CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1250|Reply: 3

[Tempatan] Kuantan: Hadiah istimewa beli iPhone dapat kunci condo.

[Copy link]
Post time 23-3-2019 05:39 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 22-3-2019 02:04 PM


Gambar sekadar hiasan.

KUANTAN 22 Mac - Keterujaan seorang peniaga di Jerantut dekat sini membuka bungkusan Iphone Xs Max yang dibelinya menerusi urus niaga secara dalam talian bertukar duka apabila dia tidak menerima telefon pintar idamannya itu.

Sebaliknya, apa yang diterima oleh wanita berkenaan adalah kunci automatik pintu masuk kondominium.

Akibatnya, mangsa kerugian RM3,500 ditipu seorang wanita dalam urusan jual beli telefon pintar tersebut dengan harga murah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof, berkata, kejadian bermula 15 Mac lalu apabila wanita itu menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada suspek yang mendakwa sebagai pelanggannya dan pernah membeli alat solek daripada peniaga itu tahun lalu.

“Suspek memaklumkan kepada mangsa dia ada menjual telefon pintar jenis Iphone dan mangsa berminat untuk membeli dua unit Iphone Xs Max dan dimaklumkan oleh suspek harganya adalah RM3,000 seunit.

“Suspek meminta mangsa membuat bayaran deposit sebanyak RM3,500 terlebih dahulu sebelum telefon pintar itu dihantar kepadanya menggunakan khidmat kurier,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Wazir berkata, pada Rabu lalu kira-kira pukul 2 petang, mangsa menerima bungkusan yang dihantar melalui kurier oleh suspek.

“Setelah mangsa membuka bungkusan berkenaan terdapat satu beg kecil dan didalamnya ada kunci automatik pintu masuk kondominium, bukan telefon pintar yang pengadu beli,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang berasa tertipu membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut semalam. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/jena...#ixzz5isrV0cvq
© Utusan Melayu (M) Bhd

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2019 06:45 AM | Show all posts
Kalau harga sampai separuh esp untuk new unit, mmg too good to be true la.
X yah la caye even kat lazada pn.
Ni la akibat kalau tamak sgt
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 08:30 AM | Show all posts
dua kemungkinan je..

1. kurier dah bukak dan rembat phone2 tu
2. memang kena  tipu
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahahaha matimati ingat dapat kondominium
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:43 AM GMT+8 , Processed in 0.053932 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list