View: 1261|Reply: 6
|
[Tempatan]
Seorang maut, van bawa pelajar USM terbabas
[Copy link]
|
|
EMANDU maut selepas van yang membawa sembilan pelajar Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Kelantan terbabit kemalangan di Jalan Baling-Gerik, hari ini.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, Ramli Mat Daud, 54, yang beralamat di Bachok, Kelantan, maut di tempat kejadian akibat parah di badan.
Difahamkan, sembilan penumpang mengalami kecederaan termasuk dua daripadanya parah dan mengalami kecederaan tulang belakang serta patah kaki.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian jam 5.34 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik bergegas ke lokasi kejadian.
Menurutnya, van berkenaan dipercayai dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju ke Kelantan dan terbabas sebaik tiba di lokasi kejadian.
“Pemandu van meninggal dunia di tempat kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
“Dua penumpang masing-masing mengalami kecederaan tulang belakang dan patah kaki manakala tujuh yang lain cedera dan dihantar ke Hospital Gerik untuk menerima rawatan,” katanya.
Menurutnya, mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Gerik untuk bedah siasat sebelum operasi ditamatkan jam 7 malam.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ini Jalan berbukit simpan siur memang la. Kena beringat. |
|
|
|
|
|
|
|
BTW takziah kepada keluarga mangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
riyadhK replied at 24-3-2019 11:57 AM
Ini Jalan berbukit simpan siur memang la. Kena beringat.
Tayar pecah, terbabas lepas tu terlanggar tebing. Van terbalik sebenarnya.
Takziah utk keluarga pakcik Ramli. Moga beliau ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nazzse at 24-3-2019 05:38 AM
Burong_Hantuk replied at 24-3-2019 01:54 AM
Ya Allah, kenal sangat pakcik ni.Selalu bawak kami g mana2 dulu, mmg request nak dia drive...terngiang2 lagi suara & gelak pakcik
Al fatihah
Takziah buat family pakcik |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman |
|
|
|
|
|
|
| |
|