CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Syd

[Tempatan] Tiga suspek kes Sungai Kim Kim - Wang, Yap & Maridass didakwa

[Copy link]
Post time 24-3-2019 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
matchstick replied at 24-3-2019 12:18 PM
Sinis cara tuan hakim suruh buka topeng

Hahaha baikk punya ayat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2019 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha..pedas hakim tu perli pesalah2 ...so the culprit is C & I kan???sila mereput dlm penjara tu hidu gam sampai weng!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Hairan diorg tiada keberanian lari oversea menghilangkan diri spt jlow punya byk masa ituhari. Ka diorg kena tangkap awal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2019 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiga didakwa lupus sisa toksik [METROTV]

MyMetroUtama


Izlaily Nurul Ain Hussein
izlaily@hmetro.com.my


“DALAM mahkamah tak ada kimia pun, kenapa nak tutup, bukalah," kata Hakim Jailani Rahman yang mengarahkan pengarah kilang memproses tayar terpakai yang dihadapkan ke mahkamah supaya membuka topeng penutup hidung dan mulut yang dipakainya ketika menghadapi pertuduhan, hari ini.

Ketika itu, nama tertuduh, Wang Jing Chao, 34, yang juga warga Singapura dipanggil untuk dibacakan pertuduhan.

Wang adalah tertuduh terakhir daripada tiga tertuduh yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, atas tuduhan bersubahat dan melupuskan buangan minyak atau enap cemar berminyak ke dalam Sungai Kim Kim.

Bagaimanapun, ketiga-tiga tertuduh mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan.

Pada prosiding bermula kira-kira 10 pagi itu, tertuduh pertama, N Maridass, 35, iaitu pemandu lori didakwa melupuskan buangan terjadual yang disenaraikan dalam Jadual Pertama Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 ke dalam sungai berkenaan dengan menggunakan lori dan semi treler tangki minyak sawit tanpa kelulusan bertulis daripada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling.

Tertuduh kedua, Yap Yoke Liang, 42, yang juga pengarah bersama kilang di Pasir Gudang itu, didakwa bersubahat dengan Maridass dan Wang melakukan perbuatan sama, manakala Wang didakwa secara berasingan bersubahat dengan Maridass dan Yap melakukan perbuatan itu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan mereka berhampiran kawasan tapak projek pelebaran jambatan Sungai Kim Kim, Jalan Kota Masai 1, Pasir Gudang di sini, antara 12.01 tengah malam hingga 1 pagi, 7 Mac lalu.

Bagi perbuatan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 34B(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 34B(4) akta sama, manakala pendakwaan terhadap Yap dan Wang dibaca bersama Seksyen 42 akta sama.

Mereka berdepan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda sehingga RM500,000, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Asyraf Md Kamal tidak menawarkan sebarang jaminan dan menolak jika ada permohonan ikat jamin oleh pihak tertuduh.

Beliau mengemukakan alasan bahawa perbuatan dilakukan tertuduh itu satu perkara serius yang mana menyebabkan pencemaran alam sekitar selain insiden itu menjejaskan ribuan penduduk sekitar Pasir Gudang termasuk pelajar dan murid sekolah, selain mendapat perhatian umum.

"Jika dilihat, semua tertuduh juga ditahan di lokasi berbeza iaitu di Batu Gajah, Perak; Segamat dan Yong Peng, yang mana kita percaya ketika itu mereka cuba lari dan menyembunyikan diri," katanya.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan Maridass diikat jamin dengan RM100,000 serta seorang penjamin, manakala Yap dibenarkan jamin dengan RM250,000 serta seorang penjamin dan pasport perlu diserahkan kepada mahkamah.

Namun, mahkamah tidak membenarkan Wang diberi ikat jamin sebelum menetapkan 30 April ini untuk sebutan semula kes.

Maridass diwakili peguam Rathakrishna, manakala peguam Maniam Nair mewakili Yap dan Wang.

Yap dan Wang bakal dihadapkan dengan 15 pertuduhan lain, petang ini.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Soh depa dok kat sungai kim kim tu sehari suntuk.
Sambil muhasabah diri
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Denda rm500k je ....penjara 5tahun...

Nyawa org mcm tak de nilai....
Sekolah byk tutup, mcm tu je hukuman.....

