CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: blastoff

[Tempatan] Adib di bunuh di IJN ? UPDATE akta "assault" di spin AG ..dari post #

  [Copy link]
Post time 24-3-2019 06:27 AM From the mobile phone | Show all posts
blastoff replied at 24-3-2019 01:41 AM
persoalannya kenapa tarik awal sgt dan boh lewat sgt  ECMO tu ?

Itu persoalannya yg famili adi ...

Hari tuu ade baca supaya adib try nafas sendiri.. bab ni no komen.. doc lebih phm tugas depa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2019 06:28 AM From the mobile phone | Show all posts
lazim replied at 24-3-2019 01:51 AM
Yg aku pelik masa adib blh menulis guna whiteboard tu igtkn btl2 makin pulih. Mimpi indah tul. Yg he ...

Ade geng depa tanye.. betul kena pukul.. tp doc kata kena langgo.. be4 this doc lkata ke a pukui
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 06:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Laaaa.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau doktor tu islam dan menipu... nnt dia jwb lah di akhirat. Kafir mmg neraka jahannam tempatnya. Krjn ph yg kejam semoga jatuh dgn sehina2 nya
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Polis sendiri pon lembab nak ambik statement...terima pelawat menteri bodo berpuluh orang ijn benarkan...well mesin tu dicabut dr adib sbab ada org lain lebih memerlukan ke...or kos guna alat ni sgt mahal sbb tu di cabut...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2019 08:10 AM | Show all posts
Edited by blastoff at 24-3-2019 08:35 AM
Buritan replied at 24-3-2019 06:27 AM
Hari tuu ade baca supaya adib try nafas sendiri.. bab ni no komen.. doc lebih phm tugas depa

Doc yg merawat adib lebih faham tugas samalah mcm FRU yg ada di tempat kejadian ketika riot tu pun lebih faham tugas,  tapi tetap tak dapat bertindak utk melaksanakan tugas walau menyedari keadaan mendesak sekalipun , semata2 kerana ikut arahan pihak atasan .

Patutkah yg faham tugas tu di kekang dari bertindak oleh pihak atasan ? Patutkah yg faham tugas dijadikan puppet semata2 hingga tidak dapat melaksanakan tugas yg dipikulnya tu ?

Itu yg berlaku terhadap kakitangan kerajaan, di perlakukan mcm puppet yg wujud semata2 utk menurut perintah pihak atasan yg berkepentingan sendiri.

Polis di lumpuhkan kuasa , FRU di lumpuhkan kuasa, doktor2 pakar di IJN pun di lumpuhkan kuasa ..... apa guna kepakaran depa kalau nak di lumpuhkan dlm sekelip mata je diketika keadaan mendesak yg memerlukan depa bertindak menurut kepakaran depa ?

Baik letak patung je tak perlu bayar gaji agar save duit rakyat kalau nak lumpuhkan kuasa depa dari menjalankan tugas..



]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]


FRU tak terima arahan bertindak, kata saksi inkues Adib

Faiz Zainudin -

March 20, 2019 9:05 PM• 5 minute read
SHAH ALAM: Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang ditugaskan untuk insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman pada November lepas tidak dapat bertindak kerana tiada arahan sedemikian daripada pegawai pemerintah walaupun situasi mendesak.
Saksi ke-21 inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim menjelaskan tatacara operasi standard dan manual operasi ketenteraman awam menetapkan FRU tidak boleh bertindak tanpa arahan pegawai berkuasa.
“Pegawai pemerintah unit 1 FRU Cheras, Jefri Mohamad cuba menghubungi OCPD untuk memaklumkan situasi semasa namun gagal,” kata pegawai penjaga FRU Troop 1A, Shuhaimi Yaakob.
“Selepas itu Jefri menghubungi timbalan OCPD dan arahan diberikan agar bersiap sedia.”

