|
Baru 2 bulan masuk kelas, Pesuruhjaya Tinggi British sudah fasih berbahasa Melayu
Baru-baru ini, Charles Hay, 54, dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi British di Malaysia menggantikan Victoria Treadell. Beliau terus masuk bekerja pada hari Isnin lepas, sehari selepas beliau sampai ke Malaysia.
Paling menarik, Charles fasih berbahasa Melayu setelah mengikuti kelas Bahasa Melayu di Sekolah Tun Fatimah, malah beliau paling gemar ketika menetap di Johor Baru bersama keluarga angkat di bawah satu program persediaan pada bulan Januari lepas.
“Saya mengikuti kelas bahasa setiap hari. Ramai yang menatap saya dengan pandangan pelik, terutama gadis-gadis di sekolah itu. Kebanyakannya terkejut apabila saya boleh berkomunikasi dengan mereka dalam bahasa Melayu.”
Bangga kerana boleh bertutur dalam bahasa Melayu
Paling mencuit hati, Charles berasa bangga dengan rakaman video yang telah dimuat di laman Twitter rasmi UKinMalaysia, di mana beliau memperkenalkan dirinya sebagai Pesuruhjaya Tinggi di Malaysia.
Menurut Charles lagi, beliau juga telah melakukan persediaan sebelum mula bertugas di sini. Beliau telah melaporkan diri dan menelefon Ratu Elizabeth II kerana itu merupakan prosedur wajib bagi setiap duta dan Pesuruhjaya Tinggi.
Sumber: NST |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|