View: 855|Reply: 3
|
[Dunia]
Burj Khalifa Dihiasi Gambar PM NZ
[Copy link]
|
|
SABTU, 23 MARCH 2019 @ 7:45 PM
DUBAI: Ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE) di sini memaparkan imej Perdana Menteri Jacinda Ardern pada bangunan pencakar langit tertinggi dunia, Burj Khalifa, susulan insiden tembakan dua masjid minggu lalu.
Pemerintah ibu kota ini, Sheikh Mohammed bin Rashid Al-Maktoum memuji sokongan Ardern terhadap masyarakat Islam selepas pengganas kulit putih 15 Mac lalu mengorbankan 50 jemaah.
“Terima kasih PM @jacindaardern dan New Zealand atas perasaan empati ikhlas dan sokongan yang menarik penghormatan 1.5 bilion umat Islam susulan serangan pengganas yang mengejutkan komuniti Islam di seluruh dunia,” tulisnya di Twitter.
Gambar Pejabat Diplomasi Awam Dubai menunjukkan Burj Khalifa bercahaya dengan gambar Ardern memakai selendang, memeluk saudara mangsa yang terjejas akibat tragedi itu bersama perkataan ‘peace’ dalam bahasa Inggeris dan Arab.
Ardern dipuji secara meluas kerana cara beliau menangani tragedi itu, bertemu keluarga mangsa dan segera mengetatkan undang-undang senjata sambil menggesa usaha global menentang ekstremisme dalam talian. -AFP |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 23-3-2019 08:02 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Gambar Pejabat Diplomasi Awam Dubai menunjukkan Burj Khalifa bercahaya dengan gambar Ardern memakai selendang, memeluk saudara mangsa yang terjejas akibat tragedi itu bersama perkataan ‘peace’ dalam bahasa Inggeris dan Arab. -Foto AFP |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nanti anwaq ibrahim yang pernah disabit kes liwat jadi PM yang ke-8, harapnya pasang;a gambaq anwaq pulak....baru rakyat Malaysia dan ahcai2 PeeKR yang menyokong kes liwat liwat bangga...wakakakakakakkakakakakakka |
|
|
|
|
|
|
|
Gambar Madey pun penah ditayang kan. Kesian. Bossku penat je sukung Emirati attack Yaman tapi tak disiarkan pun gambau nya di Burj |
|
|
|
|
|
|
| |
|