CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9077|Reply: 41

[Tempatan] Kerabat Diraja Perak mati lemas

  [Copy link]
Post time 24-3-2019 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
WANITA dilaporkan lemas ketika melakukan aktiviti menyelam di Teluk Dalam Pasir Hantu, Pulau Perhentian, jam 4.15 petang semalam.

Difahamkan mangsa adalah kerabat diraja Perak dan dipercayai lemas apabila tangki udara dipakainya mengalami masalah ketika berada pada kedalaman 19 meter.

Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 62 tahun datang ke Pulau Perhentian untuk menyelam bersama lapan rakan.

Susulan itu, katanya, mereka mengambil keputusan untuk naik semula ke permukaan laut.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan naik ke permukaan, mangsa dikatakan masih mampu mengawal keadaan.

Bagaimanapun, mangsa dikatakan semakin lemah sebelum rakan memberi rawatan kecemasan (CPR) sebaik berada di dalam bot, bagaimanapun mangsa gagal diselamatkan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi mengesahkan terdapat kejadian lemas di pulau percutian itu semalam.

“Memang ada kejadian lemas membabitkan mangsa seorang wanita ketika melakukan aktiviti menyelam di Pulau Perhentian, petang tadi (semalam),” katanya ketika dihubungi NSTP, malam ini.

Sumber: Harian Metro

P/S: Dalam komen situ ada sebut nama Aunty Kumar. Siapa kenal?

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2019 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by FitzTzif at 24-3-2019 02:12 AM





Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.
Adik beradik berlainan bonda dgn permaisuri johor dan ku dottie.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 02:15 AM | Show all posts
Edited by Lagubestbest at 24-3-2019 02:17 AM

Ouch next week I pun ke perhentian gak. Lemas katne ye? Dive buddy dia buat ape sampai lemas kawan bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 05:40 AM | Show all posts
innalillahiwainnailahijrojiun
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 05:44 AM From the mobile phone | Show all posts
FitzTzif replied at 23-3-2019 06:04 PM
Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.
Adik beradik berlainan bonda dgn permaisuri johor dan k ...

Takziah..
Permaisuri johor muka sebijik tmj & Ku lily sekarang..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 06:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Lasak auntie ni umur 60an pon still scuba diving. Inalillah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2019 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Oh my so cantik di usia 60an....semoga roh dcucuri rahmat
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirajiun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2019 07:44 AM | Show all posts
Innalillah.. takziah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagubestbest replied at 24-3-2019 02:15 AM
Ouch next week I pun ke perhentian gak. Lemas katne ye? Dive buddy dia buat ape sampai lemas kawan b ...

Baca weyhh
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Selalu kes mcm ni lah yg i cakap 'kita akan mati dengan benda yang kita suka/minat'...ni based on majoriti yg i pernah tahu la kebanyakannya mmg gitu..abg i minat motor besar dan meninggalnya pun sbb accident waktu naik motor besar.. tapi bukan nak pukul rata pada semua...innalillah
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 11:14 AM | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirajiun...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
*Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera*

*YDH Tan Sri DS IGP*
*YDH Dato’ Seri PDIGP*

DAERAH: *BESUT*
BTH: *23.03.2019*

*KEJADIAN MATI LEMAS MELIBATKAN KERABAT ISTANA PERAK*

A. BALAI/NO. RPT
*PPERHENTIAN: 15/19*

B. MASA RPT
*1744 Hrs*

C. NO. KS
-

D. TARIKH RJH
*23.03.2019*

E. TEMPAT KEJADIAN
*Teluk Dalam Pasir Hantu Pulau Perhentian Besar Besut Terengganu*

F. PENYIASAT
*Sjn 94788 Sabri Bin Awang Kechik*

G. KLASIFIKASI
*SDR*   

H. PENGADU
Nama: *Mohd Khairudin Bin Mohamad*
No. Polis: RF/160304
Umur: 32 Tahun
Alamat: Bilik  Gerakan IPD Besut Terengganu

I. MANGSA
Nama: *Y.A.M. Raja Halimahton Shahrin Binti Sultan Idris Shah*
No KPT: *570701-08-5508*
Umur: *61 Tahun*
Alamat: *Istana D.Y.A.M. Raja Dihilir Jalan Raja Dihilir 30350 Ipoh Perak*

J. KERUGIAN
*Tiada*

K. RAMPASAN
*Tiada*

L. SUSPEK
*Tiada*

M. TANGKAPAN
*Tiada*

N. RINGKASAN
Pada 23.03.2019 jam lebih kurang 5.20 petang pengadu terima maklumat daripada anggota APM Besut Terengganu menyatakan berlaku kejadian lemas di kawasan pantai hadapan Arwana Resort Pulau Perhentian Besar Terengganu.

Siasatan/Tindakan Awal
1. Pada 23.03.2019 jam lebih kurang 4.12 petang mangsa bersama (8) orang diver telah turun untuk diving maritim di Teluk Dalam Pasir Hantu Pulau Perhentian. Selepas 6 minit 26 saat kemudian pada ke dalam 19 meter pemilik XTREME DIVERS, Hazlinda Binti Zainodin (Linda), no KPT: 721011-71-5176 ternampak banyak buih keluar daripada tangki milik mangsa.

