CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: blastoff

[Tempatan] Adib di bunuh di IJN ? UPDATE akta "assault" di spin AG ..dari post #

  [Copy link]
 Author| Post time 3-4-2019 05:27 PM | Show all posts
Tugas AG adalah utk buat pembelaan terhadap ahli2 bomba yg masih hidup lah sebab depa penjawat awam yg berhak dapat pembelaan .....

makna penyerang2 depa perlu di bawak ke muka pengadilan oleh AG ....

tapi apa yg berlaku ? Setelah di tangkap pun polis lepaskan semula dgn hanya kata saksi2 tak nampak serangan berlaku ...

errr  saksi2 dari kalangan ahli2 bomba tu nampak pe penyerang dok hala ke arah depa .....

kenapa pihak polis tak anggap anggota2 bomba tu sebagai saksi penting yg boleh buat pengecaman ?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2019 05:32 PM | Show all posts
Bagus thread ni. Dapat lah ilmu guaman sikit2. Dulu masa kerja pernah digertak org yg menimang2 senapang patahnya. Walaupun dia tak acu senjata, tapi aku menganggap ianya sebagai ancaman yg aku dan pemandu masa tu perlu berundur. Ruginya masa tu aku tak pandai undang-undang. Kalau tak, pengembala lembu tu mungkin dah masuk penjara dan belajar bersabar dengan penjawat awam yg hanya menjalankan tugas.

Aku harap sinar dalam kes Adib, walaupun mcm teori yang bertentangan makin ketara disebut-sebut. Andai tiada keadilan di dunia, maka di sana kelak,keadilan pasti ditegakkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2019 05:36 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 3-4-2019 05:38 PM

tengok tarikh artikel , sejak dis lagi bekas ketua polis dah buat teguran dia kata lambat bertindak patutnya tangkap ramai perusuh perlu awal2 ketika bukti berlambak2 masih fresh , tapi dek kerana waktu tu awal lagi maka dia bersangka baik la mungkin polis ada perancangan tertentu  .....

lani dah nak masuk bulan ke empat dah ....yg di tangkap pun di lepaskan semula dgn kata bukan perusuh la, tarak saksi la, manyak alasan la.... itu bermakna perancangan ke laut lah tu jadinya  .


\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\


Khamis, 20 Disember 2018 | 8:49am

  

Bekas Ketua Polis, Tan Sri Musa Hassan. - Foto Asyraf Hamzah

Tangkapan ke atas perusuh insiden kuil wajar dibuat besar-besaran - Musa Hassan  


Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Tindakan menangkap perusuh yang terbabit dalam insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya sewajarnya dilakukan secara besar-besaran.
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata tindakan lewat diambil pegawai penyiasat dalam menangkap perusuh yang terbabit, mengganggu dalam mengesan individu yang melakukan kesalahan ketika rusuhan itu.
Beliau berkata, sepatutnya pihak polis menangkap mereka yang terbabit dalam rusuhan ketika situasi masih ‘panas’ kerana pada ketika itu segala maklumat masih baru.
“Kalau ambil contoh ketika saya memimpin Polis Diraja Malaysia (PDRM) semasa berlakunya perhimpunan Hindraf di Ampang Park, seramai 130 individu ditangkap pada hari kejadian.
“Namun pada ketika itu segala maklumat masih ‘panas’ (baru) kerana kita bertindak (menangkap) secara besar-besaran sebelum menjalankan siasatan lanjut.
“Kejadian itu adalah sama seperti rusuhan kuil berkenaan. Peserta perhimpunan mencederakan anggota polis dan bomba, merosakkan kenderaan awam termasuk kenderaan polis,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Musa berkata, kes pencerobohan di kuil, serangan ke atas penjawat awam dan rusuhan di hadapan kuil dilihat lewat ditangani.
“Justeru adalah paling tepat sekiranya tindakan dapat diambil lebih awal berdasarkan maklumat yang baru. Berbanding mengesan individu dengan lambat maklumat yang diperolehi juga sudah basi,” katanya.
Beliau bagaimanapun tidak menyalahkan pihak polis dalam menangani insiden berkenaan dan percaya PDRM ketika ini mempunyai perancangan tertentu.
Katanya, pihak polis sewajarnya membuat satu tindakan yang lebih holistik dalam mengumpul maklumat yang ada membabitkan insiden rusuhan dan insiden yang menyebabkan kematian penjawat awam.
“Saya juga berharap polis menggerakkan segala maklumat yang ada khususnya dalam bentuk siasatan dan risikan untuk mengesan mereka yang terbabit.
“Pegawai penyiasat juga harus memastikan laporan dan bukti kukuh dalam elemen siasatan untuk memastikan pembunuh yang membunuh Muhammad Adib dikenakan tindakan,” katanya

https://www.bharian.com.my/berit ... -besar-besaran-musa



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2019 05:50 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 3-4-2019 05:59 PM
sranua replied at 3-4-2019 05:32 PM
Bagus thread ni. Dapat lah ilmu guaman sikit2. Dulu masa kerja pernah digertak org yg menimang2 sena ...

penguatkuasa perlu pakai axon body cam.

agar bukti senang di rekodkan secara automatic apabila serangan berlaku ketika depa menjalankan tugas.

