CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4604|Reply: 49

[Tempatan] Tuduhan selama ni penguatkuasa, VVIP lindungi pelacuran, rumah urut betul. SPRM

  [Copy link]
Post time 25-3-2019 12:24 AM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 25-3-2019 09:49 AM

Diam-diam SPRM buka rumah urut


SPRM terpaksa membuka pusat urut bagi menyiasat penglibatan penguat kuasa dalam menerima rasuah serta melindungi kegiatan berkenaan.



24 Mac 2019 12:00 PM

KUALA LUMPUR 23 Mac - Dalam usaha membuktikan kesungguhannya membanteras gejala ra­suah dalam kalangan anggota penguat kuasa melindungi aktiviti pelacuran di sebalik perniagaan rumah urut, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan operasi sulit yang memakan masa selama empat bulan.

Tiada siapa pun boleh terfikir melalui opera­si itu SPRM sanggup membuka rumah urut gadungan (palsu) semata-mata bagi mencari bukti khususnya kegiatan rasuah dalam kalangan anggota agensi penguat kuasa.

Tindakan ‘membuka perniagaan’ itu terpaksa dilakukan setelah mendapati jenayah berkenaan sememangnya berlaku tetapi tiada seorang pun yang berani tampil bersama bukti kukuh bagi membolehkan kegiatan haram itu dibanteras.

Hasil operasi penyamaran dan sulit itu, SPRM memberkas sebanyak 14 suspek termasuk tujuh penjawat awam di kawasan ibu negara dalam Op Jejak dan Op Kota Raya pada Selasa lalu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya menggunakan sejumlah pegawai terlatih untuk menjayakan operasi tersebut.

Beliau mendedahkan, operasi seumpama itu telah beberapa kali dilakukan pihaknya bagi membuktikan berlakunya pe­langgaran undang-undang yang didorong oleh rasuah.

“Untuk membuktikan kesalahan itu memang kita buka satu, dua premis rumah urut. Terus terang saya katakan dalam operasi penyamaran dan operasi sulit ini, mungkin ada pihak yang terlepas, tetapi suatu masa nanti kita akan tangkap juga,” kata beliau kepada Mingguan Malaysia hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya bagaimana SPRM memperoleh maklumat sehingga tertangkapnya 14 suspek dipercayai terlibat sindiket pelacuran berselindung di sebalik pusat urut termasuk penguat kuasa yang melindungi kegiatan ini.

Azam mengakui, penyiasatan kes rasuah amat unik dan sukar apatah lagi untuk mendapatkan saksi.

Ujarnya, kebanyakan mereka takut untuk memberi maklumat kerana bimbang implikasi yang bakal dihadapi terhadap diri, keluarga, kerjaya dan lain-lain.

“Sebenarnya mereka ini boleh menjadi whistle blower yang dilindungi di bawah Akta Pemberi Maklumat 2010 atau informant perisikan (dilindungi di bawah Akta SPRM 2009). Untuk kes rumah urut ini kita pakai whistle blower dan informant,” jelasnya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2019 12:29 AM | Show all posts
tak pelik pun...tahniah SPRM! Meols ade kenal sorang polis berpangkat tinggi yang buat benda yang sama... tapi memang sejak dari zaman belajar lagi dia dah sundal. Apatah lagi sekarang ni dah berpangkat dan duit banyak...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 02:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Bravo sprm!! Mmg susah pun nk tangkap but it is not impossible. Semoga lebih ramai pengkhianat negara ni ditangkap
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 02:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana ipan ni?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 02:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Antara informer tu ada ke yg menyamar jadi mak, pak atau anak ayam? Atau pun jadi tukang sapu kondom bersepah?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 05:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Terbayang acik2 gomen bawang kene buat undercover jd tukang urut
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2019 06:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Fuyoooo..macam movie chuolss..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pokaibanktokyo at 24-3-2019 11:34 PM
berusjamban replied at 24-3-2019 09:54 PM
Terbayang acik2 gomen bawang kene buat undercover jd tukang urut

Sorry la nak menyamar jadi tukang urut. Menyamar jadi pelanggan boleh la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2019 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Ayam china lagi bagus dari ayam pakistan ek ?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Pstu pihak berkuasa lain. Bagi alasan lain.
Join rumah urut.utk buktikan penguatkuasa SPRM yg buka rumah tu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah sprm di bawah pentadbiran PH....yang ni rasa kagum baca. ..good job. ....
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 25-3-2019 02:13 AM
Mana ipan ni?

