View: 1128|Reply: 6
|
[Dunia]
Niat Mahu Bawa Pulang Orang Utan Tak Kesampaian
[Copy link]
|
|
23 Mar 2019
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
DENPASAR - INDONESIA. Seorang pelancong Rusia diberkas di Bali selepas dia didakwa cuba menyeludup keluar orang utan yang disembunyikan dalam beg pakaiannya, menurut polis, hari ini.
Penahanan Andrei Zhestkov, 27, dibuat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Denpasar pada lewat semalam ketika dia melalui pemeriksaan keselamatan untuk menaiki penerbangan pulang ke Moscow.
Pihak berkuasa yang curiga melakukan pemeriksaan terhadap Zhestkov terkejut selepas menemui anak orang utan berusia dua tahun sedang tidur dalam sebuah bakul rotan di dalam beg pakaiannya.
"Kami percaya haiwan itu diberi sejenis ubat untuk memastikan ia tidur. Dia telah melakukan persediaan rapi untuk membawa keluar anak orang utan tersebut termasuk menyediakan susu formula dan selimut," kata pegawai agensi pemuliharaan Bali, I Ketut Catur Marbawa.
Selain itu, polis turut menjumpai dua tokek dan lima cicak dalam beg tersebut.
Menurut Zhestkov, spesies dilindungi itu adalah pemberian rakan senegaranya yang membeli haiwan itu pada harga AS$3,000 (RM12,193) di sebuah pasar di Jawa.
Jelasnya, rakannya yang telah meninggalkan Indonesia yakin ia boleh membawa pulang orang utan itu sebagai haiwan peliharaan.
Jika disabit bersalah, Zhestkov boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun dan denda AS$7,000 (RM28,451) kerana menyeludup. - AFP |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-3-2019 12:03 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Orang Utan yang di seludup |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mesti penduboq etis ni....nak bawak saudara sesama evolusi dia ke kampung...silap dia pi tutuh binatang tu untuk menggalakkan evolusi....besa la penduboq2 etis kapla akai reasoning off the limit ni....wakakakakkakakakakakakakak |
|
|
|
|
|
|
|
nsb baik dpt dikesan jg..sian anak org utan tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Remyda replied at 24-3-2019 12:03 AM
Orang Utan yang di seludup
Siannya dia |
|
|
|
|
|
|
| |
|