CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2234|Reply: 11

[Tempatan] Pesta Di Sungai Golok

[Copy link]
Post time 24-3-2019 02:48 PM | Show all posts |Read mode
ORANG ramai mengambil peluang mencari etok di Sungai Golok selepas paras air sungai berkenaan semakin cetek akibat cuaca panas berpanjangan sejak bulan lalu.

Bukan sahaja penduduk di sekitar kawasan Sungai Golok berkenaan, sebaliknya mereka yang di luar daerah pun sanggup ke lokasi berkenaan semata-mata untuk mencari etok.

Lebih menarik, pelbagai kaedah digunakan penduduk mengikut kreativiti masing-masing untuk mencari etok termasuk menggunakan penutup kipas bagi memudahkan mereka mengaut etok di dasar sungai.

Penduduk Zukifali Abdullah, 61, berkata, dia sangat teruja apabila mendapat lima kilogram (kg) etok dengan hanya menggunakan penutup kipas hasil pencarian bersama anak dan cucunya.

Katanya, dia yang berasal dari Kampung Batu 11, Felda Kemahang 3, Tanah Merah, sanggup memandu sejauh 64 kilometer pergi dan balik bagi membawa keluarga merasai kemeriahan bermandi manda dan mencari etok di Sungai Golok.

“Kami begitu teruja dan rasa berbaloi menghabiskan masa di sini kerana etok yang kami dapat bersaiz besar. Biasanya saiz etok ini lebih besar jika ia dicari di kawasan air yang lebih dalam.

“Saya memang berasal dari Kampung Gual To’ Deh, di sini, namun sudah lama menetap di Tanah Merah. Selepas melihat liputan media tentang suasana Sungai Golok yang dipenuhi pengunjung bagaikan berpesta saya turut tertarik untuk pulang.

“Hasil etok yang kami dapat ini akan dimasak oleh isteri saya, Noriah Saat, 61, untuk dijamu seluruh keluarga dan selebihnya diberi kepada jiran. Biasanya etok sedap direbus menggunakan serai atau disalai untuk dijadikan kudapan,” katanya ketika ditemui di Sungai Golok berdekatan Kampung To’ Deh, di Rantau Panjang.

Mengulas lanjut, Zukifali berkata, sebelum berpindah ke Tanah Merah, dia selalu memancing dan memukat ikan di Sungai Golok dan mengakui sudah lama tidak melihat sungai terbabit menjadi cetek sebegitu.

“Saya terkejut melihat air sungai hanya paras lutut malah di sesetengah kawasan airnya sudah kering kontang. Namun, keadaan ini digunakan sebaiknya penduduk kampung dengan beriadah bermain air seakan-akan taman tema air percuma.

“Lebih meriah apabila ramai penduduk yang mengambil peluang berniaga makanan dan minuman. Malah kami juga dapat beramah mesra dengan penduduk Thailand yang turut sama bermandi manda di sungai ini.

“Anak serta cucu saya juga kelihatan gembira dapat menghabiskan cuti mereka dengan berkelah di tebing sungai, namun tetap diawasi orang dewasa untuk mengelak perkara tidak diingini berlaku,” katanya.










Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-3-2019 02:50 PM | Show all posts
(ETAK TITIK SERAI)

BAHAN-BAHANNYA:

Etak
Serai (titik)
Bawang putih (tumbuk)
Bawang merah (tumbuk)
Lada burung (tumbuk)
Sos tiram
Kicap

CARA-CARANYA:

1) Tumbuk bawang putih, bawang merah dan lada burung. Bawang merah pastikan tumbuk jangan sampai hancur sangat ye. Baru sedap bile gaul ngan etak nanti.
Kemudian titik serai atau tumbuk je senang.

2) Panas minyak. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi. Kecuali serai. Kacau dan masukkan serai.
Kacau sehingga kekuningan.

3) Dah kekuningan, masukkan sos tiram dan sedikit kicap. Kacau sehingga sebati.
Kemudian masukkan gula, garam dan ajinamoto secukup rasa. Dan masukkan sedikit air.

4) seterusnya masukkan etak. Dan gaul sehingga sebati. Bila etak dah mula terbuka kacau lagi sehingga sebati. Pastikan jangan lama2 sebab nanti hilang fresh etak tu.

SIAP UNTUK DIHIDANG!





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Burong_Hantuk replied at 24-3-2019 02:50 PM
(ETAK TITIK SERAI)

BAHAN-BAHANNYA:

Etak katok serai.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Hamboi2 resepi mengundang keroncong perut je nih
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
dapnye lahai....
bagus la pakcik tu kutip sndiri smntara peluang mcm ni..
beli etok salai haritu rm5 seciput je
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 06:48 PM | Show all posts
berkelah sakan nohh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2019 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedapnya etok..skrg klu yg bungkus siap tu brp bijik je kat dlm...nk kn beli 5hinggit utk mkn sorang
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Etok salai rempah. Sedap makan rempah dia tu je... isi dalam x reti nk bukak ngan gigi. Pakai pisau je reti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2019 05:53 AM From the mobile phone | Show all posts
meisapoya replied at 24-3-2019 08:03 PM
Etok salai rempah. Sedap makan rempah dia tu je... isi dalam x reti nk bukak ngan gigi. Pakai pisau  ...

Selain disalai,dimasak lemak dengan sayur pun sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 25-3-2019 05:53 AM
Selain disalai,dimasak lemak dengan sayur pun sedap.

Uishh x pernah makan. Yg tu kene asing isi siap2 ke atau kene gigit2 juga masa makan?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 08:39 AM | Show all posts
sedapnye buat masak serai
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 09:36 AM | Show all posts
bukan sungai ni ke yg dulunye penuh ngan tetulang bab1?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:02 AM GMT+8 , Processed in 0.480852 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list