CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1124|Reply: 2

Culik Diri Sendiri, Minta Wang Tebusan Dari Keluarga

  [Copy link]
Post time 25-3-2019 10:43 AM | Show all posts |Read mode
'Drama' seorang lelaki dan isterinya yang merancang penculikan dirinya sendiri terbongkar apabila polis berjaya menahan 12 suspek lain yang turut terlibat.


Astro Awani melaporkan, lelaki warga Singapura yang berusia 30-an itu dikatakan dilarikan oleh sekumpulan lelaki di kawasan Setia Indah pada 8 Mac lalau.


Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata,


"Suspek meminta wang tebusan sebanyak RM500,000 daripada anggota keluarga dan pihak keluarganya telah membayarnya tetapi isteri mangsa yang merupakan warga Indonesia berusia 33 tahun tidak terus membuat laporan polis.


Pada 21 Mac, suspek sekali lagi meminta sebanyak RM170,000 dan ia turut dibayar namun mangsa tetap tidak dibebaskan. Pada ketika itu, barulah isterinya membuat laporan polis."


Kredit foto:


Polis telah menyerbu sebuah premis di Stulang dan berjaya menyelamatkan mangsa serta menahan lima lelaki dan seorang wanita.


Empat lagi lelaki ditahan di Bandar Penawar dan dua lagi lelaki di Kluang.


Hasil siasatan mendapati semua suspek mendedahkan bawa perancangan melarikan lelaki berkenaan adalah idea mangsa dan isterinya untuk mendapatkan wang daripada keluarga mereka.


"Susulan itu, lelaki berkenaan telah ditahan dan isterinya pula masih lagi dijejaki dengan bantuan polis Indonesia."


"Hasil serbuan pula berjaya merampas masing-masing satu paket plastik lutsinar berisi dadah disyaki syabu dan ganja seberat 5.82 gram dan 1.59 gram; 46 ketulan mampat disyaki dadah jenis syabu seberat 46kg; 25 kotak rokok putih jenama Double Happiness; sebuah kereta Toyota Vios; sebuah kereta Nissan Sentra dan sebuah kereta Perodua Myvi.


"Turut dirampas sepucuk pistol Revolver 38 bersama 123 butir peluru, 35 butir peluru 9mm, satu kelongsong peluru dan 112 biji pil kuda."


Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Seksyen 8(A) Akta Senjata 1960, Seksyen 39B, Seksyen 39(A)(1) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. -CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2019 12:12 PM | Show all posts
Kuat menipu kantoi juga akhirnya
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 12:41 PM | Show all posts
wah ni hebat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:09 PM GMT+8 , Processed in 0.069748 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list