Lama dah ipan Tak ratib
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2019 07:54 AM | Show all posts
Orang kenamaan jadi dalang
25 Mac 2019 3:00 AM


KUALA LUMPUR 24 Mac - Terdapat penglibatan orang kenamaan berpe­ngaruh di sebalik lambakan premis rumah urut di negara ini.

Itu maklumat yang diperoleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepanjang penyiasatan mereka untuk membuktikan berlaku aktiviti pelacuran dan rasuah dalam kalangan penguat kuasa untuk melindungi kegiatan itu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun enggan mengulas mengenai orang kenamaan yang terlibat.

“Memang kita ada maklumat (orang kenamaan) tetapi saya tidak akan dedahkan dahulu kerana siasatan serta pemantauan sedang dibuat mengenai perkara itu.

“Kalau tiada duit, dia tidak boleh bayar rasuah,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Azam memberitahu, siasatan pihaknya memang menyeluruh termasuk bagaimana sebegitu banyak lesen boleh dikeluarkan pihak PBT untuk perniagaan rumah urut kerana maklumat mendapati terdapat unsur rasuah dan salah guna kuasa.

Berdasarkan siasatan, ujar beliau, di Selangor sahaja terdapat 307 rumah urut berlesen dan 98 tidak berlesen beroperasi di 12 pihak berkuasa tempatan pada tahun lalu.

“405 rumah urut di Selangor termasuk 98 yang tidak berlesen. Ini perkara biasa atau luar biasa. Adakah PBT merasakan ini perniagaan yang bagus serta mendatangkan pulangan kepada kerajaan?

“Kalau bagus ki­ta hendak tengok petunjuk-petunjuk ini,” katanya.

Jelas Azam, beliau tidak bermaksud meminta PBT menutup semua rumah urut tetapi pemberian lesen serta perniagaan tersebut perlu dipantau agar tidak terlibat dengan kegiatan menyalahi undang-undang se­perti menggaji warga asing tanpa mengikut undang-undang dan pelacuran.

“Saya tidak kata tutup rumah urut tetapi tutup ruang dan peluang berlakunya masalah sosial, jenayah dan rasuah. Mengapa perlu terlalu banyak rumah urut, baik berlesen atau tidak. Ini implikasi tidak baik,” katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Tp byk plak bajet diorg nak bukak rumah urut palsu tuhh
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by noor2 at 25-3-2019 08:55 AM
xtahumenahu replied at 25-3-2019 08:48 AM
Tp byk plak bajet diorg nak bukak rumah urut palsu tuhh


Bukak maksudnya buat bangunan atau sewa tempat ja. ...?..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 08:57 AM | Show all posts
betoi sgt, sama gak ngan kasino..ada pihak berkuasa yg jaga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2019 08:57 AM | Show all posts
noor2 replied at 25-3-2019 08:54 AM
Bina maksudnya buat bangunan atau sewa tempat ja. ...?..

sewa tempat laa kot...
but still byk jugak cost tu...
yer lah..nak lengkapkan rumah urut yg x nampak fake...

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
xtahumenahu replied at 25-3-2019 08:57 AM
sewa tempat laa kot...
but still byk jugak cost tu...
yer lah..nak lengkapkan rumah urut yg x na ...

X dela sampai Juta2 kan?.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 09:10 AM | Show all posts
noor2 replied at 25-3-2019 09:02 AM
X dela sampai Juta2 kan?.....

xlaaa kot

bukan apa..kami ni potong sana-sini bajet
bukan juta...ratus pon berkira
tu ja sbb sy tanya...byk bajet diorg
maybe ada special peruntukan utk ni
i dont know..just asking...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
berusjamban replied at 25-3-2019 05:54 AM
Terbayang acik2 gomen bawang kene buat undercover jd tukang urut

Tak pun jd pelacur.. hahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.111312 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list