View: 2729|Reply: 27
|
[Tempatan]
Syiling Emas Peringati Kemenangan PH Dilancar
[Copy link]
|
|
SYILING emas bagi memperingati kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.-UTUSAN ONLINE
Fadzil Zainol
24 Mac 2019 1:49 PM
KUALA LUMPUR 24 Mac - Koleksi syiling emas telah dilancarkan sebagai memperingati kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan kejayaan parti itu diangkat menjadi kerajaan.
Majlis pelancaran yang diadakan di sini semalam dihadiri oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof.
Semasa berucap dalam majlis pelancaran tersebut, Mohd. Redzuan yang merupakan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, kejayaan PH memenangi PRU-14 merupakan detik yang cukup istimewa dengan majoriti rakyat berkongsi keyakinan politik untuk melakukan perubahan dan membuka lembaran baharu dalam senario politik negara.
“Hari ini, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan tokoh yang sedang menikmati pengiktirafan dan penghormatan tinggi masyarakat antarabangsa. Kejayaan menerajui semula kerajaan buat kali kedua adalah sejarah politik yang luar biasa dan diakui masyarakat dunia.
"Saya cukup yakin dengan strategi pemasaran yang berkesan, syiling peringatan ini bukan sahaja boleh dimiliki oleh rakyat Malaysia, malah mampu menarik perhatian peminat antarabangsa," katanya dalam majlis tersebut, menurut kenyataan yang diberikan oleh Setiausaha Akhbarnya, Muhammad Mahathir.
Pengeluaran koleksi syiling itu yang mempunyai ukiran wajah Dr. Mahathir dan logo-logo parti komponen PH diusahakan oleh sebuah syarikat, Puncak Julung Enterprise dan dijual pada harga RM160 dengan ketulenan emas 999 seberat 0.1 gram.
Tambah Mohd. Redzuan, fokus Perdana Menteri dan kerajaan mutakhir ini terarah kepada usaha mengembalikan kedudukan Malaysia sebagai 'Harimau Asia' yang dihormati.
"Usaha memperkasa ekonomi dan mensejahterakan kehidupan rakyat sedang dan akan terus diikhtiarkan oleh pihak kerajaan," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Puncak Julung Enterprise, Datuk Mohd. Rodhi Abd. Hamid menganggap pelancaran syiling peringatan itu mampu menggalakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia.
“Kejayaan Dr. Mahathir menerajui kemenangan dalam PRU-14 adalah sejarah yang wajar diingati oleh rakyat Malaysia. Syiling peringatan khas ini boleh dijadikan kenangan yang dikongsi bersama generasi akan datang," katanya.
Mereka yang berminat untuk memiliki syiling peringatan tersebut boleh melayari laman web rasmi https://tunmcc.com.my/ untuk membuat pembelian bermula semalam. - UTUSAN ONLINE
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-3-2019 02:29 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Pakat pakat kuaq gua la sat hangpa. Pi beli sat
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa yg perlu diingat sangat tu |
|
|
|
|
|
|
|
Pengeluaran koleksi syiling itu yang mempunyai ukiran wajah Dr. Mahathir dan logo-logo parti komponen PH diusahakan oleh sebuah syarikat, Puncak Julung Enterprise dan dijual pada harga RM160 dengan ketulenan emas 999 seberat 0.1 gram.
gambaq ketua pakatan haramjada anwaq ibrahim kes liwat tak dak ka?wakakakakkakakakakak |
|
|
|
|
|
|
|
pencapaian pun takdak..
ada hati nak suruh diingati bagai..
tapi nak beli pun boleh jugak..
sebagai kenangan dikencing..
|
|
|
|
|
|
|
|
Aik selalu bank negara yg kluar syiling emas bagai ni |
|
|
|
|
|
|
|
syiok sendiri..udah udahla tu weh |
|
|
|
|
|
|
|
elok laa buat peringatan ni. next pru dah melingkup sebab menipu rakyat tak hengat... |
|
|
|
|
|
|
|
Ni pengganti bit coin ke....hati hati ntah bukan pure gold |
|
|
|
|
|
|
|
boleh jgk dijadikan kenangan kerajaan sepenggal nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Collectors item ni kena cepat2 kumpul |
|
|
|
|
|
|
|
grouper replied at 24-3-2019 04:23 PM
Collectors item ni kena cepat2 kumpul
Kan... nanti suatu masa ada kemungkinan melambung la harga tuh... kira macam barang bersejarah pada masa akan datang.. |
|
|
|
|
|
|
|
takdak designer yg helok sikit ke sis ?
muka nampak sembab semacam jah, ataih gold kot kalo ataih putu mayam akak tak kesah sgt |
|
|
|
|
|
|
|
beli ni boleh dapat tol percuma? dapat ptptn free? dapat bayar hutang negara rm 1 trillion? dapat naik kereta terbang? kalau tak dapat tak pe suruh vokuru beli sebab dia baru dapat duit epf. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada ka org nak beli? Takut x smpai 2020 dah xde perkataan Pakatan Harapan tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by brego at 24-3-2019 05:28 PM
apsal tak letak muka lim kit siang or nobita ker?
kemenangan PH last time, adalah kemenangan DAP.
yang pi letak muka madey tu buat apa.
Bersatu menang tak sampai 15 kerusi pong. |
|
|
|
|
|
|
|
Kelakar betul komen2 korg..terhibor aku ptg ni. kesian syok sdri..mcm tau2 je tk lama tinggalkan tanda sbgi kenangan |
|
|
|
|
|
|
|
Memperingati kerajaan sepenggal |
|
|
|
|
|
|
| |
|