View: 890|Reply: 12
|
[Tempatan]
Prestasi 10 bulan. Netizen ckp kerajaan PH hanya mampu dapat gred D (markah kesi
[Copy link]
|
|
Khairy beri PH markah D
SHAH ALAM - Kerajaan yang baharu mentadbir negara 10 bulan, PH, dinilai hanya memperoleh gred D selepas mengambil alih tampuk pemerintahan negara.
Memetik wawancara khas bersama R.AGE, bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, gred itu diberinya kerana ada banyak isu ekonomi dan juga isu-isu lain yang belum diselesaikan oleh kerajaan PH.
"Markah 'D'... Bukan 'F' kerana saya rasa ada beberapa perkara yang mereka cuba lakukan, tetapi tentunya bukan 'C' kerana kebanyakan janji manifesto mereka tidak dilaksanakan," beliau dipetik sebagai berkata.
Dalam wawancara itu, Khairy mendakwa beliau menerima banyak makluman daripada golongan perniagaan berkenaan pelaburan yang perlahan disebabkan kurangnya hala tuju daripada kerajaan, selain faktor ekonomi global.
"Kos sara hidup tidak berubah. Walaupun sudah sembilan bulan (10 bulan) tiada petanda tentang hala tuju kerajaan untuk meringankan kos sara hidup," katanya lagi.
Selain isu ekonomi, Khairy juga mendakwa kerajaan gagal memberi respons yang memadai untuk memadam rasa tidak puas hati dalam kalangan orang Melayu sejak PRU lalu.
"Orang boleh kata UMNO dan Pas meningkatkan ketegangan kaum dan agama, tetapi anda juga boleh kata kerajaan membuat kesilapan dalam respons (mereka) terhadap rasa tidak puas hati di kalangan orang Melayu.
"Mereka dilihat kekurangan dalam banyak perkara, bukan saja ekonomi, tetapi juga (berkenaan) masyarakat," katanya lagi.
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu juga berkata, keyakinan rakyat keseluruhan terhadap kecekapan menteri PH sangat pelbagai, dengan ada yang menunjukkan prestasi yang baik dan ada juga bergelut untuk menjalankan tugas.
Baginya secara peribadi, Khairy menamakan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo sebagai antara yang paling menonjol dalam jemaah menteri.
"Saya nilai berdasarkan interaksi mereka di Parlimen, maka jika Anthony atau seseorang seperti Gobind menjawab soalan, mereka menjawab dengan profesional dan terus, manakala yang lain merapu, mengelak atau menyerang.
"Saya rasa selepas sembilan bulan, anda memang perlu melangkah ke hadapan," katanya lagi. |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Menonjol tp ckp tak serupa bikin
AES tu hapus terus la |
|
|
|
|
|
|
|
Betul pun.....
Tapi kau pun bkn nya bgus pun....krikkk...krikkk
Kes sekolah sukan tu senyap mcm tu je ke?...syed sadoq bila nk bongkarkannn..... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by TOPwind at 25-3-2019 08:27 AM
semua yg komen adalah yg sengkek asik nak free dan murah je. Cina dari China yg ahlak low pun mampu.agaknya jika gi London dok makan roti kosong tiap hari sbb tak mampu.
|
|
|
|
|
|
|
|
xpe tgk lg dlm 2-3 thun mcm mna prestasi, 10 bulan bg aku tak ckup utk baiki |
|
|
|
|
|
|
|
D pun gred repeat tu...wakakakakakakakakakakakak |
|
|
|
|
|
|
|
D Tu pun sbb assignment, kalau buat test mmg yergolek doqqq hahaha hahaha hahaha hahaha sudah PeeeH, kencing jer lebih, nothing but fakes |
|
|
|
|
|
|
|
arnauld replied at 25-3-2019 01:18 PM
D Tu pun sbb assignment, kalau buat test mmg yergolek doqqq hahaha hahaha hahaha hahaha sudah PeeeH, ...
D pun psl markah kehadiran 5% haha |
|
|
|
|
|
|
|
dah masing2 dok ceghita pengalaman zaman undergrad....assignment la attendance la....wakakakakakakkkaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
CharlesDera replied at 25-3-2019 02:30 PM
dah masing2 dok ceghita pengalaman zaman undergrad....assignment la attendance la....wakakakakakak ...
atleast degree tak fake.. org masuk kelas haha |
|
|
|
|
|
|
|
Kerajaan pakatan sammppaaah |
|
|
|
|
|
|
|
assignment pun copy paste senior punya
memang patut la PH dpt D
|
|
|
|
|
|
|
|
10% lagi quiz, tutorial
|
|
|
|
|
|
|
| |
|