CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1059|Reply: 13

[Tempatan] Musim kering: Wajar pertimbang catuan air

  [Copy link]
Post time 24-3-2019 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Musim kering: Wajar pertimbang catuan air

KUALA LUMPUR - Catuan bekalan air wajar dilaksanakan di kawasan-kawasan yang paras empangannya berada pada lingkungan 50 peratus berikutan musim kering yang dijangka melanda negara sehingga Mei ini.

Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), S. Piarapakaran berkata, ini bagi memastikan bekalan air mentah sedia ada akan terus dapat bertahan dalam tempoh yang lebih lama.

"Langkah ini juga adalah bagi mengawal penggunaan air secara berlebihan kerana apabila berlaku catuan, secara automatik pengguna pun akan meminimakan penggunaan air dalam aktiviti seharian," katanya ketika dihubungi Bernama.

Malaysia dijangka mengalami musim kering sehingga Mei ini dengan Johor, Negeri Sembilan, Perak, Kedah, Pahang dan Kelantan akan merekodkan hujan kurang daripada 25 peratus purata hujan tahunan bagi tempoh April-Mei ini.

Tiga empangan merekodkan storan kapasiti dalam lingkungan 50 peratus iaitu Empangan Muda di Kedah (58.97 peratus) serta dua empangan di Johor iaitu Machap (55.61 peratus) dan Sembrong (54.07 peratus).

Menjelaskan lanjut, beliau berkata, perancangan yang teliti perlu dibuat sebelum sebarang tindakan catuan dilaksanakan seperti memberi notis sekurang-kurangnya dua minggu lebih awal kepada pengguna bagi mengelakkan 'penggunaan panik' di kalangan mereka.

Ditanya sama ada perlu atau tidak kerajaan mengumumkan darurat dan seterusnya menguatkuasakan Seksyen 56 Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006, beliau berkata pihaknya melihat tiada lagi keperluan ke arah itu setakat ini memandangkan situasi masih terkawal.

"Sekiranya margin air mentah mencapai tahap 40 peratus, mungkin ia (darurat) boleh dipertimbangkan...bagaimanapun setakat ini kita belum pernah lagi umum 'darurat air'," katanya.

WSIA adalah kuasa khas semasa kecemasan berkaitan penggunaan sumber air yang diberikan kepada Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli.

Seksyen 56 akta itu antara lain memberi kuasa kepada menteri berkenaan untuk menghalang penggunaan air secara umum atau untuk kegunaan tertentu, mengehadkan penggunaan dan pengeluaran air pada waktu tertentu, dan mengenakan caj tambahan ke atas penggunaan yang melebihi had yang telah ditetapkan. - Bernama

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-3-2019 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kapasiti efektif tersebut adalah yang terburuk dalam tempoh empat tahun

Empangan Air Itam hanya mampu bertahan 48 hari

GEORGE TOWN - Jumlah simpanan air di Empangan Air Itam yang membekalkan kepada kawasan Air Itam di negeri ini mencatatkan isipadu kritikal apabila hanya mampu bertahan dalam tempoh 48 hari sahaja.

Ketua Menteri, Chown Kon Yeow, dalam satu kenyataan hari ini berkata, kapasiti efektif empangan itu yang dicatatkan pada Jumaat lalu ialah 49.1 peratus berbanding yang dicatatkan pada 1 Januari lalu sebanyak 92.2 peratus.

"Ia telah menurun sebanyak 43.1 peratus dalam tempoh 81 hari dan jika hujan turun tidak mencukupi, kita mungkin kehabisan air menjelang akhir Mei 2019.

"Berikutan senario itu, kerajaan negeri dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) merayu kepada rakyat di Air Itam dan Paya Terubong untuk menjimatkan penggunaan air dengan segera," katanya.

Menurut rekod oleh PBAPP, kapasiti efektif tersebut adalah yang terburuk dalam tempoh empat tahun berbanding tempoh sama iaitu sebanyak 93.9 peratus pada 2018, 80.4 peratus (2017) dan 70.4 peratus (2016).

Bagaimanapun, Kon Yeow berkata, senario bekalan air di kawasan lain di negeri ini termasuklah di Seberang Perai adalah normal pada masa ini.

Sementara itu, dua buah empangan lain iaitu Empangan Teluk Bahang, Balik Pulau mencatatkan bacaan kapasiti efektif 70.7 peratus dan Empangan Mengkuang, Bukit Mertajam, Seberang Perai (46.6 peratus) pada Jumaat lalu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2019 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Empangan Air Itam

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2019 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Empangan Air Itam, Penang

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2019 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Contoh cara sewaktu catuan.

Kih kih

Bersedialah ummah

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduh kena simpan air gak ni...tahun lepas catu air smp lima hari xde air..mujur ada tangki..tp dah berlima habis gak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2019 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Pembenihan awan kos mahal. Mahal tu berapa RM?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap Selangor tidak kena catu macam tahun 2014
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2019 07:25 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 24-3-2019 07:11 PM
Pembenihan awan kos mahal. Mahal tu berapa RM?

minta kaka vokuro buat pembenihan awan sebab dia selalu pg kelab cucuk awan
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 24-3-2019 07:25 PM
minta kaka vokuro buat pembenihan awan sebab dia selalu pg kelab cucuk awan

Bukan ke sis vokuro dah ke kuburan?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 07:30 PM | Show all posts
syukur pd Ilahi cherok tokkun ujan lebat 2 hari neh...nyaman jer tungg salji turun plak
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 07:45 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 24-3-2019 07:27 PM
Bukan ke sis vokuro dah ke kuburan?

ye ke? mungkin dia rindu brother peYno anak laki babah  ( sis vokuru kaka suka gurau dengan sis vokuru sebab nama sis macam kuih maruku..)
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 12:54 AM | Show all posts
selangor  ada tahun berapa tah, nak dekat seminggu catu air..seb bek kje kt airport masa tu, berumah tangga kt airport..mandi kt airport sblm g kje..rest off blk kg..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2019 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahun 2014 kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.067736 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list