CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1819|Reply: 16

[Dunia] Jokowi Seru Budaya Baharu Tapi Pengguna MRT Tonjol Aksi 'Kampungan'

[Copy link]
Post time 25-3-2019 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Agensi |  Published Mac 25, 2019 12:18 MYT

Jakarta kini miliki MRT pertama yang disempurnakan oleh Presiden Joko Widodo pada Ahad. Foto REUTERS

JAKARTA: : Ibu negara Indonesia, Jakarta kini memiliki sistem transit laju atau Transit Aliran Massa (MRT) pertama yang disempurnakan oleh Presiden Joko Widodo pada Ahad.

"Hari ini menandakan permulaan era baharu sebagai fasa pertama operasi MRT dimulakan secara rasmi.

"MRT adalah sebahagian daripada budaya baru kerana ini adalah yang pertama di Indonesia," kata Jokowi.

Menurut portal The Jakarta Post, Jokowi menyeru orang awam mengamalkan budaya baharu semasa menggunakan MRT.

Antara budaya baharu yang ingin diterapkan ialah tidak membuang sampah di merata-rata tempat, beratur dan menepati masa.

“Melainkan kita sanggup adaptasi dengan budaya baharu, (jika tidak) tiada gunanya MRT diadakan,” jelas beliau setelah dua kali merasai menaiki MRT bersama orang awam.

Sehingga 1 April, rakyat Indonesia dilaporkan berpeluang merasai pengalaman menaiki perkhidmatan MRT pertama secara percuma.

Walau bagaimanapun, lain pula yang ditonjolkan oleh pengguna semasa menaiki MRT.

Heboh di laman Twitter dengan foto-foto aksi ‘kampungan’ antaranya berkelah di stesen, bergayut dan memijak kerusi di dalam gerabak.

Lebih menghairankan, pengalaman pertama menaiki perkhidmatan itu seolah-olah ingin meraih perhatian dan diabadikan dengan menangkap gambar.

Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati atas sikap pengguna yang gagal menghargai perkhidmatan awam yang disediakan.

Namun, adakah hasrat budaya baru Jokowi berjaya dicapai dengan munculnya aksi ‘kampungan’ oleh rakyatnya seawal pembukaan perkhidmatan awam itu.

Projek yang bernilai 1.1 bilion dolar Amerika atau RM4.4 bilion disasarkan untuk menangani kesesakan trafik yang disifatkan paling teruk di dunia.

Laluan sistem transit laju siap dibina sepanjang 16 kilometer selepas enam tahun menerusi bantuan Jepun bermula.








Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-3-2019 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Foto tular

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2019 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Foto tular

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 06:41 PM | Show all posts
elok ko bukak tudung tu dulu mbak, sebelum nak beraksi sebagai beruk
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala.. Mcm dkt malaysia jer perangai.. Jantan2 dlm koc wanita.. Ada yg hari tu siap bawak buaian baby sangkut dlm tu.

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 08:47 PM | Show all posts

hahahahahaha
xpe nti lama lama normal lah tu jadi individualistik


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2019 02:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Mrt indon pujaan lobaicai semua, janji dapat  hentam atuk
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Airun replied at 25-3-2019 09:27 PM
kenapa kata kampungan
adakah perangai orang kampung seperti itu ?

Selalunya yg betul2 dari kampung xdanya buat prangai memalukan gitu diorang sangat behave..ini jenis kampungan dari bandar yg xda sivik even ada skolah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2019 09:13 AM | Show all posts
perangai sakai indon busuk bukan setakat kat negara dorang tapi terbawak bawak sampai ke malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Eee so uncouth
Ni semata nak post kat ig fb twitter bagai
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 09:18 AM | Show all posts
Perghhh..! Bangga habis tuh dpt bergayut dlm Mrt
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
mrt mereka tempat berpiknik
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 26-3-2019 02:37 AM
Mrt indon pujaan lobaicai semua, janji dapat  hentam atuk

Atok kau ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 10:12 AM | Show all posts
Patutnya lama dah buat MRT ni. Zaman Jokowi ni baru realize.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 10:26 AM | Show all posts
nasib indon2 yg naik mrt kat malaysia takde perangai mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 09:12 PM | Show all posts
teringat dulu around 5-6 years back..i g Lombok.Masa tu bandara Lombok masih baru.keluar je airport..tu dia..ramai makcik2 kg.com dan anak2 siap berpicnic kat atas rumput airport siap tebar tikar dan makan-makan.lucu.pastu pekerja2 sibuk potong rumput lalang-lalang panjang sekitar airport guna sabit.x guna pon mesin rumput.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2019 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Jakun sgt2...kot ye pun baru merasa sevis mrt,behave la...ehh lupa depa ni mana ada sivik...kt malaysia pun buat onar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.083953 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list