Shuhaimi memberitahu timbalan pendakwa raya, Hamdan Hamzah bahawa pasukannya berada di tempat kejadian dari 10.30 malam pada 26 November hingga 4 pagi pada 27 November.
Dalam keterangannya di inkues hari ini, yang memasuki hari ke-14, Shuhaimi berkata FRU dalam operasi membantu polis tempatan perlu merujuk kepada pegawai kanan yang diberi kuasa.
“Di mana-mana kami pergi untuk bantuan, kami akan melapor kepada pegawai medan dan juga ketua polis daerah,” katanya.
Beliau menambah pihaknya menghubungi pegawai medan, Mohd Nasir Drahman dan hanya diarah bersiap sedia.
Shuhaimi memberitahu Mahkamah Koroner bahawa kumpulan yang diselianya malam itu terdiri daripada 2 pegawai dan 60 anggota, manakala kumpulan kedua terdiri daripada 3 pegawai dan 53 anggota.
Berdasarkan pengalamannya, satu kumpulan FRU yang ideal, dengan 3 pegawai dan 85 anggota, boleh mengawal lebih 1,000 orang.
Tetapi pada malam tersebut, berdasarkan penilaiannya, terdapat lebih kurang 5,000 orang di kawasan kuil kontroversi itu, manakala 50 hingga 60 orang lagi kelihatan menyerang jentera dan van bomba.
“Malam kejadian 2 kumpulan kami, kekuatan lebih kurang 5 pegawai dan 113 anggota, pada dasarnya kalau tidak melibatkan sebarang senjata berbahaya di pihak orang ramai, kami boleh mengambil tindakan,” katanya.

Sementara itu, peguam keluarga Adib, Yahya Othman bertanya kepada Shuhaimi adakah FRU gagal bertindak pada malam itu sehingga nyawa Adib melayang.
Shuhaimi tidak bersetuju.
“Penugasan pada malam itu adalah penugasan secara mengejut. Malam kejadian, di mana kami tidak diberi sebarang taklimat berkenaan situasi semasa, dan juga keadaan kawasan di mana sebarang tindakan yang akan diambil FRU adalah berdasarkan tindakan kumpulan IPD.
“Kami juga hanya pergi ke tempat kejadian berdasarkan arahan dan tidak diberi kawasan spesifik di mana kami perlu bersiap sedia,” katanya.
Peguam mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Syazlin Mansor bertanya adakah FRU hanya berada dalam keadaan bersiap siaga apabila jentera FRU diserang.
“Walaupun kenderaan kami diserang, kami perlu lapor dan menerima arahan daripada pihak atasan sebelum bertindak.
“Jika kami diserang, kami akan bertindak hanya terhadap penyerang,” katanya.
Inkues kematian Adib susulan rusuhan kuil Seafield pada 27 November lalu hari ini turut memanggil saksi ke-22, Hardeep Singh untuk mengesahkan video yang dirakam semasa malam rusuhan melibatkan jentera bomba.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/03/20/fru-tak-terima-arahan-bertindak-kata-saksi-inkues-adib/




Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-3-2019 08:23 AM | Show all posts
Saksi FRU sendiri sebut, kalau serang jentera FRU pun nak kena tunggu kebenaran pihak atasan baru boleh bertindak mempertahankan diri , itu pun pada penyerang depa semata2 tindakan boleh di ambil .....bermakna kalau penyerang pi serang selain jentera FRU kira FRU akan tengok saja maaa tanpa tindakan hapaaa pun.

Sebab tu saksi tu sebut malam kejadian 50 ke 60 org serang jentera dan van bomba pun FRU cuma mampu tengok saja maaa.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2019 08:28 AM | Show all posts
Edited by blastoff at 24-3-2019 08:30 AM

Errr ....Saksi FRU di tempat kejadian sebut 50 hingga 60 org serang jentera dan van bomba malam tuuuu..... adakah mustahil utk yg berpuluh dok tengah serang kenderaan bomba tu jugak turut boleh menyerang adib ? Mustahil kaaa ?

Kenapa doktor2 pakar yg tarak di tempat kejadian plak nak berspekulasi kata mustahil adib di pukul sedangkan saksi FRU sendiri akui berpuluh serang bomba waktu tu ?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2019 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Semakin menarik.. Teruskan tt, bak kata porumer yg sblm2 ni, teruskan sampai mana tt boleh bongkar @ analyze
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2019 08:40 AM | Show all posts
Di antara doktor2 pakar yg tarak di tempat kejadian, dgn FRU yg ada di tempat kejadian , dgn pihak atasan yg tarak di tempat kejadian..... yg mana lebih pakar menganalisa keadaan waktu kejadian tengah dok berlaku di tempat kejadian riot tu ?

