CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 493|Reply: 0

[Tempatan] Tak mengaku cabul remaja, pill pelansing perut diperlukan

[Copy link]
Post time 25-3-2019 01:51 PM | Show all posts |Read mode



JURUKIMPAL dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini terhadap tuduhan mencabul remaja perempuan.

Tertuduh Mohamad Haziemin Zulkifeli, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan.

Mengikut tuduhan, tertuduh didakwa mencabul remaja perempuan berusia 18 tahun di tepi jalan sebelum jambatan kecil di Kok Lanas, Kota Bharu, pada 1.45 tengah hari, 8 Mac 2019.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara boleh sampai 10 tahun atau denda atau dengan sebat atau mana-mana dua seksaan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ho Zee Xing menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, tertuduh memohon jaminan paling minimum dengan mengambil kira latar belakang keluargannya.

“Saya juga sering mengalami sakit kepala kerana pernah terbabit dalam kemalangan,” katanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tidak dibenarkan mengganggu mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Mac 2019 @ 1:47

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.295504 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list