CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 637|Reply: 0

[Tempatan] Cik Churr terleka sangat

  [Copy link]
Post time 25-3-2019 02:03 PM | Show all posts |Read mode



TIGA wanita warga asing berusia 24 hingga 31 tahun ditahan di rumah tumpangan, di Bintulu semalam yang disyaki dijadikan sarang pelacuran.

Difahamkan, ketiga-tiga wanita berkenaan tidak menyedari premis berkenaan diserbu polis kerana sedang leka memuaskan nafsu pelanggan mereka.

Serbuan kira-kira 12 tengah hari itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Bintulu, bertindak atas maklumat risikan dan aduan awam mengenai kegiatan tidak bermoral di premis berkenaan.

Turut ditahan dua lelaki tempatan berumur 30 dan 36 tahun dipercayai pelanggan kepada wanita warga asing yang memperdagangkan tubuh mereka itu.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Zulkipli Suhaili berkata, hasil pemeriksaan lanjut turut menemui pelbagai peralatan dipercayai digunakan dalam kegiatan haram itu.

“Ini termasuk bekalan kondom dalam simpanan ketiga-tiga wanita berkenaan.

“Hasil semakan juga mendapati ketiga-tiga wanita itu tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah, selain sejumlah wang dipercayai hasil kegiatan pelacuran dilakukan mereka,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya mengetahui wujudnya kegiatan tidak bermoral itu hasil maklumat orang awam serta intipan yang dijalankan, sebelum menjalankan serbuan ke atas rumah tumpangan berkenaan.

Katanya, kesemua suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Pusat Bintulu untuk tindakan lanjut dan akan disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih satu tahun berserta denda atas kesalahan memperdagangkan tubuh.

“Mereka turut disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan serta perjalanan diri yang sah semasa serbuan dilakukan.

“Kita akan terus menggiatkan operasi serta pemeriksaan ke atas lokasi yang menjalankan kegiatan tidak bermoral di bahagian ini dalam usaha membanteras kegiatan pelacuran di Bintulu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Oktober 2018 @ 11:08 AM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.201251 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list