYA, 22 MAC: Bermula 2 Mei ini, permohonan pertukaran butiran alamat pada kad pengenalan perlu disertakan dokumen sokongan seperti bil utiliti dan cukai pintu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman berkata, langkah itu bertujuan mengelakkan masalah maklumat tidak sahih pada kad pengenalan selepas ada kes ’50 hingga 100 orang’ menggunakan alamat sama untuk mendapatkan kad pengenalan.

“Ada permohonan alamat tetapi kawasan itu adalah tanah kosong tanpa rumah. Kita tidak mahu perkara itu berulang,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) 2018, di sini hari ini.

Mohd Azis berkata, penggunaan alamat yang tidak sahih menyukarkan urusan agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam urusan daftar mengundi dan juga pengesanan individu dalam siasatan polis.

Mohd Azis berkata bagi yang menyewa, mereka perlu menyertakan dokumen perjanjian jual beli rumah, perjanjian atau resit sewa rumah serta dokumen lain bagi membuktikan pemohon telah menetap di alamat baharu tersebut.

“Sekiranya pemohon tidak dapat mengemukakan dokumen sokongan, mereka hendaklah mengemukakan surat pengesahan daripada penghulu, ketua kampung, tuan rumah, anggota Parlimen dan majikan untuk menyokong permohonan penukaran alamat pemohon,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Azis berkata sebanyak 10,828 individu dilucutkan status kewarganegaraan sejak 1960 hingga sekarang atas pelbagai kesalahan menurut Perkara 24, 25, 26 Perlembagaan Persekutuan.

“Kerajaan mengambil tindakan pelucutan kewarganegaraan selepas mendapat bukti yang kukuh terhadap individu-individu tersebut,” katanya sambil menegaskan bahawa kerajaan tidak mengiktiraf pemilikan lebih daripada satu kewarganegaraan.

sumber -
https://selangorkini.my/2019/03/mula...umen-sokongan/


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2019 10:13 AM | Show all posts
akak setuju...ini normal prektis tika akak dioberci dulu.
lagi satu kalo nk beli keta harus ada layout dan kebenaran nk parking, taklah keta berselerak parking merata2 ikut suka hati mak pak dia
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 11:56 AM | Show all posts
alaa, hari tu tukar alamat rumah. sekali gambar ic tak cantik

mcm mana nak tukar gambar baru ye?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Most utility bills ada satu nama aje
Klu mcm suami isteri dan dua2 bukan penduduk asal daerah tu
Dan bil utility pun nama salah satu dari mereka bukan dua2 ada nama atas bil
Jd cuma sorang aje yg boleh tukar alamat ic ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 11:39 PM | Show all posts
tak faham..  macamana kalau bil letrik, air
bukan atas nama pemohon??
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 24-3-2019 11:39 PM
tak faham..  macamana kalau bil letrik, air
bukan atas nama pemohon??

Jumpa penghulu & minta surat pengesahan permaustatin..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2019 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
lostnfaun replied at 25-3-2019 12:19 AM
Jumpa penghulu & minta surat pengesahan permaustatin..

kalau takde penghulu camne?
pengerusi persatuan penduduk boleh ka?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
rina0602 replied at 23-3-2019 11:56 AM
alaa, hari tu tukar alamat rumah. sekali gambar ic tak cantik  

mcm mana nak tukar gambar baru  ...

Sis cantik ke tidak ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2019 10:50 AM | Show all posts

haiyooo soalan



Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 10:57 AM | Show all posts
rina0602 replied at 23-3-2019 11:56 AM
alaa, hari tu tukar alamat rumah. sekali gambar ic tak cantik  

mcm mana nak tukar gambar baru  ...

ko padam nombor ic kt belakang tu guna thinner, nant dakwat tu hilang ko pi la kt pejabat jpn mtk tukar baru...nant dikategorikan rosak...kalo pi jpn jgn lupa mekap kasi putih skit, tp jgn mekap tebal nant gambar lg buruk..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 02:51 PM | Show all posts

ye la, kalo dh x cantik, mcm mn gmbar nk cantik

ps : iols gurau jahhh
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 03:37 PM | Show all posts

cantik laaa
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 03:38 PM | Show all posts
lee_sakura replied at 25-3-2019 10:57 AM
ko padam nombor ic kt belakang tu guna thinner, nant dakwat tu hilang ko pi la kt pejabat jpn mtk  ...

ooo..gituu.nanti2 aku try buat..haha
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 03:40 PM | Show all posts
Orix replied at 25-3-2019 02:51 PM
ye la, kalo dh x cantik, mcm mn gmbar nk cantik

ps : iols gurau jahhh

ye lah si chantek



Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
give up betul nak buat ic baru, hari tu excited gi jpn pukul 10am, dem, number dah habis. Next time lepas subuh kena terpacak depan pintu jpn.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 03:51 PM | Show all posts
misc replied at 25-3-2019 03:48 PM
give up betul nak buat ic baru, hari tu excited gi jpn pukul 10am, dem, number dah habis. Next time  ...

Tukar gambar baru yang lebih cun ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2019 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 25-3-2019 03:51 PM
Tukar gambar baru yang lebih cun ke?


Ada ke gambar ic yg cun? Tukarlah ic berkali2 tetap rupa mak lampir juga

Tujuan nak buat ic baru sebab nak tukar alamat ic. Malas dah nak balik kampung time PRU.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 04:32 PM | Show all posts
misc replied at 25-3-2019 03:48 PM
give up betul nak buat ic baru, hari tu excited gi jpn pukul 10am, dem, number dah habis. Next time  ...

u pegi jpn mana
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 05:17 PM | Show all posts
rina0602 replied at 23-3-2019 11:56 AM
alaa, hari tu tukar alamat rumah. sekali gambar ic tak cantik  

mcm mana nak tukar gambar baru  ...

tuan punya badan tu cantik ke dok?  kang buat sekali lagi pun sama je hasil atau lebih teruk ....  
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
lee_sakura replied at 25-3-2019 04:32 PM
u pegi jpn mana

Shah Alam, Sis.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.072594 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list