CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1581|Reply: 11

[Tempatan] Keganasan rumah tangga: Wanita zaman sekarang makin ganas, suami pulak mangsa de

  [Copy link]
Post time 23-3-2019 07:42 AM | Show all posts |Read mode
Keganasan rumah tangga: Wanita makin ganas atau lelaki makin lemah?
Mac 23, 2019 06:44 MYT

KUALA LUMPUR: Statistik yang menunjukkan sebanyak 56 lelaki menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak 2017 membangkitkan persoalan sama ada golongan lelaki kini semakin lemah atau pasangan mereka yang semakin ganas.

Penyelaras Unit Perancangan Keluarga Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Profesor Dr Harlina Halizah Siraj berkata, statistik itu mungkin lebih kecil berbanding angka sebenar yang tidak dilaporkan.

Jelasnya, keganasan boleh ditakrifkan dalam bentuk fizikal, emosi, percakapan, keganasan seksual, psikologi yang berpunca dari kawalan tentang kewangan serta keperluan.

"Kita bila cakap tentang ini, kena memahami, dalam konteks apa 56 orang ini, lelaki atau apa, tidak boleh melawan seorang isteri. Kita tidak boleh cakap macam itu.

"Sebab, dinamik dalam rumah tangga kena ditangani dengan lebih adil, hubungan suami isteri yang sepatutnya terjalin dengan kasih sayang, hormat menghormati, tolak ansur dan menghasilkan suasana tenang macam disebut dalam al Quran.
"Kalau tidak berlaku begitu, kita boleh bayangkan ahli keluarga dalam itu, maknanya anak-anak yang terlibat, kita perlu bantu bukan hanya melihat nombor," katanya ketika dihubungi di sini, pada Jumaat.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, seramai 56 lelaki atau 5.4 peratus menjadi mangsa keganasan rumah tangga daripada 1,037 kes yang direkodkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Jelas Dr Harlina, banyak stigma yang akan berlaku apabila seseorang individu yang menjadi mangsa mengambil keputusan untuk tidak memberitahu sesiapa dalam hal ini.

"Sebab dinamiknya sukar, kalau orang lebih agresif, dia rasa lebih berkuasa misalnya dalam konteks personaliti, isteri lebih berkedudukan, isteri yang mempunyai lebih pendapatan, dia jadi macam ada sedikit kecerunan kuasa, siapa lebih kuasa ditakrifkan boleh menyakiti atau mengasari pasangan yang satu lagi.

"Banyak stigma akan berlaku, dia akan dipandang lemah, dia tidak cerita, mangsa wanita akan dianggap dikasari sebab dia tidak pandai menjaga suami atau rumah tangga

"Lelaki juga dianggap begitu, bila itu berlaku, dia tidak lapor kerana takut dianggap lemah, dia akan menjadi mangsa kitaran ganas dengan lebih lama," katanya.

Dalam pada itu kata Dr Harlina, keadilan perlu dipraktikkan dalam apa juga situasi berkenaan keganasan rumah tangga.

"Kalau banyak mangsa lelaki, kena tahu dinamiknya, bentuk yang sama tetapi penyelesaiannya kena berbeza.

"Kena pastikan mangsa itu sendiri berani untuk mendapatkan bantuan, nasihat atau perlindunagn daripada teman-teman.

"Kita kena lihat kenapa dia tidak lari dari rumah tangga itu, kenapa masih duduk di situ. ia disebabkan dia suka, sayangkan anak-anak, tidak mahu masyarakat memandang rendah kepada dia dan apa yang penting bukan hanya  melihat lelaki atau wanita yang menjadi mangsa," ujarnya.

Statistik keganasan rumah tangga turut menunjukkan mencederakan mangsa secara fizikal merupakan kes paling tinggi dilaporkan iaitu sebanyak 448 kes.

Keduanya, sengaja meletakkan mangsa dalam keadaan ketakutan iaitu sebanyak 401 kes diikuti sebanyak 69 kes penderaan secara psikologi dan emosi serta 30 kes melibatkan melakukan khianat atau merosakkan harta dengan niat menyebabkan kesedihan atau kegusaran.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2019 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Ala... Sket je kalau nk dibanding ngan bil pompuan yg dibuli oleh laki sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 11:32 AM | Show all posts
korang kena tengok video nih.
jangan ingat pompuan sekarang ni innesen belaka.

jangan tertipo dengan muka yg chantek,
tapi di dalam nya ada penyakit jiwa.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
siapa suruh kahwin dengan wanita gila .... lelaki lemah betul dengan wanita cantik .....sedang kan ramai lagi wanita kurang menarik tetapi hati baik untuk di jadi kan isteri ..... jangan jadi kan diri anda di penuhi ketakutan
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 12:00 PM | Show all posts
Edited by brego at 23-3-2019 12:05 PM

kes yang hot sekarang.

feminist are poisoning females mind,
and ruining family value and western civilization.
false accusation bermaharalela.




Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
kata lelaki kental ? dengan feminist movement sudah mengigil sis ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2019 12:08 PM | Show all posts
Edited by brego at 23-3-2019 12:11 PM

ni kes yang sadis, selamat sebab gambar selfie family di facebook.
kalo takde gambar nih, kena jail 99 tahun.

men need to stop wasting their life for some mediocre pusseh.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
even dengan evidence tidak boleh kembalikan 4 nyawa





juga jembalikan rupa wanita ini .....

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2019 12:20 PM | Show all posts
Edited by brego at 23-3-2019 07:12 PM

contoh how feminist poisoning females mind.
siap ada guide handbook.

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
triggered? ... kalau sekadar handbook untuk brainwash wanita ...selama ribu tahun wanita di brainwash sebab syurga untuk jadi hamba ..... lelaki sekarang pengecut yea ?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by felinecat at 23-3-2019 01:14 PM

94.6% lg aman2
segolongan kecil je, dibandingkan dgn perempuan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2019 04:04 PM | Show all posts
brego replied at 23-3-2019 11:32 AM
korang kena tengok video nih.
jangan ingat pompuan sekarang ni innesen belaka.

giler la mcm ni

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:15 AM GMT+8 , Processed in 0.282772 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list