CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1023|Reply: 8

[Tempatan] Lelaki OKU rentung dalam bilik air rumah terbakar

[Copy link]
Post time 25-3-2019 08:25 AM | Show all posts |Read mode
KUALA PILAH - Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) berusia 59 tahun ditemui rentung selepas rumahnya di Kampung Juasseh Tengah di sini terbakar hari ini.


Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, mayat mangsa, Zainal Abidin Ibrahim ditemui di dalam bilik air rumahnya selepas api berjaya dikawal oleh pasukan bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Eva Saifun Kamuni berkata, bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran rumah papan tersebut pada pukul 2.10 petang.

"Kami tiba di lokasi kejadian dalam tempoh kira-kira 15 minit dan api sedang marak membakar rumah papan tersebut. Dua anggota kami merempuh masuk selepas dimaklumkan terdapat mangsa dalam rumah.

"Kami namun sukar mengesannya kerana ahli keluarganya tidak tahu di mana mangsa berada dalam rumah berkenaan," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Eva Saifun berkata, mayat mangsa kemudian ditemui di atas lantai di dalam bilik air rumah itu kerana dipercayai cuba menyelamatkan diri daripada kebakaran tersebut.

Menurut beliau, ketika kejadian mangsa tinggal bersama ibu dan anak saudaranya berusia sembilan tahun, namun mereka sempat keluar  selamatkan diri.

Jelas beliau, kebakaran dipercayai bermula dari ruang tengah rumah, namun punca kebakaran masih dalam siasatan.

Tambah beliau, seramai sembilan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah berjaya memadamkan sepenuhnya kebakaran itu pada pukul 3.55 petang.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah di sini oleh pihak polis untuk bedah siasat. Kami tidak pasti kategori OKU mangsa, tetapi bukan OKU fizikal," katanya. - K! ONLINE






Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-3-2019 08:28 AM | Show all posts





Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 08:29 AM | Show all posts
takziah pd keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 09:11 AM | Show all posts
takziah pada keluarga mangsa. dan al fatihah buat mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Lembam kot..sian dia
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 06:41 PM | Show all posts
sedihnya..takziah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2019 07:20 PM | Show all posts
sedih baca news mcm ni,setiap kali kluar keja Tuhan je tau risaukan abg i OKU jgak,mintak dijauhkan
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 09:37 PM | Show all posts
keisan nye  ... al fatihah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2019 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduh sedihnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.096616 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list