CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1701|Reply: 12

[Tempatan] Salah faham punca pergaduhan pemandu bas, kereta - Polis

[Copy link]
Post time 24-3-2019 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by safriehalim at 24-3-2019 08:41 PM



Salah faham dipercayai menjadi punca pergaduhan antara seorang pemandu bas Smart Selangor dengan seorang pemandu kereta sehingga salah seorang daripadanya cedera di kepala, dalam kejadian di Jalan Sulaiman, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff, berkata kejadian bermula apabila pemandu bas berkenaan tidak dapat meneruskan perjalanan kerana laluan itu terhalang oleh sebuah lori.

“Pemandu bas kemudian membunyikan hon untuk menarik perhatian pemandu lori yang menghalang laluannya.

“Bagaimanapun, seorang lelaki yang berada berhampiran menyangka pemandu bas itu membunyikan hon ke arah keretanya yang diparkir di tepi jalan berkenaan.

“Pemandu kereta itu berang apabila pemandu bas terus membunyikan hon walaupun dia sudah sampai ke keretanya lalu menampar cermin hadapan bas berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, pemandu bas yang marah dengan tindakan pemandu kereta itu kemudian membuka pintu bas sebelum berlaku pergelutan di antara mereka.

“Semasa pergelutan, pemandu bas terjatuh dan dahinya cedera. Dia kemudian bertindak balas dengan mencekak leher pemandu kereta terbabit.

“Pergaduhan di antara mereka berlarutan beberapa minit sebelum berjaya dileraikan oleh orang awam sebelum kedua-dua mereka akhirnya beredar dari lokasi,” katanya.

Susulan kejadian itu, katanya pemandu bas membuat satu laporan polis pada jam 10.13 malam dan kedua-dua pihak kemudian dipanggil pihak polis untuk membantu siasatan.

“Bagaimanapun, kedua-duanya bersetuju untuk berdamai dan mengakui kejadian ini berlaku akibat salah faham.

“Pemandu bas sudah menarik balik semula laporannya dan kes dapat diselesaikan secara baik atas persetujuan kedua-dua pihak,” kata beliau yang turut memberitahu tiada sebarang kertas siasatan dibuka berhubung kes ini.

Terdahulu, tular beberapa gambar dan video berhubung insiden itu di media sosial termasuk kecederaan yang dialami pemandu bas berkenaan.

Kredit Berita Harian Online

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2019 09:10 PM | Show all posts
sebab tu kalau nak hon guna camni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 24-3-2019 09:10 PM
sebab tu kalau nak hon guna camni

Dolu ayah kawan.iols ada oakai hon lori yang bergema tu
Ayah iols panggil tu hon lori sayur
Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 08:27 AM | Show all posts
bagus la dh berdamai
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 24-3-2019 09:22 PM
Dolu ayah kawan.iols ada oakai hon lori yang bergema tu
Ayah iols panggil tu hon lori sayur
Haha ...

Air hon ke shernazz.....akk suka hon tu...klu tekan, ramai yg terlompat..tapi lepas tu kena sumpah lah....
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Org msia ni pantang kena hon.....mcm kena maki je dorang rasa.....aku relax je klu kau nk hon punnn

Ada sekali, hakak gomok tu beli putu  bamboo kt sek 18, laki dia dlm keta blok jln, aku relax je tgu dia hbis beli, kesian le nk hon laki dia suruh ketepi sbb nk kena tawaf mydin utk dtg balik kt hakak tu.....lg pun bkn lama pun, tapi malaun blkng aku hon tak henti henti...hakak gomok tu ingt aku yg hon, dia membebel kat aku lak....dah byk kali dia bebel, aku tunjuk org belakang yg honnn.....

Aku panggil dia hakak gomok sbb marah aku tanpa usul peksa.....terus ngomel pastu jeling jeling.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2019 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 25-3-2019 08:41 AM
Air hon ke shernazz.....akk suka hon tu...klu tekan, ramai yg terlompat..tapi lepas tu kena sumpah ...

Ye kot kak
Haha
Mau x nyumpah
Takajut skala 50 kot kak
Haha
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 11:37 AM | Show all posts
Betul tu ramai yang suka salah sangka tampa usul periksa.  Ramai betul yang makin kuat sentap cepat nau nak panas macam cuaca yang makin panas setiap hari sejak kebelakangan ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2019 11:43 AM | Show all posts
orang malaysia ni kalo hon tandanya ajak gaduh..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 12:13 PM | Show all posts
abang lori aman2 senyum je ke org bergaduh sebab heols...ahaha
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 25-3-2019 08:47 AM
Org msia ni pantang kena hon.....mcm kena maki je dorang rasa.....aku relax je klu kau nk hon punnn
...

kesian kau...
tp tahniah juga sbb kau sabar.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 01:10 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 24-3-2019 09:10 PM
sebab tu kalau nak hon guna camni

om telolet om..wakakakaakkakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 01:11 PM | Show all posts
Paz pernah alami jalan kecik, orang parking kiri kanan, dengan plak laki tunggu dlm keta. semakin panjang kereta kat belakang. Memang kena hon lah. Dah menyusahkan orang kenapa. sebab janji kau nak senang kan.

Tak boleh terima betul orang selfish macam ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.771179 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list