CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 427|Reply: 1

[Tempatan] 51 kilang haram masih beroperasi di Selangor

[Copy link]
Post time 25-3-2019 12:38 PM | Show all posts |Read mode
51 kilang haram masih beroperasi di Selangor


SHAH ALAM: Sebanyak 51 daripada 99 kilang haram yang sudah menerima notis penutupan masih ingkar dan terus beroperasi di Selangor walaupun kerajaan negeri bersama agensi berkaitan giat menjalankan penguatkuasaan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han memberitahu Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, sebelum ini sebanyak 107 kilang haram dikesan beroperasi di enam kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini dan 99 daripadanya sudah diserahkan notis penutupan.

Beliau berkata, 48 kilang daripada 99 kilang haram itu sudah ditutup sepenuhnya.

“Namun masih berbaki 51 kilang yang dikesan masih ingkar mematuhi notis dikeluarkan pihak penguat kuasa. Kerajaan negeri memerlukan kerjasama agensi untuk memotong utiliti kilang terbabit.

“Ini kerana, cara yang paling efektif untuk menghentikan operasi kilang haram ini dengan memotong bekalan air dan elektrik seperti tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan di Kuala Langat

“Kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Suruhanjaya Tenaga diperlukan bagi bersama membanteras kilang haram sepenuhnya,” katanya.

Sze Han berkata demikian ketika menjawab soalan Leong Tuck Chee (DAP-Pandamaran) mengenai status kilang haram di negeri ini.

Pada masa sama, Sze Han (DAP-Kinrara) berkata, kerajaan negeri komited melaksanakan penguatkuasaan terhadap kilang haram termasuk mengambil tindakan mahkamah membabitkan enam kes dengan kutipan denda sebanyak RM389,000 dan hukuman sehari penjara.

Katanya, antara Julai 2018 hingga Februari tahun ini, Jabatan Alam Sekitar (JAS) sudah mengambil tindakan terhadap 127 kes termasuk 50 kes yang dibawa ke mahkamah, membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam membanteras masalah kilang haram.

“Menjawab soalan tambahan Dr Idris Ahmad (PKR-Ijok) berkaitan isu rampasan hak milik tanah yang disalahgunakan, kerajaan negeri turut mengeluarkan tiga notis kepada pemilik tanah terbabit.

“Sebagai contoh kes di Kuala Langat, pemilik kilang diberi Notis 7A, 7B dan 8A, sekiranya tuan tanah masih gagal untuk memulihkan tanah seperti yang diarahkan sebelum tindakan lanjut diambil,” katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2019 01:08 PM | Show all posts
SHAH ALAM: Sebanyak 51 daripada 99 kilang haram yang sudah menerima notis penutupan masih ingkar dan terus beroperasi di Selangor walaupun kerajaan negeri bersama agensi berkaitan giat menjalankan penguatkuasaan.


kalau betui giat tak dak la kilang haram lagi dah...maknanya tak cukup giat atau berlaku ketirisan dan ketidak telusan.....ayat typical ahcai2 pakatan haramjada...wakakakkakakakakakakkaka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.316731 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list