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2019 05:30 PM | Show all posts
sepet dan rentung DAPee...wakakakakakkakakakakakka
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai...ringannya hukuman!
Patut rendam 3 org ni dalam sisa sungai yg dikutip tu. rendam 12 jam sehari dlm cecair tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2019 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Pemilik kilang warga Singapura diburu
Mary Victoria Dass

TIGA lelaki diiringi anggota polis ketika didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas tuduhan membuang sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, baru-baru ini. FOTO dan video Hairul Anuar Ab Rahim
POLIS mengesan seorang usahawan warganegara Singapura berusia 30-an bagi membantu siasatan kes pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang pada 7 Mac lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan polis Singapura bagi menjejaki lelaki berkenaan.

Beliau berkata, lelaki berkenaan dipercayai pemilik satu daripada kilang yang terbabit dalam kes pembuangan sisa kimia ke sungai berkenaan hingga menyebabkan ribuan penduduk menghadapi masalah kesihatan manakala semua sekolah di daerah berkenaan terpaksa ditutup.

“Kami sedang memburu lelaki berkenaan dan masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes pembuangan sisa kimia itu.

“Difahamkan, tiga lelaki didakwa di mahkamah hari ini termasuk seorang warga Singapura,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di Johor Bahru, hari ini.

Mohd Khalil berkata, tiga individu yang didakwa di mahkamah hari ini, antara 11 suspek termasuk pengusaha kilang serta individu yang menjalankan kegiatan berkenaan.

Menurutnya, tujuh lagi suspek yang ditahan sebelum ini sudah dibebaskan.

“Ia menunjukkan ada perkembangan dalam kes ini dan polis berharap netizen memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan.

“Sekiranya tiada bukti, polis tidak boleh melakukan penahanan termasuk dalam kes Sungai Kim Kim ini.

“Namun, ada netizen yang melemparkan tuduhan terhadap polis yang dikatakan tunjuk wayang sedangkan kami bertungkus-lumus menjalankan tugas demi kesejahteraan rakyat dan negara,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Mac 2019 @ 4:39 PM
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut la lembab semacam. Ni kalau depa kena 500k. Apa la sangat. Celah gg ja
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 04:48 AM From the mobile phone | Show all posts
bezita60 replied at 24-3-2019 05:42 PM
Alahai...ringannya hukuman!
Patut rendam 3 org ni dalam sisa sungai yg dikutip tu. rendam 12 jam se ...

Lebih sikit je dari kakak yang kena penjara 3 tahun sebab salahguna kad tnc.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 06:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Ceh! menyusahkan orang je theyol ni
Pasal theyol la skola tutup,exam pulak postpone ke minggu ni,maka vacation plan iol anak beranak pun tertunda,mungkin terpaksa kensel ...hangus duit booking
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Warga singapura tu.. Agak2 kt negara dia berani x buat salah mcm tu

Kenapa berani buat kt malaysia? Biasanya kita klu kt negara org bukan main bsopan santun...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini bkn main suspekk.. Pemandu lori tu sah2 ikut arahan jaaa.. I nk tgu mastermind diorang kena tangkap
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 09:52 AM | Show all posts
matchstick replied at 24-3-2019 12:18 PM
Sinis cara tuan hakim suruh buka topeng

tu la..savage sgt tuan hakim kita ni...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 10:30 AM | Show all posts
cmf_shalom replied at 25-3-2019 06:52 AM
Warga singapura tu.. Agak2 kt negara dia berani x buat salah mcm tu

Kenapa berani buat kt malaysi ...

drg mana de reti bersopan santun kat negara org...tgk je kat highway tu hah betapa sopannya drg memandu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2019 10:30 AM | Show all posts



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2019 01:21 PM | Show all posts

Berita Harian Online
2 hrs ·




Dua pengarah kilang, Yap Yoke Liang (kanan) dan Wang Jing Chao diiringi polis ketika dihadapkan ke mahkamah bagi menghadapi tuduhan kes pembuangan sisa toksik ke Sungai Kim Kim di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pagi ini. - Foto Hairul Anuar Rahim
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 02:53 PM | Show all posts
Cina rupanya.... Cina! Cina! Cina!
Dengar tuh!!!! CINA!!!
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.545668 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list