2. Linda telah memberikan octopusnya pada mangsa supaya terus bernafas untuk naik ke permukaan air. Di kedalaman 15 meter mangsa memberi isyarat tangan (ok) dan mangsa meneruskan diving dengan menggunakan octopus milik mangsa. Beberapa saat kemudian Linda nampak mangsa sangat lemah untuk diving. Kemudian Linda berada dekat dengan mangsa dan telah memberikan octopusnya kepada mangsa untuk membantunya bernafas dan Linda beri isyarat kepada mangsa untuk terus ke permukaan.

3. Anak Linda nama Sara Nadirah Binti Abd Rahim (Sara) telah memberi octopusnya kepada Linda supaya mereka bertiga naik ke permukaan. Semasa safety stop di kedalaman 5 meter mangsa masih bernafas seperti biasa menggunakan octopus Linda. Setiap masa Linda memberi isyarat (ok) dan mangsa membalas balik dengan (ok). Selepas 2 minit mangsa semakin lemah dan Linda terpaksa meneruskan naik ke permukaan bertiga dan memanggil boatman untuk memberi bantuan. Semasa bot menghampiri mangsa, mangsa sudah tidak sedarkan diri.

4. Linda membuka peralatan mangsa dan naik atas bot untuk menarik mangsa. Linda memulakan CPR kepada mangsa sehingga dive master dikenali Azmi Bin Abd Aziz (Azmi) naik dengan diver yang lain. Azmi telah meneruskan CPR sehingga mendapatkan bantuan oksigen di Universal Diver. Bantuan oksigen diberikan sehingga mangsa sampai ke Klinik Kesihatan Pulau Perhentian.

5. Penolong Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Pulau Perhentian Mohd Syahman Bin Said, no KPT: 790422-03-5887 telah mengesahkan kemangkatan mangsa pada jam 5.15 petang. Repot Linda sebagaimana PPerhentian: 16/19.

6. Jenazah mangsa akan dibawa dari Jeti Pulau Perhentian ke Jeti Tok Bali dengan Bot APMM. Jenazah mangsa akan dibawa ke Hospital Besut untuk tindakan selanjutnya.

7. Mangsa bersama (2) anaknya tiba di Pulau Perhentian pada pagi 23.03.2019 dan menginap di Coral View Pulau Perhentian Besar Besut Terengganu.

*Terima kasih.*
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah. Salam takziah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2019 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
miszclassique replied at 24-3-2019 10:11 AM
Selalu kes mcm ni lah yg i cakap 'kita akan mati dengan benda yang kita suka/minat'...ni based on ma ...

Betul sebenarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kategori mati lemas ke sebab Dive buddy kasi oksigen tu..mungkin ada sebab lain kot ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2019 02:55 PM | Show all posts
hish ni la yg aku takut diving ni.bukan masalah takut air sbb iols bole berenang.diving ni kita menyelam ke dasar tak tau bole timbul tak, dgn suasana bawah tu aishh
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 03:13 PM | Show all posts
Takziah kepada keluarga Diraja Perak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2019 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Jenazah Raja Halimahton Shahrin selamat dimakamkan

JENAZAH kekanda Permaisuri Johor, Almarhumah Raja Halimahton Shahrin Sultan Idris Shah yang mangkat, semalam selamat dimakamkan di Makam Diraja di Kuala Kangsar, kira-kira jam 2.20 petang ini.

Sebelum itu, jenazah Almarhumah dibawa ke Masjid Ubudiah Kuala Kangsar dan disembahyangkan oleh jemaah selepas solat Zuhur.

Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah berkenan mengiringi jenazah bersama Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Turut berangkat Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah.

Harian Metro malam tadi melaporkan, seorang kerabat diraja Perak dilaporkan lemas ketika melakukan aktiviti menyelam di Teluk Dalam Pasir Hantu, Pulau Perhentian, Terengganu, jam 4.15 petang.

Difahamkan, mangsa dipercayai lemas apabila tangki udara dipakainya mengalami masalah ketika berada pada kedalaman 19 meter.

Raja Halimahton, 62, adalah kekanda kepada Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.

Sementara itu, melalui akaun Facebook (FB) milik Almarhumah, anakandanya yang menggunakan nama Putera Mohamed Afiq memberitahu akan mengambil alih akaun FB milik ibunya itu dan meminta orang ramai tidak membuat spekulasi mengenai kemalangan itu.

“Bagi pihak arwah ibu saya, saya akan mengambil alih akaun ini, saya Putera Mohamed Afiq (nama dalam FB) mahu memberitahu kepada semua termasuk ahli keluarga dan rakan, jangan membuat spekulasi atau andaian kemalangan disebabkan laporan polis sudah dibuat oleh pengajar Hazz Zain (nama dalam FB) , Terima kasih atas semua ucapan,” tulisnya.

Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahi wainnailaihirajiun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.115013 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list