CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 927|Reply: 6

[Tempatan] PRK Rantau Ibu Segala PRK : DAP

  [Copy link]
Post time 23-3-2019 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
23 Mar 2019

SYAMILAH ZULKIFLI

SEREMBAN - DAP mengakui PRK DUN Rantau akan menjadi ibu kepada semua PRK kerana bakal berdepan dengan pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, jika keputusan PRK kali ini berpihak kepada PH, ia akan beri implikasi besar kepada UMNO dan BN kerana berjaya menewaskan pemimpin utama mereka.

"PRK ini akan tarik perhatian dari semua negara dan saya berani cakap, ini akan jadi PRK paling penting dan signifikan berbanding PRK lain sebelum ini.

"Hasil keputusan PRK ini akan beri kesan besar bukan saja pada politik di Negeri Sembilan, tapi politik negara kerana calon BN adalah pemangku Presiden Umno dan Pengerusi BN," katanya pada sidang media selepas melancarkan Bilik Gerakan DAP PRK Dun Rantau di sini, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi DAP negeri berkata, jika kerusi itu bertukar tangan, ia juga akan bantu PH perkuatkan kedudukan sekali gus membuktikan formula kerjasama Pas dan UMNO tidak berjaya.

Jelasnya, berbeza dengan PRK Semenyih yang PH perlu berusaha kuat pertahankannya, sebaliknya di Rantau mereka perlu menyerang.

"Kalau kita dapat serang kubu kuat Tok Mat, ia bermakna kita dapat perkuatkan PH selangkah lagi.
"Kita tahu pihak lawan akan ketengahkan pelbagai isu rakyat dan kita bersedia beri penjelasan," katanya.


Menurutnya, Dr S Streram adalah pilihan calon terbaik dan DAP Negeri Sembilan akan menggerakkan seluruh jentera bagi memastikan kemenangan PH.

Selain itu katanya, PH akan terus memperjuangkan politik berasaskan kepelbagaian kaum berbeza dengan UMNO yang kini semakin jauh.

"UMNO hari ini lebih cenderung menjalin kerjasama dengan Pas meskipun masih bersama MCA dan MIC dalam BN," katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2019 09:32 PM | Show all posts
saya pasti Melayu2 penyokong kuat pakatan haramjada akan mengundi rentung sebagai wakil rakyat DUN depa......depa bukti Melayu sayang rentung...wakakakakakakkakakaka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2019 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
CharlesDera replied at 23-3-2019 09:32 PM
saya pasti Melayu2 penyokong kuat pakatan haramjada akan mengundi rentung sebagai wakil rakyat DUN d ...

Ni dah nak mai PRK. Cita cek 1.4 juta pun tetiba dah keluaq balik ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 10:13 PM | Show all posts
Remyda replied at 23-3-2019 09:39 PM
Ni dah nak mai PRK. Cita cek 1.4 juta pun tetiba dah keluaq balik ni

teknik sama ceq....BUAT CEGHITA BOHONG...mintak bukti tak dapat...yang ahcai2 pulak tukang sembang konon ada bukti..bila kes berjalan sekoq pun mangkaq2 tu tak jadi saksi perbicaraan.....sembang dalam internet ja la...buat modai hilang sunyi..wakakakakakkkakkakaka
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut Bung Nuwar bertanding DUN ni...baru gah sikit....
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya nak TokMat yg menang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2019 11:31 AM | Show all posts
kompom milik tok mat..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.081908 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list