CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 504|Reply: 1

[Tempatan] Kes denggi di Kelantan meningkat tiga kali ganda

[Copy link]
Post time 25-3-2019 02:36 PM | Show all posts |Read mode
gelinya ...sampai bila nak jadi pengotor??




KOTA BHARU 25 Mac - Kes demam denggi di negeri ini mencatat peningkatan lebih tiga kali ganda dalam tempoh 10 minggu pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Zaini Hussin berkata, sepanjang tempoh itu, terdapat 886 kes dengan dua kematian dicatatkan iaitu peningkatan sebanyak 322 peratus berbanding 210 kes tanpa kematian tahun lalu.

Beliau berkata, pihaknya menjangka musim cuti persekolahan akan meningkatkan lagi jumlah kes denggi di negeri ini berdasarkan data dan pengalaman sebelum ini.

“Semasa cuti panjang ini ramai yang keluar masuk sama ada penduduk tempatan sendiri yang bercuti di luar dan kemudiannya kembali atau pengunjung yang datang ke sini

“Orang-orang yang terkena jangkitan denggi mungkin masuk ke negeri ini jadi kita jangka akan berlaku peningkatan kes demam denggi,” katanya ketika ditemui di program Gotong Royong Mega Siri Pertama peringkat Kelantan 2019, di Kampung Panchor di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah (Kesihatan Awam) negeri, Dr. Abdul Haris Muhammad dan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaari.

Dr. Zaini berkata, kesemua daerah di negeri ini menunjukkan peningkatan kes demam denggi kecuali Pasir Puteh.

Katanya, Gua Musang mencatat peratus peningkatan tertinggi iaitu 800 peratus dengan 16 kes; Tumpat 150 kes (714 peratus); Jeli 24 kes (600 peratus); Kota Bharu 330 kes (359 peratus); Pasir Mas 29 kes (290 peratus); Bachok 51 kes (244 peratus); Tanah Merah 51 kes (243 peratus); Kuala Krai 15 kes (167 peratus) dan Machang tiga kes (75 peratus).

“Saya berharap seluruh masyarakat ambil tindakan sewajarnya memastikan tempat pembiakan nyamuk aedes dihapuskan, kita lihat aedes bukan sahaja akan menyebabkan penyakit denggi tetapi juga demam Chikugunya yang juga menunjukkan sedikit peningkatan.

“Jabatan Kesihatan akan terus menggerakkan unit penguatkuasaan di seluruh daerah bagi memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk aedes di dalam atau luar rumah, setakat ini kita sudah mengenalpasti 3,662 premis yang mempunyai tempat pembiakan nyamuk aedes,” katanya.

Beliau berkata. sebanyak 634 kompaun telah dikeluarkan sepanjang tahun ini dengan anggaran jumlah kompaun dicadangkan mencecah RM317,000. - UTUSAN ONLINE







Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-3-2019 02:39 PM | Show all posts















Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.440685 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list