CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6581|Reply: 52

[Tempatan] Sempat rakam wanita kena langgar motorsikal dengan BF

[Copy link]
Post time 24-3-2019 12:27 AM | Show all posts |Read mode
Tak tolong, tapi rakam wanita kena langgar, pemilik video tular kata “kalau turun tak sempat” - Viral | mStar



Seorang lelaki dengan selamba melanggar pasangannya selepas berlaku pertengkaran.

PEMILIK video tular yang menunjukkan seorang lelaki dan wanita, dipercayai pasangan kekasih sedang bergaduh tampil memberi penjelasan mengenai insiden itu yang berlaku pada Jumaat malam.

Menurut Khalil Jamian, 30, insiden pergaduhan itu berlaku di belakang sebuah kondominium di Bangsar South lebih kurang pukul 9 malam.

“Ketika itu saya baru lepas mandi dan terdengar seperti suara orang sedang bergaduh.

“Pada mulanya saya tidak ambil kisah tetapi beberapa minit selepas itu dengar orang menjerit nama ‘Syahirah’ dan dalam masa sama suara seorang wanita sedang menangis sambil  menjelaskan sesuatu.

“Selepas itu seorang lelaki yang menunggang motosikal dilihat meninggalkan pasangannya, namun beberapa minit kemudian datang balik kepada wanita itu.

“Saya ada dengar juga lelaki itu cakap ‘kau buat bukan-bukan belakang aku kan’ sambil suaranya seperti menangis.

“Sebaik sahaja lelaki itu datang balik dia melanggar wanita itu dan turun dari motosikal memukul wanita itu.

“Wanita itu tidak berganjak. Saya dari atas sempat menjerit kepada lelaki itu,” jelasnya kepada mStar Online.

Jelas Khalil, dia sempat merakam semua adegan melibatkan pasangan tersebut.

“Rakaman video saya itu dikongsi di laman sosial dan sudah pasti ramai netizen lain persoalkan kenapa saya tidak turun membantu wanita itu.

“Saya tinggal di tingkat empat. Jika saya turun dan pergi ke tempat kejadian ia mengambil masa lebih dari lima minit.

“Turun ke bawah perlu pergi ambil kereta di basement dan pusing ke tempat kejadian yang terletak di belakang kondo.

“Memang tidak sempat jika ke sana.

“Walau bagaimana pun petang ini saya akan membuat laporan polis (cover report) insiden itu.

"Sekiranya wanita itu ada membuat laporan polis kerana dipukul, mungkin laporan saya ini akan dapat membantunya kerana semuanya ada dalam rakaman video.

“Saya pasti jiran-jiran lain juga turut tengok insiden tersebut,” katanya.

Bagi Khalil, jika dilihat secara kasar kelakuan lelaki tersebut amat melampau sehingga sanggup melanggar pasangannya.

“Saya pasti mereka sedang berbincang mengenai hubungan mereka. Dan saya juga pasti lelaki itu sudah hilang sabar sehingga sanggup berbuat demikian.

“Manakala wanita itu tidak pula cuba melarikan diri ketika dilanggar.

Namun kedua-dua mereka beredar sebaik saya jerit ‘jangan sampai aku turun’” dakwanya.

Dalam pada itu, di Twitter seorang pengguna @minaazaini turut berkongsi video tersebut dan mendapat pelbagai kritikan daripada netizen lain.


Rata-rata netizen bengang dengan pelakuan lelaki tersebut yang dianggap melampau.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2019 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Bongok punya jantan hrp mamat tu ditangkap asap
Suke suki kau je nk beduk anak dara org!

Inb4 iols xpnh ade gf nama syahirah
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
semoga jantan tu mampus digelek lori..
dan semoga perempuan tu lebih berakal jangan asal berlaki..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 02:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Pls ladies jangan lah jadi bodoh. Susah2 mak bapak korang bela sampai besar, nyamuk gigit pun nyamuk yg kena marah. Dah besar kenapa la bodoh sangat jadi hamba jantan? To the jantan, semoga ko mandul takda keturunan bodoh membiak
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 03:18 AM | Show all posts
harap lapor polis please,
kalau  putus yang ini, lelaki tu ada potensi
jadi adik ipar sesapa kat forum cari, korang nak
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 03:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Adoiiilaaa...benda yg plg I takut...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2019 03:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak tau la nak kesian ke tak. Kau dah kena langgar plus kena bantai tau pempuan. End up ko boleh naik moto mamat tu lagi. Kalau aku dah terbelah dua moto tu aku kejekan
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 06:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena gelek kena blasah pon still syg lagi.
Aduhai perempuan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2019 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Kejam giler jantan tu.. langgar camtu jee pastu pukul .. syahirah.. kalu ko masih ngan dia gak dan tak buat report polis mmg bodo laaa ko
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Cilaka jantan tu. Harap ditangkap n dipenjara biar ko dirodok dlm penjara tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa2 pun syahirah ttp sayam abam moto servis baik khuennzz
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tak lari je.. Teruk betul jantan camtu.. Mohon budak tu lapor polis. Jgn jd bod*h
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
faraway1 replied at 24-3-2019 03:18 AM
harap lapor polis please,
kalau  putus yang ini, lelaki tu ada potensi
jadi adik ipar sesapa kat f ...

Kita bagi pd famri 7.. hahaha.. sesusi dan cash
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
dahpukul.. pompuan tu bonceng lg?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 07:48 AM | Show all posts
Masya Allah.. tak cedera ka?
boleh lagi naik motor..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2019 07:52 AM | Show all posts
Siti_Mustaqim replied at 24-3-2019 07:40 AM
dahpukul.. pompuan tu bonceng lg?

sayang betul perempuan tu pd bf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2019 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodohnya lahai betina tu...x guna pon kalo si khalil tu berpelluh  keti berlari turun kondo semata mata nak selamatkan dia dr dipukol endup dia bonceng motor jantan tu balik
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Perempuan tu paling bodoh.bervmcinta dgn mat rempit kepam.miskin. sekufu la tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
syaz_lina replied at 24-3-2019 08:22 AM
Perempuan tu paling bodoh.bervmcinta dgn mat rempit kepam.miskin. sekufu la tu

Belajo malasss.. mat rempit bengong cam nii jd idaman.. emmm.. cash.. mat gian pun diidamkann
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Jadi punch bag je la kau dik...
Dah kene langgar lagi bebal mau sayang till jannah kekdahnya.

Stay away from abusive relationship
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.466928 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list