CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3922|Reply: 54

[Tempatan] Ramai tak minat Sains, realitinya Malaysia perlukan 320,000 lagi engineer

  [Copy link]
Post time 23-3-2019 02:21 PM | Show all posts |Read mode
Dorong seramai mungkin pelajar ambil bidang kejuruteraan
23 Mac 2019 1:01 PM


KOTA BHARU 23 Mac - Lepasan sekolah yang berkelayakan dan mempunyai potensi dalam bidang kejuruteraan perlu diberi dorongan dan bimbingan bagi membolehkan mereka melanjutkan pengajian dalam bidang tersebut di universiti.

Presiden Institut Jurutera Malaysia (IEM), David Lai berkata, jumlah jurutera profesional dan bertauliah di seluruh negara yang berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) setakat ini baru mencecah 130,000 orang.

Kata beliau, jumlah itu masih belum menepati bilangan ideal untuk Malaysia yang sedang menuju ke arah Revolusi Industri 4.0, iaitu dengan nisbah seorang jurutera bagi setiap 100 penduduk.

“Jumlah penduduk Malaysia kini mencecah 32 juta orang, jika mengambil kira nisbah seorang jurutera bagi setiap 100 penduduk, kita memerlukan sekurang-kurangnya 320,000 orang jurutera.

“Dengan kata lain, ketika bidang lain berdepan masalah lambakan graduan, bidang kejuruteraan di negara ini pula adalah sebaliknya kerana menawarkan banyak tempat kepada graduan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas meluangkan masa beramah mesra bersama pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa 2, Muhammad Ridzwan Roslan, 18, yang merupakan orang kurang upaya (OKU), di sini semalam.

Pemuda OKU kudung tangan kiri sejak lahir itu memperoleh pencapaian cemerlang 9A 1B dalam SPM 2018 dan hasratnya yang mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan walaupun berdepan kekurangan fizikal pernah dilaporkan media baru-baru ini.

Yang turut hadir dalam pertemuan itu, Pengerusi IEM Kelantan, Ir. Abrizan Abdul Kadir.

Mengulas lanjut, David berkata, ketika negara menuju ke arah Revolusi Industri 4.0, antara cabang kejuruteraan yang memerlukan seramai mungkin tenaga kerja ialah kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrikal, kejuruteraan mekanikal dan kejuruteraan kimia.

Mengulas pertemuan dengan Muhammad Ridzwan, beliau memberitahu tertarik dengan minat dan kesungguhan remaja itu dengan bidang kejuruteraan dan pihak IEM bersedia memberi bimbingan serta khidmat nasihat kepadanya dalam memilih jurusan dan universiti terbaik.

Sementara itu, Muhammad Ridzwan berkata, dia amat meminati kejuruteraan mekatronik dan sudah menerima tawaran daripada dua institusi pengajian tinggi iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) serta Universiti Malaysia Perlis (Unimap).

“Alhamdulillah ibu dan bapa memberi kebebasan sepenuhnya kepada saya untuk memilih universiti mana paling sesuai dan setakat ini saya masih meneliti tawaran dua universiti tersebut,” katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2019 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang banyak keja kosong pun dlm bidang kejuruteraan klasik.. mekanikal, sivil, elektrikal & kimia..
Yg lain2 bidang kejuruteraan spesifik, bioengineering, manufacturer, cad/cam dipandang sepi bak angin kus kus..
Bila apply, depa kata hang tak layak..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 02:48 PM | Show all posts
najib888 replied at 23-3-2019 02:28 PM
Yang banyak keja kosong pun dlm bidang kejuruteraan klasik.. mekanikal, sivil, elektrikal & kimia..
...

pengalaman ka bro? wakakakkakakakaka

macam tak tally pulak...tiap tahun bakai2 engineer grad...takkan masih tak cukup...wakakakakkakakkakaka
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 03:02 PM | Show all posts
tanya ko keja apa, engineer.... fuh mantap, bangga 180 darjah bila ramai member kagum bila dpt tahu kita ni seorg engineer, tapi disebalik tu sapa yg tahu bertapa pedih nye seorang engineer nak hidop, sebab gaji starting pun baru 1800 nak idop kat KL ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Untuk fresh grad engineer, gaji sangat la sengkek. Mungkin budak2 sekarang lebih berminat jual online dari jadi engineer
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 03:05 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2019 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Susah wooo kerja engineer..abg kita kena masuk hutan bagai..naik pencawang la..dangerous job...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
miszclassique replied at 23-3-2019 03:03 PM
Untuk fresh grad engineer, gaji sangat la sengkek. Mungkin budak2 sekarang lebih berminat jual onlin ...

Haha.. zaman sekarang ramai berebut jadi social media influencer...siap ada buku lagi how to be one...kerja best..travel2,posing2,gain follower,femes, dapat duit..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2019 03:11 PM | Show all posts
https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1115173
Khabarnya ramai engineer. Tapi tak berdaftar
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Naikkan gaji ramai la yg kembali kpd engineering
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
nk rmai sgt engineee supya bole ksi gaji rendah ke?? phuii
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Bkn dua thn dulu kata dah ada lambakan engineer....
Skrg dah kurang pulak....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 03:59 PM | Show all posts
mau ramai engineer kunun. brapa ramai keluaran engineer tukar bidang kerja
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2019 04:01 PM | Show all posts
ramai nak jadi YouTuber
lagi byk viewer
lagi byk subscriber
lagi byk masyukkkkkk....RM

selamat tinggal post Engineer
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 04:13 PM | Show all posts
Elle_mujigae replied at 23-3-2019 03:06 PM
Susah wooo kerja engineer..abg kita kena masuk hutan bagai..naik pencawang la..dangerous job...

Tapi gaji besaq tu oooooo.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 04:15 PM | Show all posts
R2D2 replied at 23-3-2019 04:01 PM
ramai nak jadi YouTuber
lagi byk viewer
lagi byk subscriber

Engineer pun boleh jadi Youtuber macam EEVBlog, SignalPath dll. ...




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2019 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Suruh budak2 mrsm dan sbp amik bidang sains dan engineering ni, diorg semua kan pandai2 dan genius
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 07:18 PM | Show all posts
STEM belajar susah, fees mahal, dan akhir nya keje macam macai.

yang non-technical art stream,
gaji naik sampai puluh ribu,
dapat naik corporate ladder dan jadi bos2 besau.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangla kan ada.import la
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Graduan pun masih ramai yang jobless. Cuba sediakan peluang pekerjaan dulu pada yang ada ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.079971 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list