CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1090|Reply: 8

[Tempatan] 80 Peratus Kanak-Kanak 10-17 Tahun Tonton Pornografi

  [Copy link]
Post time 23-3-2019 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SABTU, 23 MARCH 2019 @ 7:44 PM

MALAYSIANS Against Pornografi (MAP).
KUALA LUMPUR: Kajian Malaysians Against Pornografi (MAP) pada 2018 mendedahkan data amat mengejutkan apabila kira-kira 80 peratus kanak-kanak berusia antara 10 hingga 17 tahun telah menonton pornografi secara sengaja.

Sementara hampir 89 peratus daripada kanak-kanak berusia 13 hingga 17 tahun menjadi mangsa antun dalam talian.

Pengerusi MAP, Dr Shamsuriani Md Jamal, berkata bagi membanteras kedua-dua isu itu, ibu bapa dinasihat meningkatkan kecelikan internet mereka bagi membantu anak-anak dari gangguan pornografi dalam talian, sedangkan menyekat mereka dari menggunakan internet bukan cara terbaik.

“Ibu bapa diingatkan agar meningkatkan pengetahuan mereka sendiri tentang bagaimana menggunakan internet dengan sempurna dan mewujudkan persekitaran famili yang selamat dari pengaruh pornografi.

“Dalam pada itu ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka agar tidak melayari sebarang ‘iklan’ yang muncul ketika menggunakan internet jika ‘iklan’ itu membabitkan pasaran tidak sopan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Karnival Kesedaran Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata, MAP sedang menawarkan kursus percuma dalam talian di laman web mereka untuk ibu bapa yang ingin meningkatkan kecelikan internet, dan mempelajari cara bijak menggunakan internet dan bahaya melayari laman pornografi.

Dr Shamsuriani juga menasihatkan ibu bapa agar sentiasa memantau aktiviti anak-anak di laman media sosial serta mewujudkan ‘privacy functions’ dalam akaun mereka bagi menghalang daripada dicerobohi orang-orang yang tidak dikenali.

”Ibu apa perlu mendidik anak-anak untuk mengaktifkan ‘privacy function’ ini dan tidak menerima sebarang ‘permintaan mesra’ dari orang tidak dikenali yang boleh menyamar sebagai mana-mana orang yang mereka mahu,” katanya.

Menurut beliau, antun dalam talian adalah satu bentuk jenayah siber, dalam mana ‘modus operandi’ mereka ialah mewujudkan akaun media sosial palsu dan mereka akan berkawan dengan kanak-kanak dan orang dewasa, selain memaksa mereka mengirim gambar bogel dan dalam senario paling teruk mereka melakukan jenayah sosial dengan cara mengajak kanak-kanak bersiar-siar keluar bersama mereka.

Karnival Kesedaran Rakyat bertujuan mengukuhkan lagi jurang antara agensi kerajaan dengan penduduk tempatan dan menerangkan kemajuan program-program yang dibiayai kerajaan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh yang melancarkan program itu hari ini berkata ia memberi manfaat kepada orang ramai dari segi mendapat pemeriksaan kesihatan percuma dan maklumat mengenai bantuan kebajikan yang ditawarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. – BERNAMA

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2019 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Isk isk...biar betul..80% ..banyak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts

[an.tun] |

Definisi :sl anggun, kacak; orang ~ pesolek; berantun berhias, bersolek: sedikit bekerja, banyak ~.(Kamus Dewan Edisi Keempat)



Gigih iols cari maksud antun..tapi still tak faham..mangsa antun tu apa..?..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2019 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Elle_mujigae replied at 23-3-2019 08:15 PM
Gigih iols cari maksud antun..tapi still tak faham..mangsa antun tu apa..?..

Sexual grooming
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 23-3-2019 08:25 PM
Sexual grooming


Ooooooooooooooooooo...... solek/hias =groom... faham2..thanks!
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 08:52 PM | Show all posts
my peeps...wakakakakakakakakkakaakakakakaka
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-3-2019 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Elle_mujigae replied at 23-3-2019 08:42 PM
Ooooooooooooooooooo...... solek/hias =groom... faham2..thanks!

Seksual Kanak Kanak ni ada macam macam. Antun seksual ada. Amang seksual pun ada.

Sexual grooming ni ibarat di mana berlakunya  kepercayaan oleh pelaku terhadap mangsa & secara perlahan-lahan proses itu kemudiannya disusuli dengan menunjukkan tingkahlaku seksual sehingga pelaku sampai ke tahap melakukan kesalahan jenayah seksual pada mangsa.

Tapi sexual grooming pun banyak jenis kategori juga. Senang cita mangsa seksual ja la hehe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 09:06 PM | Show all posts
umoq 17 tahun dah lebat bulu pun kanak2 jugak ka? wakakakakakkakkkakaakakakakaka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2019 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya takdak beza dulu dan sekarang.. aku dulu 1st time tgk blue film kat umah sorg kawan.. anak dato’.. masa tu darjah 6..
Selamba ja dia ajak kami 5 sekawan masuk rumah... ada cerita best katanya.. zaman VHS..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:53 AM GMT+8 , Processed in 0.096322 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list