CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1476|Reply: 5

Lelaki Mengaku Campak Bangkai Tikus Dalam Hidangan, Minta Ganti Rugi RM3 Juta

[Copy link]
Post time 25-3-2019 12:44 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki cuba memeras lima juta yuan (RM3,031,505) daripada sebuah restoran 'hot pot' di China dengan meletakkan bangkai tikus di dalam makanannya.


Shanghaiist melaporkan, pada November tahun lalu, Guo bersama isterinya mengunjungi rangkaian francais restoran makanan hot pot terkenal, Haidilao di Beijing.








Selepas 20 minit makanannya tiba, Guo memanggil seorang pelayan untuk mengadu kononnya terjumpa bangkai tikus di dalam hidangannya.


Difahamkan, staf restoran terbabit kemudian menawarkan beberapa baucar makanan percuma sebelum seorang lagi pekerja menawarkan untuk menambah 20,000 yuan (RM12,126) sebagai ganti rugi.


Guo bagaimanapun menolak tawaran itu dan menuntut ganti rugi sebanyak lima juta yuan menyebabkan Haidilao membuat laporan polis dan selepas disiasat, Guo ditahan kerana disyaki melakukan pemerasan.





Kredit foto: Shanghaiist




Ketika perbicaraan di mahkamah, Guo mengaku bersalah atas tuduhan itu dan mengakui dia terjumpa bangkai haiwan berkenaan semasa pulang ke kampung halamannya di wilayah Henan, lalu memasukkannya ke dalam botol untuk dibawa pulang ke Beijing.


Guo menjelaskan dia pada awalnya hanya menginginkan makanan percuma, namun berubah fikiran dan menjadi tamak.


Sebelum ini, restoran itu menjadi tajuk berita utama apabila meraih hampir satu bilion dolar di bursa saham Hong Kong.




BACA JUGA: Pelanggan Restoran Hotpot Tersedak 'Dihidangkan' Video Aksi Panas, Sabotaj Ke?




Tidak lama kemudian, seorang pengunjung wanita mendakwa menemui tuala wanita di dalam hidangan di cawangan Shenzhen.


Manakala, sebuah lagi cawangan di bandar Wuhan dikejutkan dengan video lucah di skrin besar restoran itu dipercayai dimainkan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan sambungan Bluetooth di telefon pintar. - CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2019 01:12 PM | Show all posts
jauh nya bangkai tikus tu travel. x busuk ke
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 01:39 PM | Show all posts
desperate sungguh mereka nie..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 02:54 PM | Show all posts
  • Restoran itu menjadi tajuk berita utama apabila meraih hampir satu bilion dolar di bursa saham Hong Kong.
  • Tidak lama kemudian, seorang pengunjung wanita mendakwa menemui tuala wanita di dalam hidangan di cawangan Shenzhen.
  • Manakala, sebuah lagi cawangan di bandar Wuhan dikejutkan dengan video lucah di skrin besar restoran itu dipercayai dimainkan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan sambungan Bluetooth di telefon pintar




So jangan kata dengki sampai putus urat perut tu, milik bangsa tertentu saja ye.
Mana mana bangsa pun ada saja.

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
jadahnya kau nak mkn free . padan muka. lenkali takde duit mkn je cencorot tu. jijik la jinjang ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 06:35 PM | Show all posts
daripada nak niat mkn free.dah kene offer baucer dgn duit skt..tamak la pl
last2 semua takde.rugi lg adalh.itulah nak menipu agak2 la jg..doklah penjara
kejap ya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.074067 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list