CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9590|Reply: 109

[Tempatan] Gerai nasi lemak terkenal (nama dirahsiakan) kena kompaun

  [Copy link]
Post time 23-3-2019 11:34 PM | Show all posts |Read mode
Gerai nasi lemak 'mahal' kena kompaun
Mac 23, 2019 20:57 MYT



KUALA LUMPUR: Gara-gara degil untuk mempamerkan tanda harga, sebuah gerai nasi lemak di ibu negara dikenakan kompaun oleh Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPDNHEP WPKL).

Tindakan itu diambil pihak PPDNHEP WPKL apabila seorang individu memuat naik kenyataan tidak berpuas hati apabila dikenakan caj yang terlalu mahal ketika menikmati hidangan nasi lemak berlauk di gerai berkenaan.

Dalam kenyataan rasmi di Facebook, PPDNHEP WPKL memaklumkan bahawa peniaga gerai berkenaan telah dikenakan kompaun kerana tidak mempamerkan tanda harga pada kesemua makanan dan minuman yang dijual.
Menurut kenyataan itu, pesalah itu juga diberikan notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 untuk memberikan maklum balas berkaitan kos dan harga jualan, lapor Sinar Harian.

“Sekiranya didapati mencatut boleh menjadi kesalahan di bawah Seksyen 14 (1) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” katanya.

Selain itu, pihak PPDNHEP WPKL juga menyatakan penalti dikenakan terdiri daripada dua kategori iaitu jika suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi RM500,000 dan, bagi kesalahan kali yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi RM1 juta ringgit.

Manakala jika bukan pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan, bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Sebelum ini, individu berkenaan menerusi laman sosialnya mendakwa dia bersama rakannya dikenakan caj sehingga RM100 untuk 20 bungkus nasi lemak, tujuh cawan teh o ais dan tiga jenis lauk.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2019 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasik lemak kg baru..?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
20 bungkus nasi lemak, 7 teh ais n 3 jenis lauk rm100. Pd iols mcm murah dah. Unless 3 jenis lauk tu heshe beli asing kuantiti yg sikit bukan utk dijadikan lauk utk makan dgan 20 bungkus nasi lemak tu.......
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by makita at 24-3-2019 12:03 AM

Murah la tu.
Nasi lemak xde telor 20x rm2=rm40
Air 7x rm2 =14
So belen tu rm46 beli 3 jenis lauk..ayam je min rm3....lom sotong lgi...rendang daging. Kira bajet sorg rm5 x msuk minum.
Tapi kalu dia beli 3 jenis lauk bukan utk 20 org.sotong n rendang utk 1 portion...ayam seketul..mmg mahal la.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasi lemak.kg baru aku kalo makan sekali 5 bungkus
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
makita replied at 24-3-2019 12:01 AM
Murah la tu.
Nasi lemak xde telor 20x rm2=rm40
Air 7x rm2 =14

klau x silap kedai ni mmg dia tulis nasi lemak bungkus seringgit satu..
teh ais ke rm2.50...baru rm40 mcm tu..
jadinya yg lebih rm60 tu hrga lauk..
tu yg budak tu x puas hati tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2019 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
nasi lemak ....sedap nya .......
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Nyesal plak masuk thread ni diwaktu2 ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2019 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok pagi esok mak buat nasi lemak yamiyami
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2019 06:49 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasik lemak siap bungkus dekkk..murah apanya nya..harga yahudi walau masakan melayu....dasar pencekik darah raykat.....eeehhhhh iols bukan grad um
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 10:26 AM | Show all posts
rasanya ok dah harga tu sebab kena tengok juga
apa item 3 lauk tu..

apa2 pun peniaga wajib letak tanda harga supaya
tak menimbulkan masalah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 24-3-2019 06:49 AM

Tengok gambar je dah boleh agak tak cukup sambal tu..sikit bebenor..kita akan minta tambah sambal lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasi lemak dia beli tu singgit je
Dia beli tiga jenis lauk kena cas 100
Buatlah viral
Kena lah
Lainkali nak letak harga mahal mahal letak la tanda harga
KFC relaks je mahal pun
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasi lemak paling kita suka ..nasi lemak kat kg cheras baru
..dari sekolah rendah dah ada gerai tu...sambal dia bungkus dlm plastik... sebungkus tak cukup oooo..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 11:03 AM | Show all posts
Elle_mujigae replied at 24-3-2019 10:36 AM
Tengok gambar je dah boleh agak tak cukup sambal tu..sikit bebenor..kita akan minta tambah sambal  ...

Haippp... Cukup dah tu. Nanti bam bam pula badan tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2019 11:03 AM | Show all posts
Kedai di kg baru? Yg mana satu.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
dkt twitter kate nasi lemak atan chow kit tu..kedai tepi longkang charge harge hotel katenye siap kate beli lauk telur puyuh 5 bijik charge 15 ringgit
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 24-3-2019 11:03 AM
Haippp... Cukup dah tu. Nanti bam bam pula badan tu.

Montel....
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
multinicky replied at 24-3-2019 11:30 AM
dkt twitter kate nasi lemak atan chow kit tu..kedai tepi longkang charge harge hotel katenye si ...

Aku baru nak cakap nasi lemak ni. Tengok gaya macam chow kit je. Setiap lauk yang kau ambik... secedok je pun semua kira RM7. Kalau sambal telur puyuh tu adalah berapa biji je telurnya caj RM7.Sambal daging pun potong kecik 4, 5 ketul pun caj RM7.

Tuh kalau secedok je. Dia pun yang cedokkan bukan ambik sendiri. Tak sedap mana pun. Heran aku harga yahudi amat pulak tu tak sedap.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.101769 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list