CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8080|Reply: 31

Karier 'Lucky Boy' 2 Days 1 Night Musnah Selepas Rakam 'Aksinya' Bersama 10 W

[Copy link]
Post time 25-3-2019 01:24 PM | Show all posts |Read mode
Baru-baru ini dunia hiburan Korea Selatan digemparkan dengan skandal seks terbesar yang melibatkan artis, penyanyi, dan figura terkenal negara yang popular dengan musik K-Pop itu.

Salah seorang diantaranya adalah Jung Joon Young,yang semakin dikenali selepas menyertai rancangan 2 Days 1 Night pada tahun 2013. Kes yang melibatkan jenayah seksual ini adalah yang kedua buatnya selepas tahun 2016.







Pada tahun 2016 Joon Young , 30, dilaporkan melakukan serangan seksual terhadap teman wanitanya pada waktu itu. Tetapi kes itu kemudiannya ditarik  balik oleh teman wanitanya sendiri.

Kes pada tahun 2016 itu mempunyai persamaan dengan kes yang terbaru ini, di mana dia  dilaporkan merakam tanpa persetujuan pasangannya ketika melakukan hubungan seks. Bukan itu saja dia berterusan melakukan perlakuannya dengan merakam 'aksinya' bersama 10 wanita yang berbeza, bermula  dari tahun 2015 dan 2016.

Pada  perkembangan yang sama, dia telah mengumumkan persaraannya dalam dunia hiburan dua hari selepas  seorang lagi artis popular Korea Selatan, Seungri, yang juga terlebat dalam kes yang sama, tetapi berlainan pertuduhan, mengumumkan persaraannya dalam dunia hiburan dan menarik diri daripada kumpulannya, Big Bang.





Video : Youtube


Media Korea Selatan melaporkan bahawa pendedahan ini adalah satu kes skandal yang melibatkan artis berprofil tinggi yang terbesar di negara itu.


Kes ini dapat dihidu selepas maklumat tentang pembabitan beberapa orang artis dalam satu kumpulan sembang di aplikasi Kakao Talk, yang mana tempat Joon Young berkongsi klip rakamannya, didedahkan oleh seorang pekerja membaiki telefon bimbit. Hal ini dapat dilakukannya selepas salah seorang yang terlibat menghantar telefon  yang mengandungi butiran perbualan ahli-ahli kumpulan sembang di Kakao Talk itu untuk dibaiki.

Dua artis tersebut telah menyerahkan diri  kepada pihak berkuasa bagi membantu siasata lanjut terhadap kes ini.Terdapat beberapa orang artis yang akan dipanggil bagi membantu siasatan yang masih dijalan ketika ini.  - CARI



Kredit foto: Internet



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2019 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana video nya?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 01:50 PM | Show all posts
tetiber tingat lak kes edison chen dulu tu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
wah mcm edison cheng n peterporn. itu yang dirakam ada 10, yang tak dirakam ntah brape
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg paling menyampah sebab dia rancangan 2d1n  dibatalkan. Dengan junho taehyun kena dragged sebab dia ni. takde rancangan mingguan ak
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 04:09 PM | Show all posts
tak same lgsg mcm edison chen. kes ni jadi besar sbb tak dpt consent mangsa2 perempuan tu. kes kamera tersembunyi.

yg edison cheng tu mmg retis pompuan tu relakan diri dirakam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2019 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Retis kita tayang bebird merata helokkk je karier masing{:nose
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
buapakperut: wah mcm edison cheng n peterporn. itu yang dirakam ada 10, yang tak dirakam ntah brape

Oh patutla edisin cheng jd tukang masak skrg.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2019 05:52 PM | Show all posts
peminat2 kepam kat sini, teruskan memuja artis2 kpop ni, idola lar sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
armin replied at 25-3-2019 04:41 PM
Oh patutla edisin cheng jd tukang masak skrg.

yg jd tukang masak bkn edison tp nic
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
sheqim replied at 25-3-2019 04:13 PM
Retis kita tayang bebird merata helokkk je karier masing{:nose

Tu dia tayang bibird sendiri.. Sekejap jek pemenat mahapkan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
loveammar replied at 25-3-2019 06:58 PM
yg jd tukang masak bkn edison tp nic

Eh aahla. Haha iols crush dua2 ni dulu. Boleh tertukar
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 03:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgk ada gambar blackpink..Tp isi kandungan xde plak kaitannya...Alahai...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 06:45 AM | Show all posts
Bukan orang korea nie paling kecik je ke size pensel dia
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 09:38 AM | Show all posts
sandyandy replied at 25-3-2019 03:09 PM
Yg paling menyampah sebab dia rancangan 2d1n  dibatalkan. Dengan junho taehyun kena dragged sebab di ...

kan...frust btul last week 2D1N dah takde. kesian 100 lebih crew kena cari keje lain disbbkan kesalahan punai 4inch jjy.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 10:58 AM | Show all posts
kalau 2d1n tu on hiatus kejap je takpe, ni sampai 2 org yg lain pun quit 2d1n tu mmg iols geram sgt dgn jjy.
I harap sgt 2d1n akan buat new season without jjy je tapi ni cth dgn kjh pun quit alaaa tak sama dah.

kesian jong min wei, ramai co host dia buat perangai dr season 1 lagi.
this time tak tau la 2d1n boleh diselamatkan lagi ke tak.
I harap knetz buat la petition jgn cancel terus 2d1n.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2019 11:47 AM | Show all posts
xmynnx replied at 26-3-2019 10:58 AM
kalau 2d1n tu on hiatus kejap je takpe, ni sampai 2 org yg lain pun quit 2d1n tu mmg iols geram sgt  ...

1n2d tu rasenye x dibatalkan cume dihentikan sekejap...lgpon dorang kena shooting semula episod baru.  psl cha tae hyun n kim junho dia org mangsa keadaan je...kes dorang naik sbb nak cover kes jang ja yeon tu.. lgpon dorang betting suke2 je dlm groupchat tu....mgkin lepas ni ade je 1n2d tp season baru ar season 4 member mgkin org baru....

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 12:32 PM | Show all posts
sandyandy replied at 25-3-2019 03:09 PM
Yg paling menyampah sebab dia rancangan 2d1n  dibatalkan. Dengan junho taehyun kena dragged sebab di ...

itu lah pasal.. siries drp tahun 2015 sampai yang latest pun KBS dah private kan.. rasa mcm nak carut.. dah laa fav slot aku tu..

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 12:46 PM | Show all posts
Joon Young berkongsi klip rakamannya


Kebodohan sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
ermm sedih..rancangan ni jela yg bole buat release tension ketika daku sedih or bosan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:36 AM GMT+8 , Processed in 0.073260 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list