CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1937|Reply: 15

[Tempatan] Peserta Terjunan Ekstrem Tersangkut Tiang Lampu

[Copy link]
Post time 24-3-2019 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
[METROTV]
Fairuz Zaidan

PESERTA terjunan ekstrem 'Taming Sari Tower Base Jump' tersangkut pada tiang lampu diselamatkan oleh Anggota Bomba dan Penyelamat di hadapan Menara Taming Sari, Banda Hilir. FOTO Khairunisah Lokman

Program sukan ekstrem itu membabitkan terjunan dari ketinggian 110 meter.

PESERTA terjunan ekstrem sempena program ‘Taming Sari Tower Base Jump 2019’ berdepan detik cemas apabila payung terjunnya tersangkut pada tiang lampu ketika hendak melakukan pendaratan di hadapan Menara Taming Sari, Bandar Hilir, Melaka, malam tadi.

Kejadian 10.30 malam itu mengakibatkan penerjun warga tempatan itu tergantung selama lebih lima minit pada tiang lampu jalan sebelum diselamatkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggunakan tangga khas.

Bagaimanapun, lelaki berusia lingkungan usia 30-an itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya mendapatkan prosedur rawatan biasa daripada pegawai perubatan, selain enggan untuk ditemu ramah wakil media selepas kejadian.

Terdahulu, program sukan ekstrem yang berlangsung selama dua hari berakhir hari ini itu dirasmikan oleh Ketua Menteri, Adly Zahari.

Adly berkata, Melaka menyambut baik penganjuran sukan ekstrem dalam usaha mempelbagaikan lagi tarikan pelancongan sedia ada di negeri ini bersempena sambutan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2019.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga sedia menilai dari semasa ke semasa beberapa produk pelancongan baharu berunsurkan sukan ekstrem yang terbukti berjaya menarik lebih ramai pelancong baharu ke negeri ini.

“Bagaimanapun, dalam mempelbagaikan promosi pelancongan termasuk sukan ekstrem ini, kita tidak sesekali mengabaikan isu keselamatan dari aspek penganjurannya.

“Ia dibuktikan dengan kejayaan kita menganjurkan beberapa program sukan ekstrem bertaraf antarabangsa di bangunan serta menara tinggi sedia ada di negeri ini,” katanya pada sidang media di Menara Taming Sari, Bandar Hilir, di sini, malam tadi.

Yang hadir sama, EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis.

Program sukan ekstrem membabitkan terjunan dari ketinggian 110 meter dalam tempoh hanya kira-kira lima saat itu berjaya menghimpunkan seramai 32 penerjun profesional dari 11 negara termasuk dari Amerika Syarikat, Australia, Russia, United Kingdom, Jepun, Singapura, Indonesia dan wakil tuan rumah Malaysia.

Selain program Base Jump di Menara Taming Sari, program sukan ekstrem itu terlebih dahulu dianjurkan di The Shore Sky Tower pada 19 hingga 21 Mac lalu bersempena TMM 2019.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Mac 2019 @ 11:16 AM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-3-2019 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
PESERTA terjunan ekstrem 'Taming Sari Tower Base Jump' tersangkut pada tiang lampu diselamatkan oleh Anggota Bomba dan Penyelamat di hadapan Menara Taming Sari, Banda Hilir. FOTO Khairunisah Lokman

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2019 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Terjun kat kawasan bnyk hazard apa preventive steps yg penganjur buat
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Malu lettew xmau ditemuramah
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 24-3-2019 01:51 PM
Malu lettew xmau ditemuramah

iols pun rasa camtu.. sian dia.. mesti ramai orang tengok..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2019 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Syukurlah takde kecederaan teruk
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
LoveSungmin replied at 24-3-2019 01:59 PM
iols pun rasa camtu.. sian dia.. mesti ramai orang tengok..

Khen
.
Hahaha
Dia tau dah ramai gelakkan dia bila dh selamat tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2019 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 24-3-2019 01:51 PM
Malu lettew xmau ditemuramah

mestilah malu...kite klu tengah2 jalan tetibe nk terjatuh pon dh rase malu..inikan pula tersangkut dkt tiang lampu
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
multinicky replied at 24-3-2019 03:41 PM
mestilah malu...kite klu tengah2 jalan tetibe nk terjatuh pon dh rase malu..inikan pula tersangkut ...

Iols baca pon iols dh gelak
Acaner penonton kt sana?
Hahahaaa
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 24-3-2019 03:50 PM
Iols baca pon iols dh gelak
Acaner penonton kt sana?
Hahahaaa

entahlah..meols harap theyols semua behave lah kesian plak dkt mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
multinicky replied at 24-3-2019 03:53 PM
entahlah..meols harap theyols semua behave lah kesian plak dkt mangsa

Harap mangsa bertabah
Sebab bukan semua behave
Kalau dia baca forum
Sure bunuh diri..
Harap jgn la baca forum..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Malu lettew tu pasal takmo intebiu.
Even kesian kat dia tetapla xle elak nak tergelak.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
asal interbiu mb je rmai menyelit nk tunjuk muka poyo kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
jfq replied at 24-3-2019 01:05 PM
Terjun kat kawasan bnyk hazard apa preventive steps yg penganjur buat

Preventive step nya x anjur dah pasni... Base jump ni mmg berisiko tinggi terjun tempat2 byk hazard camni, x kan nak cabut semua tiang lampu n pokok2 sekitar,  nak kawal angin pun x leh sbb bila dah terjun base jumper pandai2 baca angin yg maybe berubah tiba2 ikut pengalaman dia kawal payung terjun die. Nasib baik penerjun ni sangkut je x direct crash kat mana2 so x elok gelakkan die
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 07:10 PM | Show all posts
hahahah malunyaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.396326 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list