CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1023|Reply: 5

[Tempatan] 15 lokasi 'hotspot' kejadian lemas

[Copy link]
Post time 24-3-2019 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
15 lokasi 'hotspot' kejadian lemas
Zanariah Abd Mutalib

Zuraida melancarkan logo MKAA dan Modul Kesedaran Asas Keselamatan Di Air. FOTO Mohd Fadli Hamzah
zanariah_ mutalib@nstp.com.my

JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenal pasti 15 lokasi ‘hotspot’ yang dikategorikan sebagai kawasan berisiko tinggi berlaku kejadian lemas.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, lokasi itu ditentukan berdasarkan data kejadian insiden mati lemas melebihi lima mangsa antara 2016 dan 2018.

Katanya, lokasi berkenaan membabitkan sungai, air terjun, pantai dan tasik, lombong serta empangan.

Kawasan sungai yang berisiko tinggi adalah Sungai Kg Batu Payung, Tawau, Sabah membabitkan 15 mangsa, Sungai Kg Sabak, Pengkalan Chepa, Kelantan (enam) dan Sungai SKC Kg Timah, Sungai Tinggi (tujuh), Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu (enam) serta Sungai Gasi, Sungai Buloh, Selangor (lima).

Bagi air terjun, Air Terjun Sungai Sendat, Ulu Yam, Selangor (12), Air Terjun Lata Berembun, Raub (10) dan Air Terjun Chamang, Bentong, Pahang (lima) serta Air Terjun Sekayu, Terengganu (11).

Bagi pantai, lokasi yang terbabit adalah Pantai Nipah, Bachok (14) dan Muara Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan (tujuh) serta Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Pulau Pinang (tujuh).

Bagi tasik, lombong dan empangan, Empangan Semenyih, Semenyih (10), Jambatan Stesen KTM Sungai Buloh (lima) dan Empangan Taman Putra Perdana, Puchong (10).

Zuraida berkata, sempena cuti sekolah ini, kementeriannya sudah mengarahkan JBPM untuk mengawasi kawasan yang dikategorikan sebagai kawasan berisiko tinggi bagi tujuan kawalan keselamatan sepanjang cuti sekolah, yang mana kes mati lemas didapati kerap berlaku.

“Selain itu, orang ramai terutama ibu bapa dipohon mengawasi pergerakan anak mereka ke tempat rekreasi air dan patuh kepada papan tanda Amaran Bahaya dan Arahan Tips/Panduan Keselamatan Air di lokasi berisiko tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Logo Majlis Keselamatan Aktiviti Air (MKAA) dan Modul Kesedaran Asas Keselamatan di Air di Putrajaya hari ini.

Zuraida berkata, berdasarkan data JBPM, 260 kes mati lemas di kawasan dan rekreasi air dicatatkan pada 2016, 327 kes pada 2017 dan 309 kes pada 2018.

Mengenai Modul Kesedaran Asas Keselamatan di Air, Zuraida berkata, ia mula dilaksanakan secara rintis pada bulan lalu di dua sekolah di Putrajaya iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya, Presint 11 dan Sekolah Kebangsaan Presint 11 (3), membabitkan 289 pelajar.

“Modul ini dijalankan secara teori dan lanjutan, mengenai asas panduan dan langkah keselamatan di air.

“Kita akan mengenal pasti kemudahan kolam renang termasuk bekerjasama dengan pihak hotel bagi memperluaskan pelaksanaan modul ini di sekolah seluruh negara,” katanya.

Berhubung laporan siasatan jawatankuasa insiden membabitkan kematian enam anggota bomba di lombong Taman Putra Perdana, Puchong, Zuraida berkata, ia dijangka dibentangkan ke Kabinet bulan depan.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-3-2019 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuti sek datang lagi.

Ummah hati-hatilah.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Tempat2 yg berisiko ni parents pun elakkan lah bawak anak2 pi picnic bagai dkat sana..kang drpd nk bersuka ria dapat duka pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Good move...tp ummah pprt mana kisah kalau diorang nk bunuh anak..musim tengkujuh seku sembey pon gigih tabur anak dalam laut..kerana si dia bosan cuti sekolah ni...cash bila hanyut sampai mmapus.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Beringat ingatlah sesama kita..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Sg Pengkalan Balak Melaka pun banyak kes kan. Waves punya tinggi, macamana la orang still boleh mandi manda kadang haihhz
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.089103 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list