CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 745|Reply: 1

[Tempatan] Sindiket jual bayi libatkan rumah perlindungan

  [Copy link]
Post time 25-3-2019 02:57 PM | Show all posts |Read mode
Lagi comel, lagi mahal!



PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan beberapa taktik digunakan ahli sindiket dalam kes penjualan bayi yang dikesan muncul semula sejak akhir-akhir ini selepas sindiket jual bayi pernah dilumpuhkan polis sekitar tahun 2016.

Bukan setakat beroperasi melalui sesebuah premis, urusan 'jual beli' anak angkat juga dikesan berlaku di media sosial apabila beberapa nama akaun kumpulan didapati menawarkan perkhidmatan memiliki anak angkat.

Selain akaun yang mudah diakses, ia juga secara jelas meletakkan jumlah bayaran sagu hati perlu dibayar oleh keluarga angkat dengan kadar minimum RM5,000.

Ketua Biro Wanita PPIM, Suraya Ali mendedahkan harga bayi ditetapkan paling kurang serendah RM5,000 dan boleh mencecah sehingga RM10,000 mengikut kategori comel seseorang bayi.

"Mereka sebenarnya nak anak angkat atau nak beli anak. Mana-mana pihak yang bagi duit untuk mendapatkan bayi walaupun kepada ibu-ibu (wanita melahirkan anak), itu sudah dianggap berlaku pemerdagangan orang.


"Boleh buat laporan kepada polis, boleh buat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)," katanya.

Menurutnya yang juga Pengasas Anak Kami berkata, ada pihak tidak bertanggungjawab menawarkan khidmat penjagaan kepada wanita yang hamil anak luar nikah, tetapi kemudian menjual bayi yang dilahirkan kepada pasangan lain.

"Mereka ini sindiket terancang yang tahu undang-undang dan licik. Sejak penghujung tahun lalu, PPIM menerima banyak kes membabitkan mangsa di sebuah rumah perlindungan.

"Mereka masuk ke rumah perlindungan berkenaan dengan bayaran RM500 sebulan. Tetapi selepas melahirkan anak dan ingin keluar bersama bayi, mereka diminta membayar RM4,000.

"Akibat tersepit tidak mempunyai wang, mangsa terpaksa menandatangani beberapa dokumen dan tidak lagi bertemu anak masing-masing kerana anak mereka diserahkan kepada keluarga angkat," katanya.


Menurut Suraya, orang ramai yang ingin mengambil anak angkat boleh menggunakan saluran seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tidak meletakkan bayaran seperti Anak Kami.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-3-2019 05:16 PM | Show all posts
Rumah transit wanita mengandung diperiksa



KUALA LUMPUR - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membuat pemeriksaan terhadap rumah transit untuk wanita mengandung yang didakwa terlibat dalam sindiket jual beli bayi selepas aktiviti itu didedahkan Sinar Harian, semalam.

Timbalan Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, JKM mengenalpasti lokasi rumah terbabit dan membuat pemeriksaan mengejut susulan daripada laporan berkenaan.

“Pagi tadi (semalam), JKM telah pun menjalankan pemeriksaan mengejut sejurus membaca laporan Sinar Harian.

“Buat masa ini kita sedang menyiasat secara terperinci kes sindiket pemerdagangan bayi. kita akan siasat sama ada rumah transit tersebut mempunyai lesen atau pun tidak,” katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen, semalam.

Hannah turut meminta mana-mana individu yang menjadi mangsa eksploitasi sindikit supaya tampil dan melaporkan kejadian itu kepada polis.

“Ini merupakan jenayah serius. Apa yang dilakukan oleh sindiket merupakan jenayah pemerdagangan manusia. Jadi saya minta pengadu tampil membuat laporan polis,” katanya.

Hannah turut menasihati golongan remaja atau wanita yang mempunyai masalah berkaitan supaya menghubungi talian Kasih, 15999, bagi mendapatkan rujukan yang sepatutnya.

“Mereka boleh tahu rumah mana yang selamat untuk pergi. Sebabnya kita ada banyak badan bukan kerajaan (NGO) di luar sana. Ada yang berdaftar dan ada yang tak berdaftar. Kita tak nak wanita lain jadi mangsa seperti kes ini,” katanya.

Dalam pada itu, Hannah berkata, Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat (KPKWM) dan JKM akan mengkaji semula undang-undang pengambilan anak angkat (adoption law) supaya dapat menghentikan sindiket pemerdangan bayi.

“Bagi pihak kementerian dan JKM, kita akan mengkaji semula undang-undang mengambil anak angkat supaya lebih bersih dan cepat serta aktiviti pasaran gelap seperti ini kurang atau tidak lagi berlaku,” katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.061613 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list