Kalau serah pada yg pakar, perlu beri kuasa pada FRU utk bertindak lah dan perlu terima kesaksian FRU yg ada di tempat kejadian tu laa. Tapi this government tak serah pada yg pakar.... itu MASAALAHnya lani.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2019 08:42 AM | Show all posts
Edited by blastoff at 24-3-2019 08:44 AM

This government lumpuhkan yg pakar sebaliknya utamakan yg fake degree utk buat keputusan .... end of the story..... this government menjadikan yg pakar sebagai puppet pada menteri2 yg fake degree tuh....so implikasi buruknya seperti apa yg kita tengok lani lah , ramai pihak teraniaya jadinya hingga nyawa melayang pun tak dapat keadilan sewajarnyaa.

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 08:52 AM | Show all posts
ada kesan tapak kaki dekat bahu adib
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2019 09:00 AM | Show all posts
NazRysha replied at 24-3-2019 08:52 AM
ada kesan tapak kaki dekat bahu adib

Kesan tapak kaki sama mcm kesan serangan ke atas jentera dan van bomba la, simply di nafikan je oleh pihak atasan .

doktor2 pakar di IJN yg rawat adib tu tunggu arahan pihak atasan mana satu ketika depa nak cabut atau nak boh semula ECMO tu ? Memandangkan semua staff kerajaan dah jadi SOP utk ikut arahan pihak atasan tanpa boleh guna kepakaran sendiri utk bertindak .

Adakah pihak atasan tu plak perlu tunggu arahan dari pihak yg paling atas yakni menteri2 seperti waytha dan sewaktu dgn nya, yg menyebabkan depa simply soh yg bawahan cuma bersiap sedia sebab menteri2 kata no action needed walau keadaan mendesak camna sekalipun waktu tu ?   

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2019 09:03 AM | Show all posts
Edited by blastoff at 24-3-2019 09:05 AM

SOP yg ditetapkan oleh kerajaan PH adalah " jgn bertindak melainkan dapat kelulusan oleh pihak yg paling atas " . So yg paling atas 9 org fake degree. makna yg pakar perlu jadi puppet pada yg bodoh lah tu , errr mcm lembu di cucuk hidung.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
blastoff replied at 24-3-2019 08:10 AM
Doc yg merawat adib lebih faham tugas samalah mcm FRU yg ada di tempat kejadian ketika riot tu pun ...

Bab campurtangan pihak atasan.. tak brani komen laa nyah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
blastoff replied at 24-3-2019 08:28 AM
Errr ....Saksi FRU di tempat kejadian sebut 50 hingga 60 org serang jentera dan van bomba malam tuuu ...

Yg aku tau amik doc lain spy tak bias.. itu skop keje yg aku fhm..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2019 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
NazRysha replied at 24-3-2019 08:52 AM
ada kesan tapak kaki dekat bahu adib

Oo ye ke.. semakin menarik.. tp nape takut kalo mmg betul pukulla..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 24-3-2019 06:28 AM
Ade geng depa tanye.. betul kena pukul.. tp doc kata kena langgo.. be4 this doc lkata ke a pukui

Masalahnya percakapan/pengakuan tu xde rekod rasmi. Dah tahu org tu kronik cpt la sikit bt kj. Dh jd camni nk buktikn mcm mn..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Xde ke porumer doctor nk mncemar duli skit. Knp cabut klu dia blm ok. Cabut2 tu trs drop kesihatan sampai mnggal. Kecewa btl bila,sblm tu dikatakan adib blh menulis & bt isyarat. Igtkn mkin elok. Tiba ada plk ckp adib hdup sbb bntuan dadah (ubatan) & mesin
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
lazim replied at 24-3-2019 09:36 AM
Masalahnya percakapan/pengakuan tu xde rekod rasmi. Dah tahu org tu kronik cpt la sikit bt kj. Dh  ...

Camm tuu pulak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.069236 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list