CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2918|Reply: 22

[Tempatan] Kes langgar di Krabi settle. Kena bayar RM95K. Jumlah asal RM200K

[Copy link]
Post time 24-3-2019 08:18 AM | Show all posts |Read mode
Bayar RM95,000


WARGA Malaysia Abd Wahab Yahaya, 56, yang berdepan perbicaraan mahkamah di Krabi, Thailand kerana terbabit dalam kemalangan di wilayah Selatan Thailand itu akhirnya mampu menarik nafas lega apabila kes itu selesai pada 19 Mac lalu.

Abd Wahab sebelum itu terpaksa berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Krabi sejauh lebih 1,200 kilometer sejak hampir tiga bulan lalu.

Lebih menggembirakan apabila mahkamah memutuskan Abd Wahab hanya perlu membayar wang pampasan RM95,000 kepada waris mangsa yang maut dalam kejadian itu, selain geran tanah milik rakyat tempatan yang dijadikan jaminan juga sudah dipulangkan semula.

Anak Abd Wahab iaitu Hasanah, 34, berkata mahkamah turut memutuskan untuk mengurangkan denda dengan mengambil kira keadaan kewangan dan perbelanjaan sepanjang proses perbicaraan.

“Waris keluarga mangsa menuntut pampasan sebanyak RM200,000, namun mahkamah memerintahkan hanya perlu menjelaskan bayaran RM95,000 sahaja. Sejumlah besar (pampasan) sudah dilunaskan dan bakinya dibenarkan dibayar secara ansuran bulanan.

ABDUL Wahab bersama keluarga dan rakan di hadapan Mahkamah Wilayah Krabi selepas perbicaraan kesnya selesai 19 Mac lalu.

“Mahkamah juga mengurangkan denda kepada RM1,300 dan tidak dikenakan hukuman penjara dengan mengambil perhatian terhadap perbelanjaan keseluruhan yang mencecah RM130,000 termasuk pampasan, yuran guaman dan perbelanjaan perjalanan dua minggu sekali antara Malaysia-Thailand,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Menurutnya, cagaran geran tanah milik seorang warga tempatan yang dijadikan jaminan bagi membebaskan bapanya daripada ditahan juga sudah dipulangkan kepada pemiliknya.

“Cagaran geran tanah dan rumah Ismail Madina Halal Food, warga Thailand yang menjamin bapa juga dipulangkan oleh mahkamah pada 19 Mac lalu,” katanya.

Katanya, dia amat berterima kasih kepada media kerana membuat liputan mengenai kejadian itu sehingga mendapat perhatian rakyat Malaysia dan Thailand seterusnya membantu bapanya sehingga kes itu selesai.

“Kejadian ini memberi pengajaran kepada kami sekeluarga supaya lebih berhati-hati ketika berada di negara orang dengan membuat persiapan terlebih dahulu termasuk dari segi perlindungan insurans,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam 19 Disember tahun lalu, Abd Wahab dan isterinya, Junaidah Muhammad Said, 45, dikatakan terlanggar pejalan kaki ketika menunggang motosikal di Jalan Aonang, Krabi menyebabkan mangsa maut.

Mengikut undang-undang di Thailand, penunggang motosikal atau pemandu kenderaan perlu bertanggungjawab jika kemalangan membabitkan pejalan kaki.


Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Mac 2019

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2019 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Wife pakcik ni pun meninggal kn..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 08:54 AM | Show all posts
pearl.silver replied at 24-3-2019 08:32 AM
Wife pakcik ni pun meninggal kn..

tak meninggal.


Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Bersiar2 ke merempit pakcik ni sampai meninggal org yg dilanggarnya.., apepun nasib baik la settle pakcik oi.,,
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
NazRysha replied at 24-3-2019 08:54 AM
tak meninggal.

Oh ok.. Ingat ada haritu kata meninggal..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Laju sangat ke pokcik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2019 10:22 AM | Show all posts
syukurlah kes selesai..
semoga kita berhati2..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 11:02 AM | Show all posts
laju sgt la tu bawak nya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2019 11:03 AM | Show all posts
bergolok bergadai nak byr pampasan
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 11:18 AM | Show all posts
syukur lah dah selesai pakcik..berhati2 lain kali kalau melawat negara luar.
kene study gak undang2 diaorg tu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 12:15 PM | Show all posts
begitulah di negara orang, di negara sendiri, dilanggar, suspek tunjuk kad OKU, lepas gitu je
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
tagas replied at 24-3-2019 11:03 AM
bergolok bergadai nak byr pampasan

bukan dorang mintak derma ke hari tu..
rakyat malaysiakan pemurah..
nak sangat la dorang bergolok gadai harta sendiri nak buat bayar denda tu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 12:45 PM | Show all posts



malaysians ni semua tpmt nk jd hero
bila kena mendapat laa
belum kes jd keldai dadah lg
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Travel insurance cover ke kes macam ni? Anyone can share any info?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 10:04 AM | Show all posts
Tapi kat sana klu skill tu sekadar bersiaran petang memang senang berlanggau.. ko tgk dia punya cilok time2 jam.. seram dik..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 10:43 AM | Show all posts
zarul427 replied at 24-3-2019 12:45 PM
malaysians ni semua tpmt nk jd hero
bila kena mendapat laa
belum kes jd keldai dadah lg

dan tak lupa jugak scammer msian di cambodia yang dibawa balik...

iols nak tgk pedophile di OZ tu msia nak bawak balik ker tidak...dulu tentera perogol yg berkhidmat di wisma putra di oz dibawa balik... apatah berita skrg...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2019 10:53 AM | Show all posts
alhamdulillah selesai, moga menjadi pengajaran utk rakyat malaysia yg melancong ke luar negara nant
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 11:05 AM | Show all posts

seriau weh tengok berita ni
mak pak aku dah la rajin konvoi moto besor ke bike week.
berkali-kali aku ingatkan pasal benda ni
kang kalau nasi dah jadi bubur dah tak guna dah
ritu dah excident dekat area hatyai sampai pak aku patah tulang bahu.
mak aku teruk jugak excidentnya sampai nampak tulang tangan
kereta siam 4x4 uturn kat jalan highway lurus.
mak pak aku pulak baru lepas habis solat kat masjid area highway tu
kiranya tak pakai glove lagi
kena denda je la pastu moto total lost.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 11:11 AM | Show all posts
nanny_1 replied at 25-3-2019 11:05 AM
seriau weh tengok berita ni
mak pak aku dah la rajin konvoi moto besor ke bike week.
berkali-kal ...

mak ayah u yg tunggang Harley tu ke? Total lost ..nasib baik mrk selamat

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 11:22 AM | Show all posts
SweetShera replied at 25-3-2019 11:11 AM
mak ayah u yg tunggang Harley tu ke? Total lost ..nasib baik mrk selamat



takla babe,
moto kawasaki naked ja.
moto total lost sebab bawak laju pastu tetiba brek memang moto mengelungsur.
selamat mak pak i sempat lepas handle. kalau tidak memang mengelungsur berdua sekali moto.
then terus masuk hospital area hatyai.
mak i call i cakap masuk hospital.
kami kat rumah gelisah sebab tak dapat p sana sebab tak reti.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.090879 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list