CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 697|Reply: 0

[Tempatan] Pesta liar 'pprt'

[Copy link]
Post time 25-3-2019 04:30 PM | Show all posts |Read mode



KONGSI duit untuk berhibur beramai-ramai. Itu dilakukan sekumpulan 30 pengunjung yang mengeluarkan wang RM50 setiap seorang untuk berhibur bersama rakan dalam bilik di sebuah pusat hiburan di Jalan Perniagaan Gemilang 2, di Bukit Mertajam, kelmarin.

Difahamkan, mereka sanggup bersesak-sesak dalam bilik terbabit yang dibayar dengan harga kira-kira RM1,500 semata-mata untuk berhibur dengan mengambil dadah dan juga minuman keras.

Bagaimanapun, pesta kumpulan terbabit yang terdiri daripada 18 lelaki dan 12 wanita terbantut apabila premis berkenaan diserbu dalam Op Noda yang dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

Serbuan yang diketuai Pegawai Turus D7 IPK negeri, Deputi Superintendan Akmal Yahaya pada jam 12.30 tengah malam itu berjaya menahan 36 wanita warga asing dari pelbagai negara selain 45 pelanggan yang didapati positif dadah.

Pemeriksaan juga mendapati pemilik premis berkenaan turut menawarkan gadis pelayan pelanggan (GRO) kepada pelanggan dengan mengenakan caj RM90 untuk satu jam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Zainol Samah berkata, serbuan hasil daripada siasatan dan risikan sejak seminggu lalu.

Katanya, pusat hiburan berkenaan menjadi tumpuan ramai terutamanya di kawasan Seberang Perai.

Menurutnya, ketika serbuan dilakukan pihaknya terpaksa menggunakan beberapa strategi untuk masuk ke dalam pusat hiburan terbabit berikutan mereka menggunakan ramai ‘tonto’ untuk mengesan pergerakan pihak berkuasa di luar premis.

“Ketika serbuan, ada antara pelanggan yang cuba melarikan diri, namun usaha mereka ternyata sia-sia apabila pusat hiburan berkenaan sudah dikepung.

“Hasil pemeriksaan, kita berjaya menahan 36 wanita warga asing yang terdiri daripada 24 wanita warga Vietnam, sembilan daripada Thailand, dua China dan seorang dari Laos yang berkhidmat sebagai GRO di pusat hiburan terbabit,” katanya.

Zainol berkata, selain kegiatan persundalan, pihaknya juga mengesan aktiviti penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelanggan yang berhibur di pusat hiburan berkenaan.

Katanya, hasil ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadap mereka mendapati 29 lelaki dan 16 perempuan termasuk dua warga Indonesia positif dadah.

Katanya, pihaknya juga menemui beberapa paket dadah dipercayai ketamin atas lantai pusat hiburan terbabit dipercayai dibuang pelanggan.

“Semua yang ditahan berusia antara 18 hingga 35 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) untuk tindakan lanjut.

“Kita akan terus menggerakkan operasi dan serbuan di pusat hiburan di negeri ini bagi memastikan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah, kongsi gelap, gengsterisme serta pelacuran dapat dibanteras,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Mac 2019 @ 3:54 PM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.069490 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list