Bukti tu akan merupakan undeniable proof lah utk boleh sabitkan penyerang nanti di mahkamah.

Tak pun pastikan ketika nak pi buat operasi perlu ada cara merekodkan seluruh operasi tu lah agar boleh jadi bahan bukti penting di mahkamah kalau jadi kes kang .




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2019 05:58 PM | Show all posts
nak faham apa beza axon body cam vs body camera vs dash cam ....

tonton video nih, axon lebih luas sudut image yg terhasil so boleh nampak jelas apa yg berlaku kalau terjadi serangan .

Tindakan pihak penguatkuasa pun boleh di analisa samada berlaku abuse of power atau tidak ....

so kalau mlm rusuhan tu semua FRU dan polis serta ahli bomba di lengkapkan dgn axon body cam nih tentu kita semua boleh saksikan apa saja yg depa saksikan mlm tu, jadi muka2 perusuh dan setiap serangan yg di buat boleh di lihat dgn jelas lah





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2019 06:04 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 3-4-2019 06:06 PM

Ini gambar perlihatkan cara pakai axon body cam








Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2019 06:21 PM | Show all posts


  


kecewa dgn news ni..



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2019 06:26 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 3-4-2019 06:29 PM

so tak ada alasan lah nak kata polis atau pegawai penyiasat tak ada cara nak rekodkan soalsiasat yg depa buat atau operasi siasatan yg depa jalankan dgn adanya axon body cam nih ..

Oh ooppsie , masih berlaku rupanya di malaysia yg mana pegawai penyiasat pi tanya kat adib di IJN dlm keadaan tak ada video utk rekodkan pepe pungg, semua perlu bergantung kat cakap pegawai penyiasat tu je dan bukan gambar bervideo apa yg adib sendiri cuba sampaikan ...

lalu pegawai penyiasat tu simply cakap adib tak jawab sebab pakar bedah kata adib dah hilang ingatan ... kuang3

You would think that kes yg merupakan nasional attention mcm adib ni patutnya di buat recording lah kannn soalsiasat terhadap adib oleh pegawai penyiasat tuuu , ini tarak maa, malah di inquest tak ditanya pun kenapa tak buat recording soal siasat adib tu .... main senyap gitu je.




]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]

Rabu, 3 April 2019
  
Adib tak jawab soalan, mungkin hilang ingatannn

   Syah Rul Aswari Abdullah
am@hmetro.com.my


PEGAWAI penyiasat kanan polis memberitahu Mahkamah Koroner Shah Alam, bahawa Muhammad Adib Mohd Kassim tidak dapat menjawab soalan sama ada dia dipukul.
Saksi ke-28 inkues, Asisten Superintendan Lew Keng Joe berkata, ia dilihat ketika kali kedua beliau melawat anggota berkenaan yang ketika itu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Institut Jantung Negara (IJN), pada 12 Disember tahun lalu.
Beliau yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya berkata demikian ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali, Faten Hadni Khairuddin pada hari ke-21 inkues kematian Muhammad Adib.
FATEN: Ada kamu tanya apa-apa soalan?
LEW: Saya terus tanya (kepada Adib) adakah kamu dilanggar atau dipukul? Adib tidak dapat menjawab.
Tetapi, dia nampak begitu beremosi dan tangan kirinya cuba menarik (tiub) di mulut tetapi dihalang oleh jururawat di sebelah kirinya. Tetapi selepas itu, Dr Ezani (Perunding Kanan Pakar Bedah Kardiotorasik IJN, Datuk Dr Mohamed Ezani Md Taib) kata Adib mungkin hilang ingatan sebab tekanan darahnya yang rendah.
FATEN: Apabila Dr Ezani cakap macam itu. Ada kamu tanya apa lagi?
LEW: Masa itu, ada jururawat tanya Adib sama ada mahu menulis di ‘white board’ (papan putih). Adib hanya geleng kepala... Dr Ezani kata dia tidak mahu tulis.
FATEN: Maka, tiada soalan lanjut ditanyakan?
LEW: Ya
Menjawab soalan lain Faten Hadni, saksi sama berkata, pada hari sama, Dr Ezani ada memberitahu pernah bertanyakan soalan sama kepada Muhammad Adib, tetapi anggota bomba itu tidak menjawab.
Sementara itu, Lew berkata, beliau ada mengunjungi Muhammad Adib sebanyak tiga kali di ICU IJN iaitu pada 28 November, 12 Disember dan 17 Disember.
Katanya, pada kali pertama, dia tidak dapat masuk ke dalam bilik menempatkan anggota bomba itu dan hanya melihat dari cermin kaca di luar bilik berkenaan.
Beliau berkata, ketika itu, Muhammad Adib tidak sedarkan diri.
Katanya, pada kali kedua, anggota bomba itu sedar dan duduk di atas kerusi dengan ada antara empat dan lima jururawat di sebelah kirinya, sebelum dapat bertanyakan soalan.
Bagaimanapun, pada kali ketiga, beliau tidak dapat masuk kerana dimaklumkan keluarga anggota bomba itu tidak membenarkan sesiapa melawat mangsa.
Menjawab soalan lain Faten Hadni, Lew berkata, beliau mengetahui Muhammad Adib sudah meninggal dunia ketika berada di rumah pada 9.45 malam, 17 Disember tahun lalu.
FATEN: Jelaskan apa yang berlaku apabila kamu pergi ke IJN?
LEW: Saya sampai di IJN, kira-kira 10.30 malam. Selepas saya sampai di depan ICU, saya dihampiri beberapa pegawai bomba dan mereka tidak pakai uniform dan berkata bedah siasat tidak perlu dilakukan dan Dr Ezani boleh sahkan punca kematian.
Saya kemudian hubungi Ketua Polis Daerah Subang Jaya dan diberitahu polis akan memohon bedah siasat kepada si mati.
Saksi sama berkata, bedah siasat kemudian dijalankan di Hospital Kuala Lumpur pada 18 Disember tahun lalu.
Muhammad Adib, 24, yang juga anggota van EMRS (Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.
Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lalu di IJN.
Prosiding di hadapan Koroner Rofiah Mohamad.
Lagi berita berkaitan Inkues Adib


  Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 April 2019 @ 5:30 PM




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-4-2019 06:31 PM | Show all posts
senang je ye kesimpulan di buat oleh pakar bedah dan pegawai polis tu berdasarkan agakan rambang je.... adib hilang ingatan errr tapi boleh minta phone boleh berkomunikasi dgn cara menulis di board..... tup tup waktu di tanya pegawai polis tu je adib hilang ingatan ye .... coincidence lah sgt time tu je adib jadi lagu tu  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2019 06:34 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 3-4-2019 06:38 PM

kenapa pegawai polis tu tak rekod kan secara bervideo segala yg dia nak soal pada adib tu ? Pegawai penyiasat dan Polis malaysia tarak axon body cam kaa , selama ni soalsiasat solely depend kat cakap polis je le ? Aiyaa tatuttt nyaaa kang polis cakap buat tapi tak buat  atau vice versa camna ? Mana boleh satu pihak je bagi keterangan camtu ...itu tak boleh di katakan adib punya keterangan sendirilah tuuu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2019 06:41 PM | Show all posts

saksi ahli2 bomba tu polis tak kira kot tu yg lepas tuu, padahal depa tengok pe yg menyerang depa, bukti video takkan tarak kot kann yg tunjukkan muka penyerang ....begitu punya manyak org guna phone mlm tu tup tup tarak saksi kuang3

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2019 06:43 PM | Show all posts
imagine lah yg kat IJN pun tarak bukti video pepe pun yg tunjukkan pepe pun mengenai aktiviti adib .... dia mcm tak wujud maaa..... yg manyak gambar VVIP berposing depan katil adib.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2019 06:45 PM | Show all posts
errr kalau ikutkan inquest tuh bermakna malaysia nih masih di zaman batu laaa sebab semua org tak faham camna nak guna video recording, dari polis hingga ke saksi2 hingga ke pakar2 semua blur penggunaan video ......negara kita mundur sampai camtu naaa
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq tt di atas penerangan tentang assault...iols baru tahu....
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2019 08:51 PM | Show all posts
blastoff replied at 31-3-2019 01:09 PM
Ada ka soh forummer gi ke inquest plak semata2 nak bincangkan kepincangan yg berlaku dlm inquest   . ...

Actually tiada apa yang mustahil pun dalam dunia ni. suggestion utk kamu sertai inquest tu tidaklah tak logik seratus peratus. you can do petition and get a million signatures of same minded peoples who agree with your case and you can submit the petition to the court maybe? even mengikut contoh yang kamu bagi iatu menyertai persidangan kabinet, sama jugak. kalau ada rasa tidak puas hati, marhaen juga boleh membuat petition atau membuat sesuatu bantahan secara aman supaya ketidakpuasan hati marhaen boleh didengar. the point is, there is no fixed rules to prevent you from reaching your goal apatah lagi menyuarakan sesuatu yang kamu anggap "benar". But i accept that you dont see the need and the way to take part in the inquest but here. it is your prerogative.


i re-quote this quranic verse you quoted in your profile; seems applicable to this post concerning both sides of the arguing parties.


Quran [18.56] .... and those who disbelieve make a false contention that they may render null thereby the truth, and they take My communications and that with which they are warned for a mockery.

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2019 07:45 AM | Show all posts
hujung2 family kena redha tiada siapa yg bersalah
yg x jujur, yg menipu tu smoga terima balasan
mereput la ko org terima balasan dr Allah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2019 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap keadilan ditegakkan ..kalu deme tak jujur..menjawab kamu semua di sana..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2019 06:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Pd sesapa yg bersalah dan bersubahat tu x kiralah ko agama apa pun...balasannya tetap ada... Lambat atau cepat je.. Moga arwah tenang disana...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.076092 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list