CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3767|Reply: 40

[Tempatan] Suami berusia 15 tahun merempit bersama isteri hamil ditahan dalam operasi rempi

[Copy link]
Post time 25-3-2019 10:53 AM | Show all posts |Read mode
Kemaman, Seorang isteri muda yang sedang hamil tujuh bulan bersama suami berusia 15 tahun antara 135 orang yang ditahan dalam satu operasi Rempit di daerah ini malam tadi.

Wanita itu ditahan ketika membonceng motosikal yang ditunggangi suaminya yang dipercayai sedang melakukan aksi rempit bersama berpuluh penunggang motosikal lain.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Said Ibrahim memberitahu, hasil pemeriksaan mendapati suami isteri itu tidak memiliki lesen memandu selain memandu dalam keadaan berbahaya.

Beliau memberitahu, dalam operasi tersebut polis berjaya menahan 105 penunggang motosikal bersama 30 pembonceng.

"Operasi itu dilancarkan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman bermula pukul 4 petang semalam dan berakhir pukul 11 malam tadi yang disertai 10 pegawai dan 72 anggota termasuk tujuh anggota Pasukan Sukarelawan Polis.

"Sebanyak 47 buah motosikal disita dan 188 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan antaranya tidak memiliki lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, memandu secara berbahaya dan mengubahsuai motosikal," katanya dalam akhbar di sini malam tadi.

Mohd. Said berkata, penahanan tersebut adalah yang terbesar setakat ini selepas polis menerima aduan berkaitan berlakunya aktiviti rempit berhampiran Kampung Geliga, Chukai dekat sini.

"Kesemua penunggang motosikal terbabit diarah menyorong motosikal mereka hampir lima kilometer melalui Bandar Chukai ke IPD Kemaman untuk proses dokumentasi dan tindakan selanjutnya.

"Sebelum itu kesemua penunggang motosikal terbabit telah dibawa ke sebuah surau berdekatan untuk menunaikan solat maghrib," katanya.

Bagaimanapun, kata Mohd. Said, hasil ujian air kencing ke atas kesemua penunggang terbabit didapati negatif dan mereka akan disiasat dan didakwa di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 708x509.


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 708x491.


http://www.utusan.com.my/berita/nasi...empit-1.868012

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2019 10:56 AM | Show all posts
x pikir baby ke dek???
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 11:02 AM | Show all posts
kerlas ko dik baru 15 tahun dah kawin

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedih baca news macam ni..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 11:04 AM | Show all posts
hahaha suami mithali rempit pun bawak bini
esok2 anak dah keluar bawak anak sekali ye dek..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 11:05 AM | Show all posts
ni mak pak yg pegang konsep better la kawen dan merempit  dari kendong anak dara org kehulur kehilir
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2019 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
ramainya lelaki
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 11:29 AM | Show all posts
suami 15 tahun ke bini 15 tahun?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2019 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Seronok je muka
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 11:33 AM | Show all posts
yg pasti wanita tersebut tidak akan lagi menjejak ke alam andartu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 11:49 AM | Show all posts
macam mana kau ikut suami kau merempit perut boyot2 tu dikkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 11:56 AM | Show all posts
Jenis tak sayang nyawa tahu nak berseronok je macam itulah jadinya
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 11:59 AM | Show all posts
laki umur 15 thn ke bini yg umur 15 thn ni .dah lah takde
lesen mengandung pl tu.alahaiii ni nak tak nak mak bapa jg  lah
kene dtg jamin..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 12:00 PM | Show all posts
nanananana tranung ite
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
seumur hidup aku yang dah nak dekat 40tahun ni, rasanya takde lagi aku baca berita bangsa cina or india di tahan merempit beratus ratus camni.tak pasti la pulak kalau memang berita tak cover pasal rempit bangsa lain ke.kesian aku kat budak budak muda bangsa sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 12:41 PM | Show all posts
15 tahun? ko bagi makan apa kt bini tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2019 12:57 PM | Show all posts
intan_smsb replied at 25-3-2019 12:41 PM
15 tahun? ko bagi makan apa kt bini tu

makan pasir...

dek kerana cinta dan napsu... makan kangkung pn sanggup
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila budak2 berkahwin
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
intan_smsb replied at 25-3-2019 12:41 PM
15 tahun? ko bagi makan apa kt bini tu

Cinta pon da boleh kenyang la.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka kena tahan berjemaah.. depa ni setiap kamis mlm jemaat je mulalahh merempit tunjuk hebat round satu bandar cam hape dahhh... melayu pulak sume tu.... haihh jauhlah keturunan aku camni.. sekian dpd org kemaman
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.208126 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list