CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 601|Reply: 4

[Tempatan] siling emas dilancarkan bukti sokongan rakyat diangkat jadi Kerajaan berwibawa

[Copy link]
Post time 24-3-2019 02:18 PM | Show all posts |Read mode
Edited by honam at 24-3-2019 02:20 PM

KUALA LUMPUR 24 Mac - Koleksi syiling emas telah dilancarkan sebagai memperingati kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan kejayaan parti itu diangkat menjadi kerajaan.


Majlis pelancaran yang diadakan di sini semalam dihadiri oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof.



Semasa berucap dalam majlis pelancaran tersebut, Mohd. Redzuan yang merupakan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, kejayaan PH memenangi PRU-14 merupakan detik yang cukup istimewa dengan majoriti rakyat berkongsi keyakinan politik untuk melakukan perubahan dan membuka lembaran baharu dalam senario politik negara.
“Hari ini, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan tokoh yang sedang menikmati pengiktirafan dan penghormatan tinggi masyarakat antarabangsa. Kejayaan menerajui semula kerajaan buat kali kedua adalah sejarah politik yang luar biasa dan diakui masyarakat dunia.
"Saya cukup yakin dengan strategi pemasaran yang berkesan, syiling peringatan ini bukan sahaja boleh dimiliki oleh rakyat Malaysia, malah mampu menarik perhatian peminat antarabangsa," katanya dalam majlis tersebut, menurut kenyataan yang diberikan oleh Setiausaha Akhbarnya, Muhammad Mahathir.
Pengeluaran koleksi syiling itu yang mempunyai ukiran wajah Dr. Mahathir dan logo-logo parti komponen PH diusahakan oleh sebuah syarikat, Puncak Julung Enterprise dan dijual pada harga RM160 dengan ketulenan emas 999 seberat 0.1 gram.
Tambah Mohd. Redzuan, fokus Perdana Menteri dan kerajaan mutakhir ini terarah kepada usaha mengembalikan kedudukan Malaysia sebagai 'Harimau Asia' yang dihormati.
"Usaha memperkasa ekonomi dan mensejahterakan kehidupan rakyat sedang dan akan terus diikhtiarkan oleh pihak kerajaan," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Puncak Julung Enterprise, Datuk Mohd. Rodhi Abd. Hamid menganggap pelancaran syiling peringatan itu mampu menggalakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia.
“Kejayaan Dr. Mahathir menerajui kemenangan dalam PRU-14 adalah sejarah yang wajar diingati oleh rakyat Malaysia. Syiling peringatan khas ini boleh dijadikan kenangan yang dikongsi bersama generasi akan datang," katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2019 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
mesti  ramai yg nak termuntah hijau
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 05:24 PM | Show all posts
Edited by brego at 24-3-2019 05:28 PM

apsal tak letak muka lim kit siang or nobita ker?
kemenangan PH last time, adalah kemenangan DAP.

yang pi letak muka madey tu buat apa.
Bersatu menang tak sampai 15 kerusi pong.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 09:49 AM | Show all posts
mahacai je yg beli tu gamaknye
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Jom tgk berapa ramai bangang yg beli Harapan Coin nih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.371572 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list