CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 910|Reply: 7

[Dunia] Kanak-kanak tujuh tahun maut ditikam warga emas

[Copy link]
Post time 25-3-2019 11:22 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 25-3-2019 03:44 PM

BASEL: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dilapor maut ditikam seorang wanita berusia 75 tahun ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah.

Dalam kejadian 12.45 tengahari 21 Mac lalu, kanak-kanak sekolah terbabit ditikam di bahagian leher ketika melalui kawasan St Galler-Ring di bandar Basel.

Mangsa ditemui oleh gurunya dengan kecederaan parah sebelum dibawa ke hospital namun meninggal dunia tidak lama kemudian.

Menurut pihak berkuasa, warga emas terbabit menyerah diri dan memaklumkan dia telah menyerang mangsa.

"Terdapat laporan menyatakan terdapat seorang warga emas berada di lokasi kejadian dan tidak lama kemudian, seorang wanita warga Switzerland berusia 75 tahun menyerah diri kepada pihak berkuasa.

"Dia berkata telah menikam kanak-kanak tersebut, namun motif serangan masih tidak diketahui," kata jurucakap polis, Peter Gill sambil menambah pihaknya meminta mereka yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu.

Laporan turut mengatakan wanita warga emas terbabit tidak mengenali mangsa atau mana-mana ahli keluarganya yang berasal dari Kosovo.

Warga emas itu kini dilaporkan menjalani ujian psikiatri susulan jenayah yang menggemparkan negara itu. - DAILYMAIL








Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2019 12:02 PM | Show all posts
dik ko paham tak makna tempatan tu apa?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 12:22 PM | Show all posts
kibodwatriuh replied at 25-3-2019 12:02 PM
dik ko paham tak makna tempatan tu apa?

jadi masalah besar dalam hidup kau ke?


Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 12:31 PM | Show all posts
adoila... ko bikin panic aje tau tak.. berita2 sebegini andai benar berlaku di Malaysia.. dah teruk amat. Nun.... tempatan celah mana thread ko ni?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 12:32 PM | Show all posts
MMlava replied at 25-3-2019 12:22 PM
jadi masalah besar dalam hidup kau ke?

bukan suma paham maksud tempatan tu apa. bukak tred pasal obersi pastu pilih tajuk - tempatan.


kat tred lain,
kita citer pasal pembunuh org awam kat mesjid new zealand tu
disebabkan provokasi pelampau agama yg bergabung dgn pelampau bangsa NZ.

tetiba ada yg terasa i citer pasal isu tempatan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 12:36 PM | Show all posts
bangcak replied at 25-3-2019 12:32 PM
bukan suma paham maksud tempatan tu apa. bukak tred pasal obersi pastu pilih tajuk - tempatan.

...

butuh arrr

tu pun jadi masalah besar hidup kau

bongok kau hidup dalam forum




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2019 01:39 PM | Show all posts
MMlava replied at 25-3-2019 12:36 PM
butuh arrr

tu pun jadi masalah besar hidup kau

mmg kesilapan tajuk jd masalah kat forum.

bila sebut sanjung penjenayah je
ramai penyokong2 penjenayah naik angin.

dek kerana tajuk,
umngok kene tipu dgn macai sendiri.

dek kerana tajuk,
penjenayah dok tangguh2 sesi mahkamah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 03:44 PM | Show all posts
MMlava replied at 25-3-2019 12:22 PM
jadi masalah besar dalam hidup kau ke?

idoklah, cumanya bila liputan berita switzerland dilabel tempatan, bukankah salah tu? apalah salahnya buat betul-betul sikit. ni bukan kali pertama berita antarabangsa dilabel tempatan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.478272 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list