CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1095|Reply: 7

[Tempatan] Azhar jangan hina Kelantan

[Copy link]
Post time 25-3-2019 12:35 AM | Show all posts |Read mode
Edited by pintukaca at 25-3-2019 12:50 AM

Azhar jangan hina Kelantan
SITI FATIHAH AWANG | 24 Mar 2019

Ahmad


KOTA BHARU - Kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Harun yang melabelkan rakyat Kelantan yang berada di luar Kelantan sebagai kaki kelab malam adalah satu penghinaan.


Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dalam satu kenyataan di sini berkata, berdasarkan kenyataan tersebut, amat jelas Azhar menggolongkan seolah-olah majoriti rakyat Kelantan yang berada di luar tidak tahu tentang dosa dan pahala.


“Ucapan berkenaan dianggap keterlaluan dan boleh mencetuskan perasaan benci serta prasangka negatif rakyat negeri lain terhadap rakyat Kelantan sehingga boleh mencetuskan sentimen kenegerian,” katanya.


Beliau mengulas kenyataan Azhar mengenai cadangan pendaftaran pengundi secara automatik pada pilihan raya akan datang yang sukar dibuat kerana Perlembagaan Persekutuan membenarkan seseorang mengundi di tempat mula-mula dia mendaftar sebagai pengundi walaupun mungkin tinggal di tempat lain.


Oleh sebab itulah juga, Azhar mendakwa, seramai 60,000 orang Kelantan balik ke negeri ini untuk mengundi menyokong hudud sedangkan pada masa-masa lain mereka berada di Kuala Lumpur dan pergi ke kelab malam.


“Beliau sebagai Pengerusi SPR sewajarnya lebih berhati-hati di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan umum dan seharusnya lebih mengetahui tentang fakta sejarah Kelantan yang sinonim dengan panggilan Negeri Serambi Mekah.


“Ia menggambarkan dekatnya kita dengan kehidupan beragama. Selain itu, beliau perlu faham bahawa sesiapa sahaja berhak memilih pentadbiran Islam sebagai asas pemerintahan negeri.


“Hal itu adalah suatu perkara yang baik dan tidak sepatutnya dijadikan isu. Sekiranya ada beberapa orang yang berbuat maksiat, adalah salah mengaitkan dengan seluruh rakyat Kelantan,” katanya.


Kelmarin, Pas juga mencabar Azhar Harun melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan bertanding pada PRK Rantau selepas mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap rakyat Kelantan.


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sebagai Pengerusi SPR, Azhar tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.

https://www.sinarharian.com.my/article/19946/BERITA/Nasional/Azhar-jangan-hina-Kelantan




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2019 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Dangkalnya lahai pengerusi pun
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Azhar ni twit happy birthday baby kat anak dia. Berduyun2 jejans yg reply
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 01:17 AM From the mobile phone | Show all posts
bodonya pengerusi
sama bodo dgn kerajaan ph
ingatkan hebat sangat art harun ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 06:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Sorang dua kelate masuk kelab malam habis dikata semua pengundi masuk kelab malam.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 10:12 AM | Show all posts
kenyataan dangkal dari org yg ada jawatan penting
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2019 11:32 AM | Show all posts
mmg ade benar nye

sek sek awe awe abe abe klate gedebe2 ni bkn betul pun

siang pung pang citer agama

mlm celop merata
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 11:59 AM | Show all posts
anak mat sabu kantoi mendadih kat kelab malam ekslusif per cer??

balut main punya paipon stim mata merah fly to the moon jumpa anak husam







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.065221 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list